klik la kengkawan bg aku kaya ckit

Khamis, 14 Jun 2012

peristiwa hitam dalam hidupku

Masing-masing mesti ada kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Tak kiralah, pahit atau manis..semuanya pasti meninggalkan kesan dan bekas kepada kita. . Patut atau tidak kita kenang kembali peristiwa tersebut.. atau sampai bilakah peristiwa itu akan membelenggu kotak pemikiran kita.Jika manis tiada masalah rasanya jika dikongsi bersama orang lain, tapi peristiwa pahit, paling pahit..sehinggah merubah hidup anda yang normal kepada suatu situasi yang menyebabkan jadual harian anda bertukar secara drastik selain fizikal dan mental anda sukar menerima perubahan tersebut. Namun kita sebagai hamba Allah, harus percaya setiap apa yang direncanakan ada hikmahnya..


                        Aku tidak terkecuali daripada mengalami peristiwa pahit.. sehingga merubah aku 100% secara totalnya. Daripada aspek sikap, tingkah laku dan perwatakan sehingga pembawakan diri aku di hadapan orang, terutamanya LELAKI...GANGGUAN SEKSUAL. seawal umur 14 tahun aku... aku terpaksa mengubah corak kehidupan aku..memang aku dibesarkan dalam kalangan adik-beradik lelaki yang ramai..Tapi perkara ini  tak pernah terjadi di rumah.. Mungkin ada tidak percaya jika aku katakan aku dahulu memang dikenali sebagai gadis yang sopan santun, pemalu, tawaduk (jalan memang pandang bawah ja), pendiam..dan pelbagai lagi la..
Namun disebabkan peristiwa tersebut aku mula berubah.. Takkan aku nak biarkan LELAKI hancurkan hidup aku sebegitu mudah.. 



  • Dulu pergi ke sekolah menaiki atau mengayuh basikal..kadang-kadang aku seorang sahaja ke sekolah sebab aku memang suka pergi sekolah awal..disebabkan gangguan tersebut, aku tidak dibenarkan ke sekolah menaiki basikal lagi..sejak hari itu, abah yang menghantar aku ke sekolah sehinggalah tamat tingkatan 6. 
  • Jika dulu aku berbadan langsing kini tidak lagi..akibat hobi aku, iaitu makan.. berat badan aku naik secara mendadak..
  • Aku berubah, dari seorang yang lembut kepada seorang yang lebih agresif. aku memang pantang kalau lelaki yang sakitkan hati perempuan. aku rasa sudah menjadi tanggungjawab aku lindungi kawan-kawan perempuan yang lain. 
  • Senang berkaca mata. sebab aku boleh halang pandangan tajam mata orang lain ke arah aku..
  • Sukar menerima luahan hati lelaki..buat tak faham sudahlah..
  • Aku terpaksa berbaju kurung walaupun berada di rumah
  • Pergerakan aku sentiasa diawasi oleh abang-abang dan abah. lebih banyak menghabiskan masa di rumah. sehingga mak panggil aku cinderella..
  • Semenjak hari itu, aku sudah tidak ada kawan lelaki lagi..abah dah tak percaya..
p/s: gangguan seksual di atas bukanlah merujuk kepada kes pencabulan , rogol dan sebagainya..cuma nak gambarkan keperihatinan seorang abah terhadap anak gadisnya tatkala diganggu oleh lelaki. 


***tragis sungguh hidup manusia, tak pernah lekang dari ditimpa musibah dan masalah,..namun semua itu tanda Allah sayangkan kita, sebab itulah DIA uji kita. kita pula sebagai manusia usah takut mencari atau berdepan masalah..kerana itu semua akan mendewasakan kita***





Rabu, 13 Jun 2012

makna sebalik akad


 
nikah bukan sekadar penyatuan dua hati dan menghalalkan perkara yang haram antara bukan mahram..tetapi lebih daripada itu. banyak perkara harus dipertimbangkan. terutamanya lelaki yang bakal bergelar ketua keluarga. tanggungjawab yang bakal dipikul amatlah berat sebaik sahaja lafaz dan ijabkabul.






hadis riwayat al-Baihaqi r.a daripada Rasulullah SAW:


"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi".


betapa sebuah perkahwinan itu melengkapkan agama kita. kahwin adalah ibadah..


