Bidalan, pepatah, pribahasa dan seangkatan dengannya merupakan kata-kata yang digunakan orang-orang terdahulu untuk memberi nasihat, memujuk, memerli dan juga seangkatan dengannya. Mak dan abah aku juga tidak terkecuali. Mereka juga selalu menggunakan pepatah yang kadang-kadang aku sendiri tidak pernah mendengarnya. Ada kawan yang kata abah aku ni pandai juga berfalsafah..MEMANGLAH..aku terkenal sebagai pemerli yang bisa menyentap hati manusia..tAPI abah aku 10 kali ganda lebih pedas jika dia mula memerli orang..jadi, berhati-hatilah bila bercakap dengan abah aku ya..
pernah suatu hari aku dah xtau nak masak apa..sebab abah memang x suka makan benda yang sama ja setiap hari..
MAKA....aku telah diperli
DR. MAHADHIR BOLEH RANCANG MALAYSIA SAMPAI KE WAWASAN 2020..HAMPA NAK MASAK UNTUK ESOK PON DAH XTAU NAK MASAK APA..
teettttt.....terdiam buat beberapa minit...
suatu hari abang bawa aku keluar membeli barang..dan abag telah membeli sesuatu untuk aku..tapi abah ingat aku yang telah membeli semua tu..
MAKA...aku telah diperli
SITI...JANGAN SERONOK SANGAT DOK BELANJA...ABAH NI BERAK PON DAH TAK KELUAQ TAIK..
hahaha...pepatah ni kasaq sikit ya...keh8..tau x maksudnya????
maksudnya..jangan terlalu boros, abah sekarang bukan ada duit sangat..
INI BARU ABAH...KALAU MAK PULA...
setelah pulang dari menghantar adik ke uitm Shah Alam...emak pon berkata:
HANG TENGOK KAWAN SEBILIK NGAN CT SARAH TU OK X?? TAPI KALAU MENYOMBONG MEMANG X PADAN DENGAN MUKA LA.....
hahahha..gila sentap...
mak aku bukan apa..mak tak pernah kisah dengan orang yang hodoh...xlawa dan sebagai..kalau x , dah lama la dia x mengaku aku ni anak dia...kah7.. tapi apa yang mak kisahkan ialah peribadi, sahsiah dan akhlak seseorang itu...jangan menyombong...umpamanya mak nak cakap..jika tidak punya rupa paras yang elok jangan la pula akhlak juga begitu...sekurang-kurangnya biarlah seperti ini...biar buruk rupa asal elok perangainya...
hahha..waktu ni aku (berbaju kelabu) sedang disoal siasat oleh abah..berkenaan kesan calar dan kemek di bahagian belakang kereta abah..keh4..kantoi2..
Anda bercakap telefon dengan emak atau kawan anda TETAPI orang beranggapan anda sedang tergedik-gedik bergayut dengan kekasih hati anda.
Anda sedang memimpin emak anda yang sakit lutut naik esklator dengan harapan tidak menyusahkan emak anda untuk naik tangga TETAPI orang tengok pelik sahaja dan menegur (adik, kalau mak susah nak naik esklator tu, baik bagi mak naik tangga. takut nanti jatuh lagi susah). KEMUDIAN..
Anda pun pimpim emak anda naik tangga TETAPI ada pula yang menegur (adik, kenapalah biar mak naik tangga, kesian tu..sakit lutut)
Anda balik lewat malam kerana kawan-kawan ditimpa kesusahan TETAPI orang sekeliling mengganggap anda perempuan JALANG yang keluar malam bersama lelaki bukan muhrim.
Anda keluar beriadah pada waktu petang untuk menghilangkan stres TETAPI orang kampung ingat anda melilau mencari JANTAN.
Anda malas bertekak tentang sesuatu yang anda sendiri sedia maklum akan hal itu TETAPI orang menganggap anda seorang yang bodoh.
