klik la kengkawan bg aku kaya ckit

Selasa, 20 Mac 2012

SUNYI..

                     



sunyi..                                                                                                            


Umur aku sudah menginjak 23 tahun tahun ini. Aku kini berada dalam semester 6 dan pada semester hadapan aku bakal berpraktikal di sekolah menengah kebangsaan kuala kurau..(INSHAALAH).. semoga segala urusan dipermudahkanNya. Menuntut di UPSI banyak mengajar aku erti kehidupan, perlu berdikari tanpa keluarga di sisi.  

Entah kenapa hari ini aku rasa begitu sunyi. Aku rasa seolah-olah rakan lain sudah tidak pedulikan aku lagi. Rakan sebilik aku pula sorang yang pendiam (jarang bercakap) dan suka menghabiskan masa dengan belajar. Rakan lain yang dahulunya sentiasa ada di sisi kini beralih kasih kepada sang kekasih dan ada juga yang sudah berumah tangga. Mungkin ini yang menyebabkan aku sunyi.  

Bukan aku tidak mahu terlibat dengan percintaan. Aku juga bukan tidak percaya kepada cinta. Tetapi aku sudah menyusun tekad di jiwa bahawa aku akan bahagiakan kedua ibu bapa aku dahulu sebelum mencari kebahagiaan diri sendiri.  

Pernah dahulu aku melihat status yang di ‘update’ oleh kawanku, iaitu..bosan...dan seorang ustaz telah memberi respon dengan jawapan...kahwinlah..huhuhuhu...mungkin umur seperti aku sepatutnya sudah mempunyai seseorang untuk menyandarkan harapan..mungkin itu juga yang menyebabkan aku sunyi.. Tetapi aku rasa mungkin kekosongan di hati aku ini boleh diisi dengan dekatkan diri kepada Allah s.w.t.  

 p/s: pernah aku membaca novel keimanan cinta dan aku sangat tertarik dengan satu ungkapan ini..
jangan mencintai seseorang (manusia) lebih daripada kamu mencintai Allah s.w.t.

Apabila aku hayati ungkapan ini aku rasa diri aku ini terlalu jahil..cinta manusia tidak kekal..ada cinta lain yang lebih kekal dan indah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

budak baik mesti klik iklan ni, terima kasih ya..

ANDA PENGUNJUNG KE