klik la kengkawan bg aku kaya ckit
Selasa, 20 Mac 2012
SUNYI..
sunyi..
Umur aku sudah menginjak 23 tahun tahun ini. Aku kini berada dalam semester 6 dan pada semester hadapan aku bakal berpraktikal di sekolah menengah kebangsaan kuala kurau..(INSHAALAH).. semoga segala urusan dipermudahkanNya. Menuntut di UPSI banyak mengajar aku erti kehidupan, perlu berdikari tanpa keluarga di sisi.
Entah kenapa hari ini aku rasa begitu sunyi. Aku rasa seolah-olah rakan lain sudah tidak pedulikan aku lagi. Rakan sebilik aku pula sorang yang pendiam (jarang bercakap) dan suka menghabiskan masa dengan belajar. Rakan lain yang dahulunya sentiasa ada di sisi kini beralih kasih kepada sang kekasih dan ada juga yang sudah berumah tangga. Mungkin ini yang menyebabkan aku sunyi.
Bukan aku tidak mahu terlibat dengan percintaan. Aku juga bukan tidak percaya kepada cinta. Tetapi aku sudah menyusun tekad di jiwa bahawa aku akan bahagiakan kedua ibu bapa aku dahulu sebelum mencari kebahagiaan diri sendiri.
Pernah dahulu aku melihat status yang di ‘update’ oleh kawanku, iaitu..bosan...dan seorang ustaz telah memberi respon dengan jawapan...kahwinlah..huhuhuhu...mungkin umur seperti aku sepatutnya sudah mempunyai seseorang untuk menyandarkan harapan..mungkin itu juga yang menyebabkan aku sunyi.. Tetapi aku rasa mungkin kekosongan di hati aku ini boleh diisi dengan dekatkan diri kepada Allah s.w.t.
p/s: pernah aku membaca novel keimanan cinta dan aku sangat tertarik dengan satu ungkapan ini..
jangan mencintai seseorang (manusia) lebih daripada kamu mencintai Allah s.w.t.
Apabila aku hayati ungkapan ini aku rasa diri aku ini terlalu jahil..cinta manusia tidak kekal..ada cinta lain yang lebih kekal dan indah..
Jumaat, 18 November 2011
perasaan terpendam
Perasaan terpendam
Ku lakar namamu di awan biru
Biarpun tinggi, biarpun jauh
Ku cuba gapai hatimu
Biarpun susah, biarpun payah
Harapan tetap kupendam
Ku takut kalau terluah
Kau jauh, jauh dariku
Ternyata salah percaturanku,
Setelah diri pendam perasaan
Kau pergi bersama cinta lain
Kau cuba semai benih cinta bersamanya
Ternyata jodoh bukan milik kita
Andai dia dapat bahagiakanmu
Usahlah dikenang kisah dulu
Dia jodoh yang baik
Datang dari tuhan Istimewa buatmu..
Jika dibanding aku dan dia
Aku sedar Semestinya dia lebih bermakna
Tiada ku tahu citamu begitu
Kalau ku tahu tidak aku berani menyimpan perasaan
Bahagiakanlah dia untuk hari ini, esok dan selamanya
Ku pasti suatu hari nanti pasti ada yang lebih baik
Untuk aku…
Anak pesisir
12.31 pg 18-11-2011
semoga perhubungan dia yang baru berputik bersama insan tersayang berkekalan INSYAALLAH...aminnn...
Rabu, 16 November 2011
GEMUK = PEMALAS
Aku obesiti...arghhhhh!!!!!
Apsal plak la lect stress timbulkan isu terlebih gemuk dalam klas ni??.kelas sepatutnya pengurusan stres kan dah jdi penambahan stress..
PUNCA TERLEBIH GEMUK.
di dalam klas lect tnya apa punca terlebih gemuK? Apa lagi kawan2 yg kurus mula bagi sebab seseorang itu terlebih gemuk antaranya:
- malas bergerak
- malas bersenam
- kuat makan
Apa yg mereka nak tekankan kat sini orang gemuk ni pemalas..jadi sapa2 yg gemuk ni akan dpt cop secara rasminya pemalas. dan orang yg pemalas pula secara rasminya gemuk.Pernah x anda lihat orang yg pemals ni kurus?? Banyak kan. Hai rajin sangat ka hampa tu.sakit hati mak tau.