Anda berkawan baik dengan seseorang lelaki dengan mengganggap mereka sebagai kawan sahaja TETAPI orang lain beranggapan anda sedang kegersangan.
Mengapa minda orang melayu suka mentafsirkan perkara yang negatif sahaja. Cubalah fikir mengapa sesuatu kejadian itu berlaku.. Mengapa tindakan itu yang diambil? Alahai.. Salah faham memanjang. Habis takkanlah kita nak telefon mak kena beritahu dahulu.. haloo..orang kampung, saya nak telefon mak saya ni..bukan pak we saya.. aloo orang sebelah, saya nak pergi rumah kawan ni..dia minta tolong selesaikan masalah dia.boleh tak? takkanlah semua nak diceritakan..
tolong bagi penyelesaian bila kita berhadapan dengan masalah ini apa yang perlu kita lakukan?..sekarang aku hanya buat tidak tahu. berserah kepada Allah. tapi takut juga semua ni nanti menjadi fitnah..kang tak pasal-pasal dapat dosa besar orang tu...
Terdapat kawan yang hairan...dari manalah aku mendapat idea menulis entri di blog. Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menyebabkan aku menulis di blog. Antara sebabnya sebagai salah satu cara aku meluahkan rasa. Tidak kesemua perkara atau masalah yang kita cerita atau luahkan kepada kawan2 akan mendapat perhatian mereka. Kadang-kala mereka hanya sekadar mengangguk-anggukkan sahaja kepala mereka, padahal mereka tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada permasalahan yang kita ceritakan pun..entah ya atau tidak..ini telahan aku saja...sebab apa aku kata macam tu...sebab aku pun sama..kadang2 bosan dengar kawan cerita...kita ya kan sajalah...keh6x... jangan marah..
Selain itu, mungkin kerana sesuatu perkara itu terlalu penting dan peristiwa tersebut aku tak nak lupakan. Jadi, aku garapkanlah menjadi salah satu entri aku. Konon macam diari peristiwa manis dan pahit dalam kehidupan lah..ggiiituuu...kata kau...nak tulis dalam diari rasa mcam kuno sangat. tapi kalau sesuatu peristiwa tu terlalu peribadi dan sensetif aku takkan tulis la dalam blog ni..malu sih..begitu jugak sesuatu perkara tersebut terlalu menyakitkan hati..malas nak tulis takut merosakkan blog aku ja..kah6..gila jahat kau siti...
Kalau ada permasalahan cinta pula...untuk pengetahuan semua, selama 23 tahun aku hidup..aku tidak pernah sekalipun bercinta..PERLUKAH????? kalau dah sampai seru kawen..kawen ja la nanti...sebab apa banyak aku tulis pasal cinta..semuanya punca daripada sekeliling jugakla..satg dengar cerita kawan putus tunang la...putus cinta la...pak we main kayu hoki la..eh6..kayu tiga..apsal la depa suka main kayu???hohoho...kadang2 kisah cinta yang aku tulis tiada kaitan langsung dengan aku..sekadar bingung dengan masalah cinta kawan2 sekeliling..jadi aku masukkan ja dlm blog aku ni...baguskan!!!!
aku juga sedar ramai kawan-kawan yang selalu baca aku ni..tu pun setelah aku paksa..keh..maaf kawan ya..tapi ada juga yang dah jadikan blog aku sebagai blog kegemaran mereka...ada yang kata suka baca sebab kelakar...kadang2 ada yang tanya dah update entri ka??? macam bagus ja kan..kah6 tak kurang yang membenci aku..baca blog aku sebab nak tengok sama ada aku ada tulis x pasal dia...maaf la ya...nak sangat tulis..tetapi disebabkan mendapat teguran daripada rakan2 aku terpaksa batalkan niat murni aku tu...hehe..
