Aku tidak terkecuali daripada mengalami peristiwa pahit.. sehingga merubah aku 100% secara totalnya. Daripada aspek sikap, tingkah laku dan perwatakan sehingga pembawakan diri aku di hadapan orang, terutamanya LELAKI...GANGGUAN SEKSUAL. seawal umur 14 tahun aku... aku terpaksa mengubah corak kehidupan aku..memang aku dibesarkan dalam kalangan adik-beradik lelaki yang ramai..Tapi perkara ini tak pernah terjadi di rumah.. Mungkin ada tidak percaya jika aku katakan aku dahulu memang dikenali sebagai gadis yang sopan santun, pemalu, tawaduk (jalan memang pandang bawah ja), pendiam..dan pelbagai lagi la..
Namun disebabkan peristiwa tersebut aku mula berubah.. Takkan aku nak biarkan LELAKI hancurkan hidup aku sebegitu mudah..
- Dulu pergi ke sekolah menaiki atau mengayuh basikal..kadang-kadang aku seorang sahaja ke sekolah sebab aku memang suka pergi sekolah awal..disebabkan gangguan tersebut, aku tidak dibenarkan ke sekolah menaiki basikal lagi..sejak hari itu, abah yang menghantar aku ke sekolah sehinggalah tamat tingkatan 6.
- Jika dulu aku berbadan langsing kini tidak lagi..akibat hobi aku, iaitu makan.. berat badan aku naik secara mendadak..
- Aku berubah, dari seorang yang lembut kepada seorang yang lebih agresif. aku memang pantang kalau lelaki yang sakitkan hati perempuan. aku rasa sudah menjadi tanggungjawab aku lindungi kawan-kawan perempuan yang lain.
- Senang berkaca mata. sebab aku boleh halang pandangan tajam mata orang lain ke arah aku..
- Sukar menerima luahan hati lelaki..buat tak faham sudahlah..
- Aku terpaksa berbaju kurung walaupun berada di rumah
- Pergerakan aku sentiasa diawasi oleh abang-abang dan abah. lebih banyak menghabiskan masa di rumah. sehingga mak panggil aku cinderella..
- Semenjak hari itu, aku sudah tidak ada kawan lelaki lagi..abah dah tak percaya..
p/s: gangguan seksual di atas bukanlah merujuk kepada kes pencabulan , rogol dan sebagainya..cuma nak gambarkan keperihatinan seorang abah terhadap anak gadisnya tatkala diganggu oleh lelaki.
***tragis sungguh hidup manusia, tak pernah lekang dari ditimpa musibah dan masalah,..namun semua itu tanda Allah sayangkan kita, sebab itulah DIA uji kita. kita pula sebagai manusia usah takut mencari atau berdepan masalah..kerana itu semua akan mendewasakan kita***
mcm tahu jek gguan tu camne...hehe, lain kali jgn berani sangat!!! ingat pesan nenek ni
BalasPadamhehhe...diam2 sudah..
BalasPadam