klik la kengkawan bg aku kaya ckit

Sabtu, 23 Jun 2012

perasan dan perasaan

hurm...tolonglah hati jangan la nak perasan..
sedarlah diri tak ada keistimewaan..
mana ada mata yang sudi memandang..
biarlah diri sunyi sendiri..
lebih baik dari merana kemudian..
lebih banyak bunga yang sedang berkembang
takkanlah yang layu hendak dijambak..
banyak pilihan menjadi haruman..
mestilah dipilih seiring sejalan
dibawa keluar nampak secocok sepadan
tidaklah dikata gagak cuba memikat merak
andaipun benar  kata teman
masing-masing punya perasaan
kuburkan saja perasaan itu
supaya merak tidak dicemuh dipandang
pandanglah mata terus ke depan..
usah dihirau hati tak pasti
banyak impian harus dikecapi..
perasan perasaan  banyak bezanya..
baik kunci hati..dari dibiar terbuka dilukai...

Rabu, 20 Jun 2012

aku bukan dikongkong

hidup di universiti aku jadi bebas sangat.. nak keluar ikut dan ja..sebaliknya di rumah.. aku x pernah keluar rumah lebih daripada pukul 7 mlm.. klu keluar pon sekejap ja.. untuk ke kedai..emergency kes..ambik adik keja.. kalau keluar pon aku akan pastikan sebelum pukul 6.30 ptg aku dah ada kat umah..itupon klu keluar lpas asar. kalau x aku rasa semacam ja. orang kampung aku sendiri pun x tahu yang emak dan abah aku ni ada anak pompuan..dasyat x? pernah sekali aku terpaksa bawa emak aku pergi memanggil (kenduri abang kawen) sebab abah demam kuat.. bila sampai sesebuah rumah, mesti depa tanya mak ,anak ka tu? la ada anak pompuan ka? ingatkan ali (abg aku) xdak adik pompuan, x penah tengok dok ronda2 kowt kg pon? waaa... kekadang jeles gak tgok kawan2 bleh keluar ptg2.. tapi aku dah biasa dok umah.. lek la.. pernah kawan abah mai umah.. jarak umah kami dalam 1 km la..bila dia nampak aku kat luar (waktu tu tgh tolong mak ngan abah buat apa ntah)..dia terus jalan mai dekat aku.. tapi x dekat la.. dia kata.. haish..nak tengok anak tok pie sat aih..susah sgguh nak tgok.. reaksi aku.. kaget!! hahha.. terus aku angkat parang kat tangan aku...hah!! mai la dekat, satg kena libas ngan parang..huhuhuhu..spontan la..hahha...semua org gelak kat aku..aku x salahkan mak ngan abah aku jaga aku sampai mcm ni sekali...aku ni anak perempuan depa yg pertama setelah dapat 5 org hero.. tapi aku ada seorang lagi adik pompuan.. tapi sejak darjah enam dia dok asrama.. kemudia sek men pon asrama,, masuk mrsm..pon asrama..masuk matrik..pon asrama..mmg aku ja la anak pompuan depa kat umah tu..



***bela 10 ekor lembu lebih senang daripada bela seorang anak gadis*** 
P/S: jangan hairan la kalau aku suka berjalan kat upsi..hahha

berdebar bakal terikat (tunangan)