Sekarang ada pula pembaca baru.., iaitu anak2 MURID aku la...terima kasih cikgu ucapkan...bacalah cikgu x kisah pun..kadang2 pengalaman ni kita harus kongsi bersama,, biarpun perkara tu sesuatu yang memalukan...agar ia menjadi ikhtibar dan pengajaran pada masa kelak...tapi jangan lupa baca buku sudahla ya..ilmu penting..pendidikan penting...masa depan tu penting...umur kamu sekarang penentu siapa kamu 10 tahun akan datang..ingat pesan cikgu ni tau...main2 jugak..belajar2 jugak..
Tinggal 3 hari lagi umat Islam bakal menyambut Lebaran. Azam aku Ramadhan kali ini ialah khatam al-Quran..huhu InsyaAllah tinggl 4 juzuk lagi..alahai...Esok sudah mahu bertolak pulang ke kampung halaman. harap-harap perjalanan aku selamat hendaknya. tapi masih banyak perkara yang belum aku selesaikan..
1. jahit manik di baju raya
2. khatam al-Quran
3. buat kuih raya
4. servis kereta..
harap sangat berakhir saja bulan ramadhan tidak bermakna berakhir segala amal ibadat di bulan syawal nanti..mungkin boleh diteruskan dengan puasa 6..
kali ini disebabkan penyakit yang aku hidapi aku terpaksa meninggalkan puasa selama 2 hari..tapi aku anggap semua ni dugaan di bulan ramadhan.
ketupat lemang di pagi hari,
lemang dibeli di tepi pekan,
lebaran menjelma sekali lagi
syawal dirai amal diteruskan.
***SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN***
hari raya menjelma lagi..kali ni lain sikit. aku praktikal di kuala kurau dekat ngan umah tok...jadi macam biasa balik perlis dulu kemudian balik umah tok kat sg bakap...
nak balik kampong nak kena siap2 barang dan servis keta la...dulu x payah pikiaq nak servis apa2 pon..beli tiket sampai tarikh naik bas atau tren ja..sampai kampung..ini nak kena pikiaq duit minyak keta, minyak enjin, air..almaklumlah bukan kereta baru..huhuhu...
raya ni juga ramai sahabat2 bakal mengikat tali pertunangan...TAHNIAH diucapkan..yang dekat insyaAllah dapat la pergi yang jauh tu..mintak maaf la..mungkin majlis pernikahan anda nanti saya dapat pergi sana..
tadi bergurau ngan student kata nak btunang raya nanti...bila student tanya betul ka cikgu nak btunang??..aku pon jawablah..xlah kembar (kawan) cikgu yang btunang,..student laki plak cakap ...cikgu x laku.. ada yg kata nak menyunting aku jadi teman hidup..aku cuma cakap terima kasih..aku x laku??? hurmm..x kisah pon..
murid2 skarang sibuk ja..hahha..aku plak malas nak pikiaq...jodoh lambat bak kata mak aku...mak aku cakap aku ni ikut sebelah abah aku..kawin lambat..x pala x kisah..calon pon xdak..yang setakat nak ganggu2 tu malas nak layan..buang masa..
***seperti biasa lambat cepat baik buruk jodoh aku...aku serahkan segala-galanya kepada Allah SWT***
dah jadi cikgu praktikal ni...seronak ada sedih pon ada rasanya..serba serbi la..masam-masam manis gitu..dapat plak anak murid jenis xnak belajar..kesian depa..masa ddepan dalam tangan depa.. bukan aku..aku dah susah payah cari bahan buat rph..masuk kelas anak2 murid xnak belajar..sentap cikgu seketika...dah digelarnya aku CG..nak tahu apa tu...CIKGU GEMUK...hahahha,..ingat aku kisah..diorang tu ibarat timun aku ni pula durian..x jejas apa pon kat aku..kalau aku bagi markah sikit baru tau..hahahha..siap la dalam kelas nanti aku kenakan cukup2 budak2 ni..