Yang menjadi persoalan sekarang nie..orang2 kurus ni rajin sangat ka bergerak..orang kurus ni rajin sangat ka bersenam (3 kali seminggu), orang kurus ni x kuat makan/ x mkn sbb tu la diorang ni kurus.
jadi kat sini aku nak buat satu teori bodo:
gemuk:pemalas
kurus: rajin
kuat makan=pemalas+gemuk
x kuat makan= rajin+ kurus
sungguh satu teori yang x bleh pakai..
lagi satu pernah x hampa semua tengok orang kurus kuat makan??apa sebab orang kurus ni x gemuk ya??bagi aku mudah ja jawapannya...kadar metabolisme dlm tubuh seseorng tu...
melalui pemerhatian yang aku nampak
si A: seorang yang kurus. makan dalam kuantiti yg sedikit sebab perut dia mmg x dpt terima klu mkn byak2
si B: kuat makan walaupun kurus..tengah malam pun boleh makan nasi lagi tetapi beratd epa x naik2 jugak.
Jadi bagi sesiapa yang nak kuruskan badan jangan sesekali tanya orng kurus ni macam mana nak kuruskan badan sebab depa semua ni x pernah gemuk pun...depa sendiri lahir dan ditakdirkan berbadan kurus..depa sendiri xtau pasai pa depa ni kurus. Mana depa jaga sangat pun pemakanan depa ni...tipu banyaklah KLU DEPA NI BAGI TIPS KAT HAMPA SEMUA CARA KURUSKAN BADAN .huh!!!!
sapa kata orang kurus ni rajin!!!!!!!!!depan pon x penah bersenam la...malas bergerak DLL..
Jumaat, 22 April 2011
HuJunG SeM yG pOkAi
adakah aku terlalu boros sem ni, tapi aku rasa tak jugak,,,bila pokai2 macam ni barulah aku teringat yang aku ni ada 5 orang abg yang dah kerja,,dan salah seorangnya selalu on9 facebook di tempat kerjanya,,hahaha,,apa lagi,,mula2 tu niat dihati nak bgurau ja, tapi x berapa nak bergurau la sebab duit tiket pon xbayar lagi ni,,hehehe,,aku pon masuk chat abg aku ALI HANAFIAH MOHD SHAFIE
penggali kubur: oiii,,nak duit xdak duit ni
ali hanafiah: berapa det nak??
penggali kubur: 50
ali hanafiah: bagi no akaun ptg ni aku bubuh
penggali kubur: @$%^&*()_)(*&^%$#,,,kih34 tq2
senang rupanya nak mintak duit, punya la aku menahan lapaq dengan makan maggie yg cukup berzat tu,,haish,,biasala sebelum ni aku x penah mintak duit kat abg2,,kebiasaannya PAMA yg bg,,malu nak mintak kat PAMA aku pon mintak kat abg,,hehehe
emak: kaya la budak tu ali bg rm50, omaq rm50, pastu abh bg rm150
ct(aku): org mintak 50 ja nak bayar tiket huhuhu,,,
Khamis, 14 April 2011
LAKSA (makanan kegemaranku)
Entahlah aku ni mungkin dah xtao nak post apa..Nak dekat exam ni asyik teringat kampung ja..Kalau kat kampung kompem aku dah masak laksa, sebab aritu call mak , mak cakap, ikan byk skung ni..Tambah mak lagi klu aku ada dah lama buat laksa..Disebabkan aku xdak kat umah xdak sapa nak masak laksa..Siap la nant aku balik mcm2 aku nak masak..Kpada adik beradikku yang lain siap perut ja ok...
Berbalik kepada laksa td. kat tempat aku mmg terkenal dengan laksa. Klu singgah Pekan Kuala Perlis mcm2 gerai, restoran, dan bengkel jual laksa ada. tapi, yang paling femes sekali Laksa Kak SU.
Kalau sesiapa yang berminat nak makan laksa tu aku syorkan singgahlah restoran ni..memang besh la laksanya. LAKSA BERAS ASLI & SEGAR. Klu sesiapa yang dtg Kuala Perlis memang cari laksa beras...Laksa ni mmg femes kat cni.
HARGA SEPINGGAN: RM2.50 (BIASA)
murah ja kan??
P/S: Tapi jangan pelik pula sebab kat cni orang mkan laksa bersama2 ngan sejenis kuih ni..klu kat cni panggil pulut udang. kat tempat lain ada yang panggil pulut panggang la..dan lain2 lagi.