sekadar renungan bersama betapa beratnya beban adam tatkala melafazkan akad;


lafaz akad nikah
"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si dia dengan mas kahwinnya RMxx"


erti tersirat


"aku tanggung dosa2 si dia dari ibu-bapanya, apa saja dosa dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggal solatnya, aku tanggungdan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan semua dosa bakal2 anak-anak aku. Kalau gagal , maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku"


***harap nanti abah yang nikahkan siti***

SUNGGUH AKU TAK FAHAM...

tatkala rindu datang menjengah,
ku tutup mata lalu kubuka hati,
bait-bait puisi yang kau beri padaku..
ku cuba fahami agar terjawab segala tanda tanya
ku cuba rungkai makna agar terungkai segala simpulan
namun tidak aku temui..
semuanya semakin kusut..
hati yang dulunya tenang, kini berperang dengan perasaan..
suara sering berbisik 
namun aku menidakkan..
lantas aku berlawan dengan perasaan

apakah yang cuba kau maknakan..
sungguh aku tak faham..
benarkah aku telah mengusik debar hatimu

aku kenang kembali,
detik dulu..aku bukan siapa
engkau juga begitu..
masing punya masalah, rasa dan cita sendiri,
namun takdir mendekatkan 
aku terima atas landasan kasih yang ada
kebetulan demi kebetulan mewujudkan erat

aku seolah bermimpi
bagiku kau bukannya biasa seperti aku
status kita jauh berbeza
hingga satu saat aku rasa aku tak layak 
tak layak mendekatimu
tak terfikir langsung kau sedar kehadiranku
aku duga  aku hanya hadir tika kau perlukan  sandaran
kita bukannya siapa-siapa

sungguh aku tak faham
lantas kuputus untuk menduga
hanya kasihkah antara kita
namun semuanya semakin kelabu
lantas aku putuskan berdiam diri
pura-pura tidak mengerti maksud bait-bait syair indahmu..
kerna aku takut, aku hanya salah merungkai makna
mungkin di hatimu tiada makna yang istimewa..
kerna ku tahu banyak hati lelah dengan sikapmu

namun,
mengapa suara semakin galak
galak berbisik antara kita wujudnya ikatan tanpa ungkapan
berkali-kali aku kata..antara kita tiada apa..
suara tak pernah jemu meyakinkan..
namun jauh di sudut hati ..aku tahu citamu, aku tahu rasamu,
aku tahu siapa cintamu, aku tahu siapa berhak genggam hatimu,,
aku tahu bagimu aku cuma sebahagian catatan yang menghiasi harimu..
aku tahu semua itu..tapi tidak suara..
usah kau ragu hatiku..
kerna kasihku pada dirimu takkan pernah berubah...
kasih yang sama juga aku berikan kepada suara...
semoga kasih kita seperti dahulu..



***suara jangan wujudkan sengketa antara kami***

Selasa, 12 Jun 2012

RESUME OH RESUME

kesempatan minggu peperiksaan ni aku pulang ke kampung...ak exam plak lambat lagi..besh blik kg..mcm2 jadi..air laut masuk umah la..nanti aku tulis dalam entri lain ya...adik aku yang baru habis matrik ni disuruh abang aku yang sulung buat resume.. nak cari kerja sementara dapat panggilan mana2 universiti..dalam kisah ni ada aku, abang aku (ali hanafiah) mak, adik (siti sarah)..

format resume adik aku tanya kat kawan dia..mula2 tanya aku..aku pon bukak la lap top sebab dulu aku penah mintak kat (hanip) ..tapi aku cari2 x jumpa..hahhaha..lain yang aku jumpa...dah dapat format nak translate plak ke bahasa melayu..haish aku ni mmg pandai bab translate ni..kah3..mmg lingkup la..kami sama2 tolong adik aku translate dan isi resume dia..hahha mula la bab sengal kat sini..

adik: haish personaliti ni nak isi apa...
aku: tulis la apa2 pon, personaliti menarik, versatile, baik hati, jujur.hahha
adik: bertambah bingung dia...sambil buat muka x puas hati..
mak: tanya la ali dulu dia mintak keja tulis apa...
adik: wae dulu hang tulis apa?
ali: ahah...aku tulis ROMANTIK...terus dapat kerja
aku: apadia? romantik..hahhahhahatak terpikiaq aku nak buat lawak sampai macam tu sekali..