Ya..tak lama lagi aku bakal terikat. Menjadi tunangan.. aku harus tinggalkan dunia aku yang dulu.. harus lebih matang, yakin dan berani. Haish, tapi hati ni tak berhenti berdebar-debar. Belum bersediakah aku? insyaAllah esok aku akan ke pekan Kangar untuk membeli sebentuk cincin bersama emak..hehehe.. bahagia? Memang la bahagia, tapi bila fikirkan tempoh 4 bulan menjadi tunangan rasa kecut perut ni.. aku kini Cuma menghitung hari.. 
Alahamdulillah hubungan kami mendapat restu kedua belah pihak. Mula2 memang banyak cabaran yang aku tempuh nak dapatkan jawapan si dia.. jenuh aku tunggu. Dengan bantuan pihak tengah.. hubungan kami dipermudahkan. Tapi disebabkan terlalu lama menunggu jawapan. Aku putuskan menghubungi si dia yang tersayang. Aku Tanya status hubungan kami yang sebenarnya. Mula-mula memang dia cuba berdolak- dalih dan aku hampir sahaja putus asa.. namun saat akhir, yang tersayang telah beritahu bahawa  dia sudah lama terima aku dalam hidupnya. Cuma sedikit kesulitan yang menyebabkan status kami tidak dapat disahkan.. TERIMA KASIH ORANG TENGAH (PULAMI) SEBAB TOLONG KAMI DAN SI DIA YANG TERSAYANG (SMK KUALA KURAU) KERANA TERIMA KAMI BERPRAKTIKAL DI SANA. 

Hahaha, mesti suspen kan baca entri aku kali ni. Jangan marah nanti cepat tua. Inilah kisah percintaan aku. Waaa..berdebar lagi ni..nak praktikal mcm tak bersedia ja lagi. Tapi xpa, tawakal ja. Yang lain2 semua dah selesai kan. Semoga kehadiran aku di SMK KUALA KURAU disambut ria oleh warganya..kah8.. ingat tadika ka??

P/S : Motif nak beli cincin kononnya dah berpunya, huhuhu takut kena kacau ngan orang banjar..

***selamat berpraktikum kepada sahabat2ku yang lain, semoga segala urusan dipermudahkan dan dijauhi daripada perkara2 yang tak dingini***

Selasa, 19 Jun 2012

aku hilang seorang lagi abang

Kepulangan aku ke kampung bukan disambut khabar yang menggembirakan, tapi kesedihan ..aku tak tahu macam mana nak mula..entri kali ini akan aku ceritakan perihal cinta abang aku yang ke-5 yang mendapat tentangan oleh kedua ibu bapa kami.. mungkin juga jodoh mereka kuat, kami dah usaha menjauhkan mereka. Tetapi perancangan Allah lebih kuat berbanding usaha kami.
Aku ingat hubungan abang omar dengan pasangannya xkan ke mana. Abah memang tidak berkenan dengan gadis dan keluarga tersebut. Sejak dari mula lagi Nampak sangat abang ni dipergunakan. Abang sanggup buat apa sahaja demi cinta mereka.. ayah gadis tersebut merupakan seorang bomoh.. abang pernah ditawarkan ajaran2 bomohnya itu.. hurmm..entahlah..mungkin hubungan mereka ni dah erat..mak dah telifon abang2 YANG LAIN gbh
 suh bagi nasihat, dan macam2 lagi la..tapi semuanya x jalan..
16 JUN 2012 SABTU;
Setibanya aku ke kampung dari tg malim, dah malam dah pon.. tiba2 abang ke-3 , samsul datang sambil menunjukkan hp barunya.. aku pon ambik belek2..lepas tu, abang buka gambar. Aku ingat dia nak tunjuk gambar anaknya. Tetapi gambar perkahwinan abang aku ,omar. Satu persatu gambar aku belek.. aku dah takdak perasan.. terkedu.. aku memang diam.. aku xtau nak cakap apa… aku tau abang samsul tgh perhatikan aku..aku buat2 x terkesan bila lihat gambaq tu.. lepas tu aku p dapur..aku terus menangis.. aku x sangka. Aku x  jangka.. abang yang aku sayang sanggup buat macam ni..
17 JUN 2012 AHAD
Pagi ahad, emak bagitau abah yang abang omar dah kawen..dan jawapan abah hanya .. YA, ALLAH…
Emak: Abahnya, kita redha jalah..biarlah depa nikah. Daripada depa dok buat dosa..kita ni pon tumpang tanggung dosa depa jugak.. kita doakan yang terbaik ja la..
Abah: aku bukan apa, aku xmau orang dok kuda2 dia ja nanti..
Aku: apa akuu boleh buat, aku menangis ja la..sayu aku dengar mak pujuk abah.. abh pula terdiam dengan tindakan abang sulung dan ketiga aku, mereka telah mengaturkan perkahwinan abang aku yang ke-5. Sekeras-keras hati abah.. abah pasrah.. mungkin dia Cuma tak dapat terima, anak yang dibela selama ni hilang begitu sahaja..kerana cinta, anak dah tak ingat ibu dan bapanya..
19 JUN 2012 SELASA
Semenjak berkahwin pada 15/16 jun 2012, abang omar dah tak balik2 ke rumah.. Ya, Allah kau lindungilah abang aku OMAR MOKTAR B. MOHD SHAFIE dari sebarang kesusahan dan musibah.. engkau redhailah perkahwinan mereka dan engkau redhakanlah hati emak dan abah.. 