+
Nak resepi laksa x, nah aku bagi. selamat mencuba tau!!!:
Bahan-bahan ( 4 Org )
sumber diambil dari: http://www.myresipi.com/top/detail/3253
- 1 Kg laksa beras
- 1 Kg ikan kembung
- 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas)
- 10 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai di ketuk
- 1/2 inci lengkuas (ketuk)
- Asam keping secukupnya
- 1 ketul gula 'Gherek'
- Daun kesum secukupnya
- 1 kuntum bunga kantan (belah 4)
- Garam, Gula dan MSG secukup rasa
- Air secukupnya
- 5 biji cili merah
- Belacan sebesar ibu jari
- BAHAN ULAM
- 1 biji timun (potong lidi)
- 2 labu bawang besar (potong bulat nipis)
- 10 biji cili api (potong bulat nipis)
- Daun selom secukupnya (racik halus)
Cara-cara
- Rebus ikan dengan gula 'Gherek', garam, asam keping dan lengkuas hingga masak.Sejukkan dan siat isi ikan.Asingkan isi dengan tulang.Kisarkan Kesemua isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam periuk.Kemudian kisarkan pula tulang ikan dan tapis ambil patinya ke dalam periuk berisi isi ikan tadi.
- Kisar pula cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.masukkan dalam periuk tadi.Jerang ramuan-ramuan ini di atas api sederhana.Tambahkan air jika terlalu pekat.
- Ambil asam keping dan lengkuas yang digunakan untuk rebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang berisi kuah ikan.Masukkan juga serai, bunga kantan dan daun kesum.Tambahkan garan, gula dan MSG secukup rasa.Masak hingga mendidih.
- CARA MENGHIDANG ---> Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk.Letakkan segala ulam ulaman dan sendukkan kuah.Hidang ketika panas.
~SELAMAT MENCUBA~
Ahad, 10 April 2011
kIsAh KeLaKAr
Adala seorang Minah ni baru pulang dari kampung bersama 3 lagi rakannya. Mereka memilih kereta api sebagai pengangkutan mereka disebabkan tambang yang murah dan pengangkutan nilah yang satu-satunya terus ke destinasi mereka. Jika mereka naik bas, mereka terpaksa naik 2 bas baru sampai ke kolej kediaman mereka.
sampai sahaja stesen KTM (4.00 pagi) mereka pun naik la kereta sapu untuk ke kolej mereka . jarak tak jauh manapun. dijadikan cerita sampai saja mereka ke kolej. masing-masing berpecahlah nak balik ke bilik masing-masing. tinggal si minah ni ja la sebab dia tinggal luar (rumah sewa).
Dijadikan cerita si minah ni komfiden la nak balik rumah dengan harapan sampai ja rumah nak tido terus. Tapi sebaliknya yang berlaku. Saat minah ni nak buka pintu, pintu dah terbuka tetapi tetap tak terbuka sebab ada orang kunci palangnya dari dalam. Ini bermakna ada orang lain yang dah balik lebih awal drp si minah ni..Puas salam di beri, pintu diketuk (dihempas2 sbenarnya) tp tetap tak ada yang bangun buka pintu . Nak di telifon orang dalam rumah tu kredit dah xdak..Dah la kredit dak bateri hp pon dah kong..tiba2 ja mati..
Si minah ni pon apa lagi xkan nak ditunggu kat luar rumah sampai ke pagi , lama tu. sebenarnya takut ja lebih..Kemudian dia mengatur langkah ke rumah kawan yang pulang bersamanya tadi. Sekali lagi dengan komfidennya si minah ni naik lif ke tingkat 9 (kolej depan umah sewanya ja). Tatkala sampai ja tingkat sembilan, barulah dia sedar bahawa dia x ingat no rumah kawannya tu..Si minah ni apa lagi gunalah gerak hati pergi ketuk pintu rumah yang dirasakan rumah kawannya..Ketuk punya ketuk tiada jawapan. Di ketuk pintu rumah yang lain pula.masih tiada yang menjawab.
Lalu si minah ni ambil keputusan ketuk ja pintu rumah sesiapa pun asalkan dia dapat masuk dalam rumah. Tidaklah dia duduk di luar tambahan lagi dengan suasana gelap gelita, amat meneyeramkan. Sambil mengetuk pintu si minah memanggil nama kawannya..Masih tidak disahut panggilaN minah ni..Di lihat rumah sebelah ada penghuni sedang memasang lagu dengan kuatnya. Lalu si minah ni mengetuk pintu rumah tersebut dengan harapan penghuni rumah tersebut kasihan dengan nasib dirinya..
Tapi bila difikirkan kembali siapa la yang nak keluar bukak pintu pagi2 buta ni. Mereka pun takut!!. .Beberapa minit kemudian lagu yang dipasang dengan kuat tadi ditukar dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran..Baru lah si minah ni sedar yang semua orang ingat dia ni hantu yang berlegar-legar di aras sembilan sambil mengetuk pintu rumah orang. Si minah ni dengan hati yang bengkek turun la semula pulang ke rumah sewanya.
