Ya..tak lama lagi aku bakal terikat. Menjadi tunangan.. aku
harus tinggalkan dunia aku yang dulu.. harus lebih matang, yakin dan berani. Haish,
tapi hati ni tak berhenti berdebar-debar. Belum bersediakah aku? insyaAllah
esok aku akan ke pekan Kangar untuk membeli sebentuk cincin bersama emak..hehehe..
bahagia? Memang la bahagia, tapi bila fikirkan tempoh 4 bulan menjadi tunangan
rasa kecut perut ni.. aku kini Cuma menghitung hari..
Alahamdulillah hubungan
kami mendapat restu kedua belah pihak. Mula2 memang banyak cabaran yang aku
tempuh nak dapatkan jawapan si dia.. jenuh aku tunggu. Dengan bantuan pihak
tengah.. hubungan kami dipermudahkan. Tapi disebabkan terlalu lama menunggu jawapan.
Aku putuskan menghubungi si dia yang tersayang. Aku Tanya status hubungan kami
yang sebenarnya. Mula-mula memang dia cuba berdolak- dalih dan aku hampir
sahaja putus asa.. namun saat akhir, yang tersayang telah beritahu bahawa dia
sudah lama terima aku dalam hidupnya. Cuma sedikit kesulitan yang menyebabkan
status kami tidak dapat disahkan.. TERIMA KASIH ORANG TENGAH (PULAMI) SEBAB
TOLONG KAMI DAN SI DIA YANG TERSAYANG (SMK KUALA KURAU) KERANA TERIMA KAMI
BERPRAKTIKAL DI SANA.
Hahaha, mesti suspen kan baca entri aku kali ni. Jangan marah
nanti cepat tua. Inilah kisah percintaan aku. Waaa..berdebar lagi ni..nak
praktikal mcm tak bersedia ja lagi. Tapi xpa, tawakal ja. Yang lain2 semua dah
selesai kan. Semoga kehadiran aku di SMK KUALA KURAU disambut ria oleh
warganya..kah8.. ingat tadika ka??
P/S : Motif nak beli cincin
kononnya dah berpunya, huhuhu takut kena kacau ngan orang banjar..
***selamat berpraktikum
kepada sahabat2ku yang lain, semoga segala urusan dipermudahkan dan dijauhi
daripada perkara2 yang tak dingini***