***sebaik-baik perkahwinan adalah perkahwinan yang mendapat restu oleh kedua ibu bapanya***

mengapa adam sukar luahkan perasaan


·
Tak salah rasanya kalau seseorang itu menyimpan perasaan terhadap insan yang disayanginya. Itu merupakan fitrah manusia secara semula jadi. Terutamanya perempuan. Perempuan merupakan kaum yang pemalu, sopan- santun dan lemah -lembut. Gadis melayu yang diajar nilai-nilai ketimuran mana mungkin mengungkap kata cinta terhadap kumbang yang menjadi pujaan hatinya. Namun ini bukanlah masalah besar. Kerana  seorang gadis itu mampu menyimpan rasa hatinya dan menanti  dalam jangka masa yang panjang berbeza dengan kaum lelaki yang sukar menjaga hatinya dalam jangka masa yang lama terhadap gadis yang disukainya. 
                                       

Mengapa agaknya lelaki sukar meluahkan rasa hati?

  •  Mungkin gadis yang dicintainya itu sahabatnya sendiri. Oleh itu, demi batas persahabatan yang dipegang, lelaki tersebut takut untuk meluahkan isi hati kerana bimbang hubungan persahabatan mereka terputus sekiranya sang gadis tidak mempunyai rasa yang sama. 
  • Belum terbuka hatinya untuk bercinta akibat kegagalan cinta dahulu.
  • Tidak yakin bahawa gadis itu adalah jodohnya (sebaiknya lakukan solat istikharah)..
  • Menganggap usia masih muda. jika luahkan rasa hati, mungkin hanya membuang masa kerana menganggap bercinta lama-lama tidak ada gunanya. ebih baik tumpukan pelajaran--pelajar..kerjaya..bagi yang bekerja..
  • Ego yang terlalu tinggi. Mungkin dulu benci, namun kini hanya bunga-bunga cinta menghiasi hati, tetapi disebabkan ego, lelaki tidak sanggup meluahkan rasa hati. Takut dikata menjilat ludah sendiri.
  • Mungkin lelaki ni belum yakin dengan calon yang ditemuinya. Oleh itu, kita kembali berpegang dengan takdir ketentuan Allah: ajal , maut dan jodoh di tangan tuhan..mungkin kita tengok si lelaki selalu mainkan hati gadis, cuba sebaliknya kita lihat si lelaki masih mencari dan Allah masih sembunyikan jodohnya kerana belum tiba masanya lagi. kerana Dia sengaja temukan dengan orang yang salah sebelum temukan dengan cinta sebenar..

wahai adam, hati si hawa bukan untuk dimainkan



p/s: Jika ada sebarang tambahan sila tambah di bahagian komen.. teringin juga nak tahu, jika2 ada lagi maklumat tambahan berkaitan permasalahan kaum lelaki ni..musykil2..