Kecewa sungguh si minah ni. Dah la takut, orang pasang ayat-ayat suci alQuran pulak lagilah seram si minah ni..sampai ja di rumah dia sekali lagi mengetuk pintu rumahnya dengan sekuat hati., menjerit nama penghuni di dalam rumah tersebut..dan akhirnya ada juga makhluk Allah yang bangun membuka pintu..fuhh!! lega rasanya..
keesokkannya si minah ni pergi kelas jumpa kawannya dia senyum ja..si minah ni langsung tidak ceritakan apa-apa kepada kawan-kawan yang lain..
MORAL OF THE STORY
1. PASTIKAN TELIFON BIMBIT SENTIASA BERKREDIT & BERBATERI
2. SENTIASA INGAT NO RUMAH KAWAN
3. JANGAN BALIK RUMAH SEORANG DIRI
4. MALKLUMKAN KEPADA HOUSEMATE ANDA TENTANG KEPULANGAN ANDA..
Jumaat, 8 April 2011
CINTA YANG TAKKAN PERNAH BERPUTIK
AKU SEDAR
AKU SEMEMANGNYA SENTIASA SEDAR
AKAN SENTIASA SEDAR
SELALUNYA SEDAR
TAKKAN ADA SEDETIK PUN
HARAPAN AKU LETAKKAN TERHADAPMU
KERANA AKU TAHU AKU BUKAN KEINGINANMU
AKU BUKAN MAHUMU
AKU BUKAN CINTA DIHATIMU
NAMUN SALAHKAH AKU MAHU BERPERASAAN
PERASAAN CINTA DAN KASIH
BIARPUN HADIR DAN PUTIK HANYA DIHATI
AKU TAK KISAH
KERNA KU TAHU TAKKAN TERBITNYA CINTA
DARI HATIMU SEKELUMITPUN MEMBALAS CINTAKU
CUMA APA YANG AKU SEDIHKAN
KAU TIDAK LAGI MENEGURKU
KAU TIDAK LAGI MELAYAN KU SEPERTI DAHULU
WALAUPUN KITA SERING TELINGKAH DAHULU
HANYA ITU DAYA AKU LAKUKAN MENARIK PERHATIANMU
TOLONGLAH WALAU DIHATIMU BUKAN NAMAKU
CUKUPLAH SEKADAR SAPAAN SEORANG TEMAN
DARIMU UNTUKKU TIAP KALI KITA BERTEMU
SUNGGUHNYA AKU TERSIKSA MENANTIMU
HADIR DI DEPAN MATAKU
BETAPA AKU RINDU TIAP KALI KAU HILANG TANPA KHABAR BERITA
SENYUMMU SENTIASA MENGUBAT HATI YANG LARA INI
INILAH CORETAN AKU KEPADAMU
ANDAI TAK BISA SALAM CINTA KAU BERIKAN
CUKUPLAH SEKADAR TEGURAN MESRA SEPERTI DAHULU KAU LAYANGKAN
AKU SEMEMANGNYA SENTIASA SEDAR
AKAN SENTIASA SEDAR
SELALUNYA SEDAR
TAKKAN ADA SEDETIK PUN
HARAPAN AKU LETAKKAN TERHADAPMU
KERANA AKU TAHU AKU BUKAN KEINGINANMU
AKU BUKAN MAHUMU
AKU BUKAN CINTA DIHATIMU
NAMUN SALAHKAH AKU MAHU BERPERASAAN
PERASAAN CINTA DAN KASIH
BIARPUN HADIR DAN PUTIK HANYA DIHATI
AKU TAK KISAH
KERNA KU TAHU TAKKAN TERBITNYA CINTA
DARI HATIMU SEKELUMITPUN MEMBALAS CINTAKU
CUMA APA YANG AKU SEDIHKAN
KAU TIDAK LAGI MENEGURKU
KAU TIDAK LAGI MELAYAN KU SEPERTI DAHULU
WALAUPUN KITA SERING TELINGKAH DAHULU
HANYA ITU DAYA AKU LAKUKAN MENARIK PERHATIANMU
TOLONGLAH WALAU DIHATIMU BUKAN NAMAKU
CUKUPLAH SEKADAR SAPAAN SEORANG TEMAN
DARIMU UNTUKKU TIAP KALI KITA BERTEMU
SUNGGUHNYA AKU TERSIKSA MENANTIMU
HADIR DI DEPAN MATAKU
BETAPA AKU RINDU TIAP KALI KAU HILANG TANPA KHABAR BERITA
SENYUMMU SENTIASA MENGUBAT HATI YANG LARA INI
INILAH CORETAN AKU KEPADAMU
ANDAI TAK BISA SALAM CINTA KAU BERIKAN
CUKUPLAH SEKADAR TEGURAN MESRA SEPERTI DAHULU KAU LAYANGKAN
Langgan:
Catatan (Atom)