Lebih dua minggu aku
tak update entri2 aku kan..waaa…banyak kerja la..almaklumlah..sekarang dah
bergelar guru pelatih..nama pon guru pelatih, semua cikgu mmg bmempunyai niat
yang suci murni nak melatih kami menjadi guru yang sempurna (ayat makan dalam)..mmg
menjadi seorang guru bukan semudah yang disangka segelintir pihak yang tidak
aku tahu punca sangat tidak berpuas hati dengan kami yang berkecimpung dalam
profesion ni. . sakit kepala jugakla..hari2 nak pikiaq pasal RPH..walaupon baru
dua minggu..namun pengalaman yg kami dapat mcm dah dua tahun mengajaq kat
sini..anak2 murid aku plak ada yang bain, baik sesangat..kalau yang nakal
plak..nakal sesangat..aku mengajaq tingkatan 2 dan 4 di SMK KUALA KURAU..pengalaman
mengajar aku erti kedewasaan..
geng main game waktu perhimpunan
abah mesti suka tempat mcm ni
hara depan sekolah lpas sukan
budak2 aku snap waktu bila ntah
kuala gula
umah sewa aku..keta aku dan yg tu bukan haiwan peliharaan aku tau
budak bijak ni
di smka kerian jumpa ngan kk dan fairuz program pemukiman komsas. yg tgh yu GP saya
kelas 4 sains
kawad kaki rumah merah..saja2 tinjau
semangat gila depa ni
buat macho bleh
budak2 poyo
kelas 2A2
Setakat ni ja la..dah
xtau nak tulis apa dah..otak sekarang giat menyoal apa yang akan terjadi kepada
kami minggu depan..
hurm...tolonglah hati jangan la nak perasan..
sedarlah diri tak ada keistimewaan..
mana ada mata yang sudi memandang..
biarlah diri sunyi sendiri..
lebih baik dari merana kemudian..
lebih banyak bunga yang sedang berkembang
takkanlah yang layu hendak dijambak..
banyak pilihan menjadi haruman..
mestilah dipilih seiring sejalan
dibawa keluar nampak secocok sepadan
tidaklah dikata gagak cuba memikat merak
andaipun benar kata teman
masing-masing punya perasaan
kuburkan saja perasaan itu
supaya merak tidak dicemuh dipandang
pandanglah mata terus ke depan..
usah dihirau hati tak pasti
banyak impian harus dikecapi..
perasan perasaan banyak bezanya..
baik kunci hati..dari dibiar terbuka dilukai...
hidup di universiti aku jadi bebas sangat.. nak keluar ikut dan ja..sebaliknya di rumah.. aku x pernah keluar rumah lebih daripada pukul 7 mlm.. klu keluar pon sekejap ja.. untuk ke kedai..emergency kes..ambik adik keja.. kalau keluar pon aku akan pastikan sebelum pukul 6.30 ptg aku dah ada kat umah..itupon klu keluar lpas asar. kalau x aku rasa semacam ja. orang kampung aku sendiri pun x tahu yang emak dan abah aku ni ada anak pompuan..dasyat x? pernah sekali aku terpaksa bawa emak aku pergi memanggil (kenduri abang kawen) sebab abah demam kuat.. bila sampai sesebuah rumah, mesti depa tanya mak ,anak ka tu? la ada anak pompuan ka? ingatkan ali (abg aku) xdak adik pompuan, x penah tengok dok ronda2 kowt kg pon? waaa... kekadang jeles gak tgok kawan2 bleh keluar ptg2.. tapi aku dah biasa dok umah.. lek la.. pernah kawan abah mai umah.. jarak umah kami dalam 1 km la..bila dia nampak aku kat luar (waktu tu tgh tolong mak ngan abah buat apa ntah)..dia terus jalan mai dekat aku.. tapi x dekat la.. dia kata.. haish..nak tengok anak tok pie sat aih..susah sgguh nak tgok.. reaksi aku.. kaget!! hahha.. terus aku angkat parang kat tangan aku...hah!! mai la dekat, satg kena libas ngan parang..huhuhuhu..spontan la..hahha...semua org gelak kat aku..aku x salahkan mak ngan abah aku jaga aku sampai mcm ni sekali...aku ni anak perempuan depa yg pertama setelah dapat 5 org hero.. tapi aku ada seorang lagi adik pompuan.. tapi sejak darjah enam dia dok asrama.. kemudia sek men pon asrama,, masuk mrsm..pon asrama..masuk matrik..pon asrama..mmg aku ja la anak pompuan depa kat umah tu..