*** jangan terlalu memilih, jika sudah ada permata di depan mata, mengapa harus mengejar kaca yang hanya berkilauan suasa***

Khamis, 14 Jun 2012

peristiwa hitam dalam hidupku

Masing-masing mesti ada kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Tak kiralah, pahit atau manis..semuanya pasti meninggalkan kesan dan bekas kepada kita. . Patut atau tidak kita kenang kembali peristiwa tersebut.. atau sampai bilakah peristiwa itu akan membelenggu kotak pemikiran kita.Jika manis tiada masalah rasanya jika dikongsi bersama orang lain, tapi peristiwa pahit, paling pahit..sehinggah merubah hidup anda yang normal kepada suatu situasi yang menyebabkan jadual harian anda bertukar secara drastik selain fizikal dan mental anda sukar menerima perubahan tersebut. Namun kita sebagai hamba Allah, harus percaya setiap apa yang direncanakan ada hikmahnya..


                        Aku tidak terkecuali daripada mengalami peristiwa pahit.. sehingga merubah aku 100% secara totalnya. Daripada aspek sikap, tingkah laku dan perwatakan sehingga pembawakan diri aku di hadapan orang, terutamanya LELAKI...GANGGUAN SEKSUAL. seawal umur 14 tahun aku... aku terpaksa mengubah corak kehidupan aku..memang aku dibesarkan dalam kalangan adik-beradik lelaki yang ramai..Tapi perkara ini  tak pernah terjadi di rumah.. Mungkin ada tidak percaya jika aku katakan aku dahulu memang dikenali sebagai gadis yang sopan santun, pemalu, tawaduk (jalan memang pandang bawah ja), pendiam..dan pelbagai lagi la..
Namun disebabkan peristiwa tersebut aku mula berubah.. Takkan aku nak biarkan LELAKI hancurkan hidup aku sebegitu mudah.. 



  • Dulu pergi ke sekolah menaiki atau mengayuh basikal..kadang-kadang aku seorang sahaja ke sekolah sebab aku memang suka pergi sekolah awal..disebabkan gangguan tersebut, aku tidak dibenarkan ke sekolah menaiki basikal lagi..sejak hari itu, abah yang menghantar aku ke sekolah sehinggalah tamat tingkatan 6. 
  • Jika dulu aku berbadan langsing kini tidak lagi..akibat hobi aku, iaitu makan.. berat badan aku naik secara mendadak..
  • Aku berubah, dari seorang yang lembut kepada seorang yang lebih agresif. aku memang pantang kalau lelaki yang sakitkan hati perempuan. aku rasa sudah menjadi tanggungjawab aku lindungi kawan-kawan perempuan yang lain. 
  • Senang berkaca mata. sebab aku boleh halang pandangan tajam mata orang lain ke arah aku..
  • Sukar menerima luahan hati lelaki..buat tak faham sudahlah..
  • Aku terpaksa berbaju kurung walaupun berada di rumah
  • Pergerakan aku sentiasa diawasi oleh abang-abang dan abah. lebih banyak menghabiskan masa di rumah. sehingga mak panggil aku cinderella..
  • Semenjak hari itu, aku sudah tidak ada kawan lelaki lagi..abah dah tak percaya..
p/s: gangguan seksual di atas bukanlah merujuk kepada kes pencabulan , rogol dan sebagainya..cuma nak gambarkan keperihatinan seorang abah terhadap anak gadisnya tatkala diganggu oleh lelaki. 


