NI LAH IKANNYA.. |
SALAM...Hai semua.. hari ini nak kongsi satu lagi resepi, iaitu Gulai ikan. semalam dan masak ayam bakar, kelmarin daging bakar... makna kata 2 hari asyik makan makanan bakar aja...jadi kita ubahlah sikit selera kita hari ini. Kita masak gulai . Semua atas permintaan abah jugak la. Kalau tak, tak tau la nak masak apa kan. Mesti ada yang kata. "alah..gulai??? senang ja tu". Memang la senang tapi nak kongsi jugak2 resepi ni..hehehehe...
Resepi ni x kisah apa jenis ikan sekalipun.. tapi kalau yang besar baru besh. boleh makan gulai kepala ikan..sedap o0o0o0..Tadi aku ngan my lovely mom pergi beli dikan GERUT. ikan ni bakar pon sedap..
Kalau nak cuba scroll ke bawah.. siap ada resepinya lagi
Bahan-bahan
1 EKOR (600 G) IKAN GERUT
1 PAKET REMPAH KARI
5 TANGKAI CILI KERING
6 ULAS BAWANG MERAH
5 ULAS BAWANG PUTIH
1/2 PAKET HALBA CAMPUR
2 TANGKAI DAUN KARI
1/2 MANGKUK AIR ASAM JAWA
1/2 MANGKUK SUSU CAIR/ SANTAN
1/2 BIJI KUNDUR
1 BIJI TOMATO
1 1/2 SENDUK MINYAK MASAK
1 KEPING ASAM KEPING
CARA-CARA
1. KISARKAN 2 ULAS BAWANG PUTIH, 3 ULAS BAWANG MERAH DAN CILI KERING. BAWANG PUTIH DAN BAWANG MERAH YANG SELEBIHNYA DIHIRIS NIPIS.
2. BAWANG YANG DIHIRIS DI AMBIL SEDIKIT DAN DIBANCUH BERSAMA SERBUK KARI DAN DAUN KARI.
3. SETERUSNYA, PANASKAN PERIUK DAN ,MASUKKAN MINYAK. TUMISKAN BAWANG YANG DIHIRIS BESERTA HALBA CAMPUR. TUMIS SEHINGGA KEKUNINGAN.
4. MASUKKAN BAHAN YANG DIKISAR BERSAMA REMPAH YANG DIBANCUH TADI. KACAU DAN BIAR PECAH MINYAK DAN SELANG SELI MASUKKAN AIR ASAM SUPAYA KUAH TADI TIDAK TERLALU KERING DAN BIARKAN SEMULA.
5. SETELAH AGAK MENDIDIH DAN PECAH MINYAK MASUKKAN KUNDUR BERSAMA KEPALA IKAN TERLEBIH DAHULU.
6. KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR/ SANTAN, GARAM DAN BIAR SEKETIKA DAN MASUKKAN IKAN YANG SELEBIHNYA. BIARKAN SELAMA 2 MINIT, KEMUDIAN MASUKKAN HIRISAN TOMATO DAN TUTUP API. SEBAB IKAN NI CEPAT MASAK.
MAAF LA YA, HARI INI MASAK TAK SNAP GAMBAR. TAPI HASILNAY AGAK MEMUASKAN.
***SELAMAT MENCUBA***.