***bela 10 ekor lembu lebih senang daripada bela seorang anak gadis*** P/S: jangan hairan la kalau aku suka berjalan kat upsi..hahha
Ya..tak lama lagi aku bakal terikat. Menjadi tunangan.. aku
harus tinggalkan dunia aku yang dulu.. harus lebih matang, yakin dan berani. Haish,
tapi hati ni tak berhenti berdebar-debar. Belum bersediakah aku? insyaAllah
esok aku akan ke pekan Kangar untuk membeli sebentuk cincin bersama emak..hehehe..
bahagia? Memang la bahagia, tapi bila fikirkan tempoh 4 bulan menjadi tunangan
rasa kecut perut ni.. aku kini Cuma menghitung hari..
Alahamdulillah hubungan
kami mendapat restu kedua belah pihak. Mula2 memang banyak cabaran yang aku
tempuh nak dapatkan jawapan si dia.. jenuh aku tunggu. Dengan bantuan pihak
tengah.. hubungan kami dipermudahkan. Tapi disebabkan terlalu lama menunggu jawapan.
Aku putuskan menghubungi si dia yang tersayang. Aku Tanya status hubungan kami
yang sebenarnya. Mula-mula memang dia cuba berdolak- dalih dan aku hampir
sahaja putus asa.. namun saat akhir, yang tersayang telah beritahu bahawa dia
sudah lama terima aku dalam hidupnya. Cuma sedikit kesulitan yang menyebabkan
status kami tidak dapat disahkan.. TERIMA KASIH ORANG TENGAH (PULAMI) SEBAB
TOLONG KAMI DAN SI DIA YANG TERSAYANG (SMK KUALA KURAU) KERANA TERIMA KAMI
BERPRAKTIKAL DI SANA.
Hahaha, mesti suspen kan baca entri aku kali ni. Jangan marah
nanti cepat tua. Inilah kisah percintaan aku. Waaa..berdebar lagi ni..nak
praktikal mcm tak bersedia ja lagi. Tapi xpa, tawakal ja. Yang lain2 semua dah
selesai kan. Semoga kehadiran aku di SMK KUALA KURAU disambut ria oleh
warganya..kah8.. ingat tadika ka??
P/S : Motif nak beli cincin
kononnya dah berpunya, huhuhu takut kena kacau ngan orang banjar..
***selamat berpraktikum
kepada sahabat2ku yang lain, semoga segala urusan dipermudahkan dan dijauhi
daripada perkara2 yang tak dingini***
Kepulangan
aku ke kampung bukan disambut khabar yang menggembirakan, tapi kesedihan ..aku
tak tahu macam mana nak mula..entri kali ini akan aku ceritakan perihal cinta
abang aku yang ke-5 yang mendapat tentangan oleh kedua ibu bapa kami.. mungkin
juga jodoh mereka kuat, kami dah usaha menjauhkan mereka. Tetapi perancangan
Allah lebih kuat berbanding usaha kami.
Aku
ingat hubungan abang omar dengan pasangannya xkan ke mana. Abah memang tidak
berkenan dengan gadis dan keluarga tersebut. Sejak dari mula lagi Nampak sangat
abang ni dipergunakan. Abang sanggup buat apa sahaja demi cinta mereka.. ayah
gadis tersebut merupakan seorang bomoh.. abang pernah ditawarkan ajaran2
bomohnya itu.. hurmm..entahlah..mungkin hubungan mereka ni dah erat..mak dah
telifon abang2 YANG LAIN gbh
suh bagi nasihat, dan macam2 lagi la..tapi semuanya
x jalan..