***tragis sungguh hidup manusia, tak pernah lekang dari ditimpa musibah dan masalah,..namun semua itu tanda Allah sayangkan kita, sebab itulah DIA uji kita. kita pula sebagai manusia usah takut mencari atau berdepan masalah..kerana itu semua akan mendewasakan kita***





Rabu, 13 Jun 2012

makna sebalik akad


 
nikah bukan sekadar penyatuan dua hati dan menghalalkan perkara yang haram antara bukan mahram..tetapi lebih daripada itu. banyak perkara harus dipertimbangkan. terutamanya lelaki yang bakal bergelar ketua keluarga. tanggungjawab yang bakal dipikul amatlah berat sebaik sahaja lafaz dan ijabkabul.






hadis riwayat al-Baihaqi r.a daripada Rasulullah SAW:


"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi".


betapa sebuah perkahwinan itu melengkapkan agama kita. kahwin adalah ibadah..


sekadar renungan bersama betapa beratnya beban adam tatkala melafazkan akad;


lafaz akad nikah
"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si dia dengan mas kahwinnya RMxx"


erti tersirat


"aku tanggung dosa2 si dia dari ibu-bapanya, apa saja dosa dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggal solatnya, aku tanggungdan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan semua dosa bakal2 anak-anak aku. Kalau gagal , maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku"


***harap nanti abah yang nikahkan siti***

SUNGGUH AKU TAK FAHAM...

tatkala rindu datang menjengah,
ku tutup mata lalu kubuka hati,
bait-bait puisi yang kau beri padaku..
ku cuba fahami agar terjawab segala tanda tanya
ku cuba rungkai makna agar terungkai segala simpulan
namun tidak aku temui..
semuanya semakin kusut..
hati yang dulunya tenang, kini berperang dengan perasaan..
suara sering berbisik 
namun aku menidakkan..
lantas aku berlawan dengan perasaan

apakah yang cuba kau maknakan..
sungguh aku tak faham..
benarkah aku telah mengusik debar hatimu

aku kenang kembali,
detik dulu..aku bukan siapa
engkau juga begitu..
masing punya masalah, rasa dan cita sendiri,
namun takdir mendekatkan 
aku terima atas landasan kasih yang ada
kebetulan demi kebetulan mewujudkan erat

aku seolah bermimpi
bagiku kau bukannya biasa seperti aku
status kita jauh berbeza
hingga satu saat aku rasa aku tak layak 
tak layak mendekatimu
tak terfikir langsung kau sedar kehadiranku
aku duga  aku hanya hadir tika kau perlukan  sandaran
kita bukannya siapa-siapa

sungguh aku tak faham
lantas kuputus untuk menduga
hanya kasihkah antara kita
namun semuanya semakin kelabu
lantas aku putuskan berdiam diri
pura-pura tidak mengerti maksud bait-bait syair indahmu..
kerna aku takut, aku hanya salah merungkai makna
mungkin di hatimu tiada makna yang istimewa..
kerna ku tahu banyak hati lelah dengan sikapmu

namun,
mengapa suara semakin galak
galak berbisik antara kita wujudnya ikatan tanpa ungkapan
berkali-kali aku kata..antara kita tiada apa..
suara tak pernah jemu meyakinkan..
namun jauh di sudut hati ..aku tahu citamu, aku tahu rasamu,
aku tahu siapa cintamu, aku tahu siapa berhak genggam hatimu,,
aku tahu bagimu aku cuma sebahagian catatan yang menghiasi harimu..
aku tahu semua itu..tapi tidak suara..
usah kau ragu hatiku..
kerna kasihku pada dirimu takkan pernah berubah...
kasih yang sama juga aku berikan kepada suara...
semoga kasih kita seperti dahulu..



***suara jangan wujudkan sengketa antara kami***

Selasa, 12 Jun 2012

RESUME OH RESUME

kesempatan minggu peperiksaan ni aku pulang ke kampung...ak exam plak lambat lagi..besh blik kg..mcm2 jadi..air laut masuk umah la..nanti aku tulis dalam entri lain ya...adik aku yang baru habis matrik ni disuruh abang aku yang sulung buat resume.. nak cari kerja sementara dapat panggilan mana2 universiti..dalam kisah ni ada aku, abang aku (ali hanafiah) mak, adik (siti sarah)..

