Kepulangan
aku ke kampung bukan disambut khabar yang menggembirakan, tapi kesedihan ..aku
tak tahu macam mana nak mula..entri kali ini akan aku ceritakan perihal cinta
abang aku yang ke-5 yang mendapat tentangan oleh kedua ibu bapa kami.. mungkin
juga jodoh mereka kuat, kami dah usaha menjauhkan mereka. Tetapi perancangan
Allah lebih kuat berbanding usaha kami.
Aku
ingat hubungan abang omar dengan pasangannya xkan ke mana. Abah memang tidak
berkenan dengan gadis dan keluarga tersebut. Sejak dari mula lagi Nampak sangat
abang ni dipergunakan. Abang sanggup buat apa sahaja demi cinta mereka.. ayah
gadis tersebut merupakan seorang bomoh.. abang pernah ditawarkan ajaran2
bomohnya itu.. hurmm..entahlah..mungkin hubungan mereka ni dah erat..mak dah
telifon abang2 YANG LAIN gbh
suh bagi nasihat, dan macam2 lagi la..tapi semuanya
x jalan..
16
JUN 2012 SABTU;
Setibanya
aku ke kampung dari tg malim, dah malam dah pon.. tiba2 abang ke-3 , samsul
datang sambil menunjukkan hp barunya.. aku pon ambik belek2..lepas tu, abang
buka gambar. Aku ingat dia nak tunjuk gambar anaknya. Tetapi gambar perkahwinan
abang aku ,omar. Satu persatu gambar aku belek.. aku dah takdak perasan..
terkedu.. aku memang diam.. aku xtau nak cakap apa… aku tau abang samsul tgh
perhatikan aku..aku buat2 x terkesan bila lihat gambaq tu.. lepas tu aku p
dapur..aku terus menangis.. aku x sangka. Aku x
jangka.. abang yang aku sayang sanggup buat macam ni..
17
JUN 2012 AHAD
Pagi
ahad, emak bagitau abah yang abang omar dah kawen..dan jawapan abah hanya ..
YA, ALLAH…
Emak:
Abahnya, kita redha jalah..biarlah depa nikah. Daripada depa dok buat
dosa..kita ni pon tumpang tanggung dosa depa jugak.. kita doakan yang terbaik
ja la..
Abah:
aku bukan apa, aku xmau orang dok kuda2 dia ja nanti..
Aku:
apa akuu boleh buat, aku menangis ja la..sayu aku dengar mak pujuk abah.. abh
pula terdiam dengan tindakan abang sulung dan ketiga aku, mereka telah
mengaturkan perkahwinan abang aku yang ke-5. Sekeras-keras hati abah.. abah pasrah..
mungkin dia Cuma tak dapat terima, anak yang dibela selama ni hilang begitu
sahaja..kerana cinta, anak dah tak ingat ibu dan bapanya..
19
JUN 2012 SELASA
Semenjak
berkahwin pada 15/16 jun 2012, abang omar dah tak balik2 ke rumah.. Ya, Allah
kau lindungilah abang aku OMAR MOKTAR B. MOHD SHAFIE dari sebarang kesusahan
dan musibah.. engkau redhailah perkahwinan mereka dan engkau redhakanlah hati
emak dan abah..
***sebaik-baik perkahwinan adalah perkahwinan yang mendapat restu oleh kedua ibu bapanya***