16
JUN 2012 SABTU;
Setibanya
aku ke kampung dari tg malim, dah malam dah pon.. tiba2 abang ke-3 , samsul
datang sambil menunjukkan hp barunya.. aku pon ambik belek2..lepas tu, abang
buka gambar. Aku ingat dia nak tunjuk gambar anaknya. Tetapi gambar perkahwinan
abang aku ,omar. Satu persatu gambar aku belek.. aku dah takdak perasan..
terkedu.. aku memang diam.. aku xtau nak cakap apa… aku tau abang samsul tgh
perhatikan aku..aku buat2 x terkesan bila lihat gambaq tu.. lepas tu aku p
dapur..aku terus menangis.. aku x sangka. Aku x
jangka.. abang yang aku sayang sanggup buat macam ni..
17
JUN 2012 AHAD
Pagi
ahad, emak bagitau abah yang abang omar dah kawen..dan jawapan abah hanya ..
YA, ALLAH…
Emak:
Abahnya, kita redha jalah..biarlah depa nikah. Daripada depa dok buat
dosa..kita ni pon tumpang tanggung dosa depa jugak.. kita doakan yang terbaik
ja la..
Abah:
aku bukan apa, aku xmau orang dok kuda2 dia ja nanti..
Aku:
apa akuu boleh buat, aku menangis ja la..sayu aku dengar mak pujuk abah.. abh
pula terdiam dengan tindakan abang sulung dan ketiga aku, mereka telah
mengaturkan perkahwinan abang aku yang ke-5. Sekeras-keras hati abah.. abah pasrah..
mungkin dia Cuma tak dapat terima, anak yang dibela selama ni hilang begitu
sahaja..kerana cinta, anak dah tak ingat ibu dan bapanya..
19
JUN 2012 SELASA
Semenjak
berkahwin pada 15/16 jun 2012, abang omar dah tak balik2 ke rumah.. Ya, Allah
kau lindungilah abang aku OMAR MOKTAR B. MOHD SHAFIE dari sebarang kesusahan
dan musibah.. engkau redhailah perkahwinan mereka dan engkau redhakanlah hati
emak dan abah..
***sebaik-baik perkahwinan adalah perkahwinan yang mendapat restu oleh kedua ibu bapanya***
Tak salah rasanya
kalau seseorang itu menyimpan perasaan terhadap insan yang disayanginya. Itu
merupakan fitrah manusia secara semula jadi. Terutamanya perempuan. Perempuan
merupakan kaum yang pemalu, sopan- santun dan lemah -lembut. Gadis melayu yang
diajar nilai-nilai ketimuran mana mungkin mengungkap kata cinta terhadap
kumbang yang menjadi pujaan hatinya. Namun ini bukanlah masalah besar. Kerana
seorang gadis itu mampu menyimpan rasa hatinya dan menanti dalam jangka masa yang
panjang berbeza dengan kaum lelaki yang sukar menjaga hatinya dalam jangka masa
yang lama terhadap gadis yang disukainya.
Mengapa agaknya
lelaki sukar meluahkan rasa hati?
Mungkin gadis yang
dicintainya itu sahabatnya sendiri. Oleh itu, demi batas persahabatan yang
dipegang, lelaki tersebut takut untuk meluahkan isi hati kerana bimbang
hubungan persahabatan mereka terputus sekiranya sang gadis tidak mempunyai rasa
yang sama.
Belum terbuka hatinya
untuk bercinta akibat kegagalan cinta dahulu.
Tidak yakin bahawa
gadis itu adalah jodohnya (sebaiknya lakukan solat istikharah)..