format resume adik aku tanya kat kawan dia..mula2 tanya aku..aku pon bukak la lap top sebab dulu aku penah mintak kat (hanip) ..tapi aku cari2 x jumpa..hahhaha..lain yang aku jumpa...dah dapat format nak translate plak ke bahasa melayu..haish aku ni mmg pandai bab translate ni..kah3..mmg lingkup la..kami sama2 tolong adik aku translate dan isi resume dia..hahha mula la bab sengal kat sini..

adik: haish personaliti ni nak isi apa...
aku: tulis la apa2 pon, personaliti menarik, versatile, baik hati, jujur.hahha
adik: bertambah bingung dia...sambil buat muka x puas hati..
mak: tanya la ali dulu dia mintak keja tulis apa...
adik: wae dulu hang tulis apa?
ali: ahah...aku tulis ROMANTIK...terus dapat kerja
aku: apadia? romantik..hahhahhahatak terpikiaq aku nak buat lawak sampai macam tu sekali..

setelah lama discuss, last2 adik aku dapat isi gak personaliti dia..aku mmg banyak membantu, membantu MENYERABUTKAN keadaan..hahhaha

adik: tadi personaliti, la ni strenght (kekuatan) <-----gila pelik adk aku translate

aku: kekuatan tu macam kelebihan la..apa kelebihan yang ang ada...
adik; apa ha? sambil main2 rambut dia..yg alfro tu
mak: kalau ali mak tau la...NO WOMEN NO CRY
aku: mak???????..sedikit menjerit..hahha..terkejut aku..mak aku pandai cakap omputeh pastu pepatah org frust palk tu..hahha

kami semua :hahhahahammg xleh berhenti gelak la...

abang aku la tu..yang ajar..dia kan tgh single dah putus tunang..xdak aweks..hahahhaha..playboy kelas atasan ni..

***semoga abang-abang  mendapat jodoh dalam kalangan orang yang baik-baik***

p/s" kenapa abang2..sebab 2 orang lagi abang belum kawen..lalallala

NORHANIS FARHANA BT BUNYAMIN

Photo: dah bgun dh p0n farhana... .

tido sebab kekenyangan
yang ni plak kisah anak sedara aku yang no 2...anak sulung bagi abang yang no 2..kami panggil hana..mukanya memang ikut abang aku 90 %..hahha lawak gila..hitam, bulat ja muka dia..sampai bila tgok muka dia dah tau dia anak sapa..kah2...dah lama x tengok si farhana ni..tahun lepas waktu study week sempat gak la..aku curi2 p melaka sebab nak tgok hana..waktu tu baru 2 nak masuk 3 bulan umurnya..3 minggu sudah abang balik perlis, tapi sayang aku ada kat tg malim ni..haish bila la nak jumpa plak...
hana



pasni abang nak kena p  masuk hutan 3 bulan lagi..baru ja keluar bulan satu /dua aritu ...beraya kat sabah la dia..x jumpa lagi la raya ni..dah la setahun sekali balik kampung ..itula kawen lagi ngan orang jauh (johor) kan susah nak balik kg..nanti aku jumpa ngan si hana ni dia dah pandai cakap apa dah..lalalallala...

abg dan isteri serta anak mereka<----gambar becuti di langkawi 



***JANGAN KAWEN ORANG JAUH, NANTI SUSAH NAK BALIK KAMPUNG***

SYIFA DAH PANDAI CAKAP

hari tu  abang aku..si samsul bahari telifon..saja2 ja..pastu dia bagi la telifon kat anaknya yang baru ja pandai cakap ni cakap ngan aku,,sebab aku selalu ja tanya abang aku..

habis meter la kalau bab bergaya ni

  • syifa dah bley cakap? 
  • dia pandai cakap apa dah?



