klik la kengkawan bg aku kaya ckit

Khamis, 14 April 2011

LAKSA (makanan kegemaranku)

                           

Entahlah aku ni mungkin dah xtao nak post apa..Nak dekat exam ni asyik teringat kampung ja..Kalau kat kampung kompem aku dah masak laksa, sebab aritu call mak , mak cakap, ikan byk skung ni..Tambah mak lagi klu aku ada dah lama buat laksa..Disebabkan aku xdak kat umah xdak sapa nak masak laksa..Siap la nant aku balik mcm2 aku nak masak..Kpada adik beradikku yang lain siap perut ja ok...

Berbalik kepada laksa td. kat tempat aku mmg terkenal dengan laksa. Klu singgah Pekan Kuala Perlis mcm2 gerai, restoran, dan bengkel jual laksa ada. tapi, yang paling femes sekali Laksa Kak SU.


Kalau sesiapa yang berminat nak makan laksa tu aku syorkan singgahlah restoran ni..memang besh la laksanya. LAKSA BERAS ASLI & SEGAR. Klu sesiapa yang dtg Kuala Perlis memang cari laksa beras...Laksa ni mmg femes kat cni.
HARGA SEPINGGAN: RM2.50 (BIASA)
murah ja kan??

P/S: Tapi jangan pelik pula sebab kat cni orang mkan laksa bersama2 ngan sejenis kuih ni..klu kat cni panggil pulut udang. kat tempat lain ada yang panggil pulut panggang la..dan lain2 lagi.

    +     

Nak resepi laksa x, nah aku bagi. selamat mencuba tau!!!:

Bahan-bahan ( 4 Org )

sumber diambil dari: http://www.myresipi.com/top/detail/3253

  • 1 Kg laksa beras
  • 1 Kg ikan kembung
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas)
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai di ketuk
  • 1/2 inci lengkuas (ketuk)
  • Asam keping secukupnya
  • 1 ketul gula 'Gherek'
  • Daun kesum secukupnya
  • 1 kuntum bunga kantan (belah 4)
  • Garam, Gula dan MSG secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 5 biji cili merah
  • Belacan sebesar ibu jari
  • BAHAN ULAM
  • 1 biji timun (potong lidi)
  • 2 labu bawang besar (potong bulat nipis)
  • 10 biji cili api (potong bulat nipis)
  • Daun selom secukupnya (racik halus)

Cara-cara

  1. Rebus ikan dengan gula 'Gherek', garam, asam keping dan lengkuas hingga masak.Sejukkan dan siat isi ikan.Asingkan isi dengan tulang.Kisarkan Kesemua isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam periuk.Kemudian kisarkan pula tulang ikan dan tapis ambil patinya ke dalam periuk berisi isi ikan tadi.
  2. Kisar pula cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.masukkan dalam periuk tadi.Jerang ramuan-ramuan ini di atas api sederhana.Tambahkan air jika terlalu pekat.
  3. Ambil asam keping dan lengkuas yang digunakan untuk rebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang berisi kuah ikan.Masukkan juga serai, bunga kantan dan daun kesum.Tambahkan garan, gula dan MSG secukup rasa.Masak hingga mendidih.
  4. CARA MENGHIDANG ---> Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk.Letakkan segala ulam ulaman dan sendukkan kuah.Hidang ketika panas.



~SELAMAT MENCUBA~

4 ulasan:

  1. tudiaaa...sedaappnya..anda mmg sajakn bg sy meronta2 utk balik mkn laksa!..hahahhahaha..

    laksa kat sini xke taste langsung tau x..mkn setakat lepas kian lepas la..huhuhu..jom2 nnt balik g pekena laksa kaksu...;)

    BalasPadam
  2. ha56x,,,sama la kat sini mana nak dpt laksa mcm kat perlis sana,,, nnt balik perlis ang blanja aku na,,ha67x

    BalasPadam
  3. wahhh..wahhh..SDN.BHD arr baru adail gitu..hahaha..balik 29hb..30hb kena pi pekena arr..lepas gian kot!lama dh xmakan..huhuhu..balik lastmonth xsempt nk p...

    BalasPadam
  4. ahahha,,okay34, mcm besa la, aku ni lg la xblik lama dah tau,,org buat pasar tani kat tp pantai tu pon aku xtau,,,

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

budak baik mesti klik iklan ni, terima kasih ya..

ANDA PENGUNJUNG KE