Menganggap usia masih
muda. jika luahkan rasa hati, mungkin hanya membuang masa kerana menganggap
bercinta lama-lama tidak ada gunanya. ebih baik tumpukan
pelajaran--pelajar..kerjaya..bagi yang bekerja..
Ego yang terlalu
tinggi. Mungkin dulu benci, namun kini hanya bunga-bunga cinta menghiasi hati,
tetapi disebabkan ego, lelaki tidak sanggup meluahkan rasa hati. Takut dikata
menjilat ludah sendiri.
Mungkin lelaki ni
belum yakin dengan calon yang ditemuinya. Oleh itu, kita kembali berpegang
dengan takdir ketentuan Allah: ajal , maut dan jodoh di tangan tuhan..mungkin
kita tengok si lelaki selalu mainkan hati gadis, cuba sebaliknya kita lihat si
lelaki masih mencari dan Allah masih sembunyikan jodohnya kerana belum tiba
masanya lagi. kerana Dia sengaja temukan dengan orang yang salah sebelum temukan dengan cinta sebenar..
wahai adam, hati si hawa bukan untuk dimainkan
p/s: Jika ada sebarang tambahan sila
tambah di bahagian komen.. teringin juga nak tahu, jika2 ada lagi maklumat
tambahan berkaitan permasalahan kaum lelaki ni..musykil2..
*** jangan terlalu memilih, jika sudah
ada permata di depan mata, mengapa harus mengejar kaca yang hanya berkilauan suasa***
Masing-masing mesti ada kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Tak kiralah, pahit atau manis..semuanya pasti meninggalkan kesan dan bekas kepada kita. . Patut atau tidak kita kenang kembali peristiwa tersebut.. atau sampai bilakah peristiwa itu akan membelenggu kotak pemikiran kita.Jika manis tiada masalah rasanya jika dikongsi bersama orang lain, tapi peristiwa pahit, paling pahit..sehinggah merubah hidup anda yang normal kepada suatu situasi yang menyebabkan jadual harian anda bertukar secara drastik selain fizikal dan mental anda sukar menerima perubahan tersebut. Namun kita sebagai hamba Allah, harus percaya setiap apa yang direncanakan ada hikmahnya..
Aku tidak terkecuali daripada mengalami peristiwa pahit.. sehingga merubah aku 100% secara totalnya. Daripada aspek sikap, tingkah laku dan perwatakan sehingga pembawakan diri aku di hadapan orang, terutamanya LELAKI...GANGGUAN SEKSUAL. seawal umur 14 tahun aku... aku terpaksa mengubah corak kehidupan aku..memang aku dibesarkan dalam kalangan adik-beradik lelaki yang ramai..Tapi perkara ini tak pernah terjadi di rumah.. Mungkin ada tidak percaya jika aku katakan aku dahulu memang dikenali sebagai gadis yang sopan santun, pemalu, tawaduk (jalan memang pandang bawah ja), pendiam..dan pelbagai lagi la.. Namun disebabkan peristiwa tersebut aku mula berubah.. Takkan aku nak biarkan LELAKI hancurkan hidup aku sebegitu mudah..
Dulu pergi ke sekolah menaiki atau mengayuh basikal..kadang-kadang aku seorang sahaja ke sekolah sebab aku memang suka pergi sekolah awal..disebabkan gangguan tersebut, aku tidak dibenarkan ke sekolah menaiki basikal lagi..sejak hari itu, abah yang menghantar aku ke sekolah sehinggalah tamat tingkatan 6.
Jika dulu aku berbadan langsing kini tidak lagi..akibat hobi aku, iaitu makan.. berat badan aku naik secara mendadak..
Aku berubah, dari seorang yang lembut kepada seorang yang lebih agresif. aku memang pantang kalau lelaki yang sakitkan hati perempuan. aku rasa sudah menjadi tanggungjawab aku lindungi kawan-kawan perempuan yang lain.