tapi aku tau..ada orang lain yang tolong back up kat belakang tu...yang beshnya anak sedara aku ni (syifa) cakap lanjut ja..hahha kelakar sangat..  antara dialog kami

aku: hello syifa..syifa buat apa tu..
syifa: hello...helo..teh...teh.watt apa???
aku:oh..teh xbuat apa..tengah main fb ni...
syifa: chikkk.......(mak cik--->adik aku)
aku: chiikk ada sebelah teh ni
syifa: tokkk....
aku: tok ada kat depan tengah tgok tv
syifa: wannnn....
aku: wan pon ada kat depan tgok tv ngan tok...
syifa: abehhhh......
aku:?????????haish syifa mana habis lagi..teh dok ada lagi ni nak cakap ngan syifa...
syifa: abisss....abisss....
aku ngan adik aku: hhahahahahhahahahhahaa


***melihat anak kecil membesar di depan mata merupakan saat-saat indah bagi pasangan bahagia***

ADAKAH ANDA BERANI, KUAT DAN BAHAGIA?




¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*






orang yang paling cepat dalam minta maaf adalah 'ORANG YANG PALING BERANI.
orang yang paling cepat memaafkan adalah 'ORANG YANG PALING KUAT.''
orang yang paling cepat melupakan kesalahan orang lain adalah  "ORANG YANG PALING BAHAGIA"


INSYAALAH


p/s: aku dah cuba jadi orang yang berani..alhamdulillah aku berjaya..namun aku masih tidak mampu untuk jadi orang paling kuat..walaupun pelbagai cara aku lakukan untuk menjadi orang yang paling bahagia...


***usaha tangga kejayaan***

ABAH SUKA, SAYA 2 KALI LAGI SUKA...



AWAK, KALAU HATI AWAK ADA SAYA...TOLONG JANGAN BAGI TAHU..SEBAB SAYA TAK NAK HATI AWAK, HATI SAYA LALAI..KALAU BETUL AWAK DAH SAYANG, KASIH DAN CINTA SAYA, TOLONG BUAT SATU PERKARA NI...JUMPA ABAH SAYA..INSYAALLAH ABAH SAYA SUKA...., SAYA 2 KALI LAGI SUKA..TOLONG!!!!!!...


***JODOH RAHSIA ALLAH, ALLAH MAHA MENGETAHUI , KALAU BENAR KITA ADA RASA YANG SAMA..LEBIH ELOK KIRANYA KITA HALALKAN SAJA***

AKU PELIK + GANJIL

kan sedap kalau perkataan pelik dan ganjil tu kita tukar kepada unik dan tersendiri..hah!!baru nampak aku ni edisi terhad sikit..hahha...bukan apa, baru2 ni aku terbaca post kawan aku..makna disebalik bulan kelahiran..yg bulan2 lain sedap ja aku tgok ..ada yg setia, jujur, ego, macam2 la.tiba2 bulan 9 dikatakan pelik + ganjil..waaaa....bukan nak percaya tapi macam aku tulis kat atas la..tukarkan perkataan tu baru nampak x ketara sangat..hahhaha...tapi aku memang mengaku aku ni pelik sikit (banyak jugak la)..antaranya:-


  • aku pakai earphone, tapi aku x pasang apa2 pon..(byk kali jugak la terkantoi sbb aku pakai earphone tapi x cucuk pon kat lap top..bila teringat nak pasang lagu...sekali pasang satu bilik bley dgr..padahal kat telinag pakai earphone..)
  • kalau tangkap gambar aku mesti buat muka pelik..merosakkan gambar..hahha
  • suka usha laki2 hensem ka x hensem ka..aku akan buat semangat p kelas..hahhahah..itu yg aku panggil prince charming/PC. tapi aku x serius pon..penah kwn2 suh serius..eh..mmg xlah..
  • perwatakan ganas..tapi bila dengar lagu , tengok movie sedih..kompem meleleh..huhuhu..
  • tapi jangan xtau aku sebenarnya pemalu, sebab tu dari aku kecik lagi org suka usik aku..cikgu muzik, kwn abah,pak2 sedara..mmg kompem la aku kena usik..tahap pemalu mmg x dapat digambarkan la..dah besar ni kurang la sikit (mcm dah x tau malu)
  • dari kecik lagi, kawan baik aku adalah lelaki tapi abah sentiasa pantau..start ting 3 aku dah xdak kawan lelaki.....dah besar ni baru merasa kawan ngan pompuan..sebab tu la aku suka sgt berkawan kat UPSI ni..asal jumpa pompuan aku nak kawan lalallala...
  • setiap hari aku akan tunggu jam tepat 11.11 utk apa..biarlah rahsia..
  • nama fb pon pelik..
  • kalau dah suka sesuatu lagu tu..aku akan ulang dengar lagu tu ja berhari2 sampai aku jemu..
***banyak lagi benda pelik yg aku suka buat..sampai x tersenarai la..xpa2 kalau aku ingat aku tambah lagi..jangan risau..***