setelah lama discuss, last2 adik aku dapat isi gak personaliti dia..aku mmg banyak membantu, membantu MENYERABUTKAN keadaan..hahhaha

adik: tadi personaliti, la ni strenght (kekuatan) <-----gila pelik adk aku translate

aku: kekuatan tu macam kelebihan la..apa kelebihan yang ang ada...
adik; apa ha? sambil main2 rambut dia..yg alfro tu
mak: kalau ali mak tau la...NO WOMEN NO CRY
aku: mak???????..sedikit menjerit..hahha..terkejut aku..mak aku pandai cakap omputeh pastu pepatah org frust palk tu..hahha

kami semua :hahhahahammg xleh berhenti gelak la...

abang aku la tu..yang ajar..dia kan tgh single dah putus tunang..xdak aweks..hahahhaha..playboy kelas atasan ni..

***semoga abang-abang  mendapat jodoh dalam kalangan orang yang baik-baik***

p/s" kenapa abang2..sebab 2 orang lagi abang belum kawen..lalallala

NORHANIS FARHANA BT BUNYAMIN

Photo: dah bgun dh p0n farhana... .

tido sebab kekenyangan
yang ni plak kisah anak sedara aku yang no 2...anak sulung bagi abang yang no 2..kami panggil hana..mukanya memang ikut abang aku 90 %..hahha lawak gila..hitam, bulat ja muka dia..sampai bila tgok muka dia dah tau dia anak sapa..kah2...dah lama x tengok si farhana ni..tahun lepas waktu study week sempat gak la..aku curi2 p melaka sebab nak tgok hana..waktu tu baru 2 nak masuk 3 bulan umurnya..3 minggu sudah abang balik perlis, tapi sayang aku ada kat tg malim ni..haish bila la nak jumpa plak...
hana



pasni abang nak kena p  masuk hutan 3 bulan lagi..baru ja keluar bulan satu /dua aritu ...beraya kat sabah la dia..x jumpa lagi la raya ni..dah la setahun sekali balik kampung ..itula kawen lagi ngan orang jauh (johor) kan susah nak balik kg..nanti aku jumpa ngan si hana ni dia dah pandai cakap apa dah..lalalallala...

abg dan isteri serta anak mereka<----gambar becuti di langkawi 



***JANGAN KAWEN ORANG JAUH, NANTI SUSAH NAK BALIK KAMPUNG***

SYIFA DAH PANDAI CAKAP

hari tu  abang aku..si samsul bahari telifon..saja2 ja..pastu dia bagi la telifon kat anaknya yang baru ja pandai cakap ni cakap ngan aku,,sebab aku selalu ja tanya abang aku..

habis meter la kalau bab bergaya ni

  • syifa dah bley cakap? 
  • dia pandai cakap apa dah?



tapi aku tau..ada orang lain yang tolong back up kat belakang tu...yang beshnya anak sedara aku ni (syifa) cakap lanjut ja..hahha kelakar sangat..  antara dialog kami

aku: hello syifa..syifa buat apa tu..
syifa: hello...helo..teh...teh.watt apa???
aku:oh..teh xbuat apa..tengah main fb ni...
syifa: chikkk.......(mak cik--->adik aku)
aku: chiikk ada sebelah teh ni
syifa: tokkk....
aku: tok ada kat depan tengah tgok tv
syifa: wannnn....
aku: wan pon ada kat depan tgok tv ngan tok...
syifa: abehhhh......
aku:?????????haish syifa mana habis lagi..teh dok ada lagi ni nak cakap ngan syifa...
syifa: abisss....abisss....
aku ngan adik aku: hhahahahahhahahahhahaa


***melihat anak kecil membesar di depan mata merupakan saat-saat indah bagi pasangan bahagia***

ADAKAH ANDA BERANI, KUAT DAN BAHAGIA?




¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*






orang yang paling cepat dalam minta maaf adalah 'ORANG YANG PALING BERANI.
orang yang paling cepat memaafkan adalah 'ORANG YANG PALING KUAT.''
orang yang paling cepat melupakan kesalahan orang lain adalah  "ORANG YANG PALING BAHAGIA"


INSYAALAH


p/s: aku dah cuba jadi orang yang berani..alhamdulillah aku berjaya..namun aku masih tidak mampu untuk jadi orang paling kuat..walaupun pelbagai cara aku lakukan untuk menjadi orang yang paling bahagia...


***usaha tangga kejayaan***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

budak baik mesti klik iklan ni, terima kasih ya..

ANDA PENGUNJUNG KE