Senang berkaca mata. sebab aku boleh halang pandangan tajam mata orang lain ke arah aku..
Sukar menerima luahan hati lelaki..buat tak faham sudahlah..
Aku terpaksa berbaju kurung walaupun berada di rumah
Pergerakan aku sentiasa diawasi oleh abang-abang dan abah. lebih banyak menghabiskan masa di rumah. sehingga mak panggil aku cinderella..
Semenjak hari itu, aku sudah tidak ada kawan lelaki lagi..abah dah tak percaya..
p/s: gangguan seksual di atas bukanlah merujuk kepada kes pencabulan , rogol dan sebagainya..cuma nak gambarkan keperihatinan seorang abah terhadap anak gadisnya tatkala diganggu oleh lelaki.
***tragis sungguh hidup manusia, tak pernah lekang dari ditimpa musibah dan masalah,..namun semua itu tanda Allah sayangkan kita, sebab itulah DIA uji kita. kita pula sebagai manusia usah takut mencari atau berdepan masalah..kerana itu semua akan mendewasakan kita***
nikah bukan sekadar penyatuan dua hati dan menghalalkan perkara yang haram antara bukan mahram..tetapi lebih daripada itu. banyak perkara harus dipertimbangkan. terutamanya lelaki yang bakal bergelar ketua keluarga. tanggungjawab yang bakal dipikul amatlah berat sebaik sahaja lafaz dan ijabkabul.
hadis riwayat al-Baihaqi r.a daripada Rasulullah SAW:
"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi".
betapa sebuah perkahwinan itu melengkapkan agama kita. kahwin adalah ibadah..
sekadar renungan bersama betapa beratnya beban adam tatkala melafazkan akad;
lafaz akad nikah "Aku terima nikahnya dgn si dia binti si dia dengan mas kahwinnya RMxx"
erti tersirat
"aku tanggung dosa2 si dia dari ibu-bapanya, apa saja dosa dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggal solatnya, aku tanggungdan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan semua dosa bakal2 anak-anak aku. Kalau gagal , maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku"
kesempatan minggu peperiksaan ni aku pulang ke kampung...ak exam plak lambat lagi..besh blik kg..mcm2 jadi..air laut masuk umah la..nanti aku tulis dalam entri lain ya...adik aku yang baru habis matrik ni disuruh abang aku yang sulung buat resume.. nak cari kerja sementara dapat panggilan mana2 universiti..dalam kisah ni ada aku, abang aku (ali hanafiah) mak, adik (siti sarah)..
format resume adik aku tanya kat kawan dia..mula2 tanya aku..aku pon bukak la lap top sebab dulu aku penah mintak kat (hanip) ..tapi aku cari2 x jumpa..hahhaha..lain yang aku jumpa...dah dapat format nak translate plak ke bahasa melayu..haish aku ni mmg pandai bab translate ni..kah3..mmg lingkup la..kami sama2 tolong adik aku translate dan isi resume dia..hahha mula la bab sengal kat sini..
adik: haish personaliti ni nak isi apa...
aku: tulis la apa2 pon, personaliti menarik, versatile, baik hati, jujur.hahha
adik: bertambah bingung dia...sambil buat muka x puas hati..
mak: tanya la ali dulu dia mintak keja tulis apa...
adik: wae dulu hang tulis apa?
ali: ahah...aku tulis ROMANTIK...terus dapat kerja
aku: apadia? romantik..hahhahhahatak terpikiaq aku nak buat lawak sampai macam tu sekali..
setelah lama discuss, last2 adik aku dapat isi gak personaliti dia..aku mmg banyak membantu, membantu MENYERABUTKAN keadaan..hahhaha
adik: tadi personaliti, la ni strenght (kekuatan) <-----gila pelik adk aku translate
aku: kekuatan tu macam kelebihan la..apa kelebihan yang ang ada...
adik; apa ha? sambil main2 rambut dia..yg alfro tu