Ahad, 3 Jun 2012

APA HAL..KAU INGAT KAU KACAK KA???


ni kes add org x approve la ni..hahhahahha..lallalalalala...apsal dia ingat dia kacak ka? muka cam ora 3 suku ja x btul..wekkksss..xnak usha dah pasni..gila berlagak..hahhahah..memandangkan sem ni dah nak hbis..kita siap sedia cari yg baru sem dpan...PRINCE CHARMING..harap2 ada..buat semangat nak p sekolah..haish praktikal2..



***ggeramm sebab nampak sangat dia ni memilih, fb aku satu lagi dia approve, mentang2 la aku letak gambar pompuan cantik***

sekian, ini penyudah bagi pc semester 6

Sabtu, 2 Jun 2012

kesihatan semakin terjejas




hari isnin ni dah mula peperiksaan...<-----ada aku kisah..lallalala...

  • buku x baca lagi
  • slip exam x print lagi
  • pen aku p mana ntah
  • x sabaq nak jumpa sagoh
  • tiket balik kg pon x beli lagi
  • name tag x buat lagi
  • buku rancangan mengajar baru sbeli semalam..kih3



tapi yang penting aku kena jaga kesihatan baik2..kalau study bagai nak rak, tapi penyakit aku menyerang lagi..baik xyah study pon xpa..kompem aku xleh jawab..sem ni penyakit aku semakin teruk, tapi xpa sebab setiap penyakit yang Allah berikan tu 
sebenarnya bertujuan menghapuskan dosa2 yang penah kita buat..harap2 time exam nanti aku sihat..PRAKTIKAL pon..harap aku x sakit teruk..klu x sapa yang nak jaga aku..mak ngan abah jauh..xkan nak menyusahkan saudara dan kawan2 terdekat..yang paling penting makan kena jaga..x boleh skip2..xleh suka2 bantai makan ja..haish susah la..mau badan x makin susut..berat pon dah hilang dekat 1o kilo<----baIklah berat turun bukan sebab sakit tapi lebih kepada aku yang diet....bukan apa..kadang2 tersentuh dapat kawan yang sangat mengambil berat..lalalalala..bila tengok muka aku pucat sikit..mula la gelabah depa..x pa jangan risau aku sihat2 ja..yang penting pergi mana2 jangan lupa bawa ubat..penyambung nyawa tu..hahahha...apa2 pon hidup ni kena sentiasa ceria..barulah lebih bermakna...




****SEMOGA ALLAH PANJANGKAN LAGI UMUR AKU UNTUK BERBAKTI KEPADA MAK DAN ABAH****

YA ALLAH DIAKAH ORANGNYA??


DIAKAH ORANGNYA?????TETAPI AKU YAKIN..YA DIALAH ORANGNYA..NAMUN INI SEMUA KUASA TUHAN SEYAKIN MANA KITA MANUSIA..KITA KENA YAKIN BAHAWA ALLAH ITU MAHA BERKUASA DAN MAHA MENGETAHUI..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

budak baik mesti klik iklan ni, terima kasih ya..

ANDA PENGUNJUNG KE