Pernahkah terjadi kepada anda?
- Anda bercakap telefon dengan emak atau kawan anda TETAPI orang beranggapan anda sedang tergedik-gedik bergayut dengan kekasih hati anda.
- Anda sedang memimpin emak anda yang sakit lutut naik esklator dengan harapan tidak menyusahkan emak anda untuk naik tangga TETAPI orang tengok pelik sahaja dan menegur (adik, kalau mak susah nak naik esklator tu, baik bagi mak naik tangga. takut nanti jatuh lagi susah). KEMUDIAN..
- Anda pun pimpim emak anda naik tangga TETAPI ada pula yang menegur (adik, kenapalah biar mak naik tangga, kesian tu..sakit lutut)
- Anda balik lewat malam kerana kawan-kawan ditimpa kesusahan TETAPI orang sekeliling mengganggap anda perempuan JALANG yang keluar malam bersama lelaki bukan muhrim.
- Anda keluar beriadah pada waktu petang untuk menghilangkan stres TETAPI orang kampung ingat anda melilau mencari JANTAN.
- Anda malas bertekak tentang sesuatu yang anda sendiri sedia maklum akan hal itu TETAPI orang menganggap anda seorang yang bodoh.
- Anda berkawan baik dengan seseorang lelaki dengan mengganggap mereka sebagai kawan sahaja TETAPI orang lain beranggapan anda sedang kegersangan.
Mengapa minda orang melayu suka mentafsirkan perkara yang negatif sahaja. Cubalah fikir mengapa sesuatu kejadian itu berlaku.. Mengapa tindakan itu yang diambil? Alahai.. Salah faham memanjang. Habis takkanlah kita nak telefon mak kena beritahu dahulu.. haloo..orang kampung, saya nak telefon mak saya ni..bukan pak we saya.. aloo orang sebelah, saya nak pergi rumah kawan ni..dia minta tolong selesaikan masalah dia.boleh tak? takkanlah semua nak diceritakan..
tolong bagi penyelesaian bila kita berhadapan dengan masalah ini apa yang perlu kita lakukan?..sekarang aku hanya buat tidak tahu. berserah kepada Allah. tapi takut juga semua ni nanti menjadi fitnah..kang tak pasal-pasal dapat dosa besar orang tu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan