klik la kengkawan bg aku kaya ckit

Isnin, 11 Februari 2013

SAHABAT ATAU MUSUH

  'CARILAH SERIBU SAHABAT DALAM PERGAULAN   KERANA SERIBU SAHABAT BELUMLAH BANYAK. JAUHILAH SEORANG MUSUH KERANA MUSUH YANG SEORANG ITU SUDAH LEBIH DARIPADA BANYAK'

                                                                      -LUQMANUL HAKIM

             Sahabat ialah seorang yang sentiasa berada di samping kita saat kita susah mahupun senang. Sebab itulah susah kita hendak cari sahabat. Kawan bersepah kita boleh jumpa. Kita boleh ajak kawan ketawa dengan kita tetapi kita tidak boleh ajak kawan itu menangis dengan kita. Anda semua ada tak kawan yang boleh dikategorikan sebagai batu api. Ada hadis yang mengatakan- tidak akan masuk syurga bagi orang yang menjadi batu api.. jadi saya syorkan anda jauhilah si batu api ini, sebab hidup kita takkan senang. saya bukan nak memandai tapi saya dah pernah lalui semua ini..pedih dan perit hidup dengan batu api ini tahu!!! 

              Tapi sedih juga dalam kita berkawan. Kawan tersebut tidak memilih kita untuk berkongsi suka tambah-tambah duka. Tapi dah nama pun kawan kan. Kita rasa kitalah sahabat baik dia tapi dia tidak rasa macam itu pun. Kita sanggup buat apa saja demi dia. Tapi dia tidak kisah mana pun pasal kita. 

            Musuh lagilah senang dicari. Tapi ada orang cakap kita kena dekati musuh barulah senang untuk kita tawan dia. Tapi seksa dekati musuh ni. Sebab dia tidak pernah sukakan kita. Kalau batu api, dia akan berpura-pura sukakan kita tetapi musuh tidak sama sekali. Musuh akan fikirkan jalan untuk jatuhkan kita bila-bila masa sahaja. Dia akan serang kita takkala kita lalai atau leka. waspada tau kawan-kawan. 

***Semakin bertambah usia kita semakin bertambah pengalaman kita. hidup harus diteruskan dan jangan sesekali takut untuk menempuh pancaroba yang bakal menyesakkan hidup anda***


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

budak baik mesti klik iklan ni, terima kasih ya..

ANDA PENGUNJUNG KE