klik la kengkawan bg aku kaya ckit

Jumaat, 18 November 2011

perasaan terpendam


Perasaan terpendam
Ku lakar namamu di awan biru
Biarpun tinggi, biarpun jauh
Ku cuba gapai hatimu
Biarpun susah, biarpun payah
Harapan tetap kupendam
Ku takut kalau terluah
Kau jauh, jauh dariku
Ternyata salah percaturanku,
Setelah diri pendam perasaan
Kau pergi bersama cinta lain
Kau cuba semai benih cinta bersamanya
Ternyata jodoh bukan milik kita
Andai dia dapat bahagiakanmu
Usahlah dikenang kisah dulu
Dia jodoh yang baik
Datang dari tuhan Istimewa buatmu..
Jika dibanding aku dan dia
Aku sedar Semestinya dia lebih bermakna
Tiada ku tahu citamu begitu
Kalau ku tahu tidak aku berani menyimpan perasaan
Bahagiakanlah dia untuk hari ini, esok dan selamanya
Ku pasti suatu hari nanti pasti ada yang lebih baik
Untuk aku…

Anak pesisir
12.31 pg 18-11-2011

semoga perhubungan dia yang baru berputik  bersama insan tersayang berkekalan INSYAALLAH...aminnn...


Rabu, 16 November 2011

GEMUK = PEMALAS

Aku obesiti...arghhhhh!!!!!
Apsal plak la lect stress timbulkan isu terlebih gemuk dalam klas ni??.kelas sepatutnya pengurusan stres kan dah jdi penambahan stress..

 PUNCA TERLEBIH GEMUK.
di dalam klas lect tnya apa punca terlebih gemuK? Apa lagi kawan2 yg kurus  mula bagi sebab seseorang itu terlebih gemuk antaranya:
  • malas bergerak
  • malas bersenam 
  • kuat makan
Apa yg mereka nak tekankan kat sini orang gemuk ni pemalas..jadi sapa2 yg gemuk ni akan dpt cop secara rasminya pemalas. dan orang yg pemalas pula secara rasminya gemuk.Pernah x anda lihat orang yg pemals ni kurus?? Banyak kan. Hai rajin sangat ka hampa tu.sakit hati mak tau.
Yang menjadi persoalan sekarang nie..orang2 kurus ni rajin sangat ka bergerak..orang kurus ni rajin sangat ka bersenam (3 kali  seminggu), orang kurus ni x kuat makan/ x mkn sbb tu la diorang ni kurus.  

jadi kat sini aku nak buat satu teori bodo:
 gemuk:pemalas
kurus: rajin
kuat makan=pemalas+gemuk
x kuat makan= rajin+ kurus 
sungguh satu teori yang x bleh pakai..

lagi satu pernah x hampa semua tengok orang kurus kuat makan??apa sebab orang kurus ni x gemuk ya??bagi aku mudah ja jawapannya...kadar metabolisme dlm tubuh seseorng tu...

melalui pemerhatian yang aku nampak 

si A: seorang yang kurus. makan dalam kuantiti yg sedikit sebab perut dia mmg x dpt terima klu mkn byak2

si B: kuat makan walaupun kurus..tengah malam pun boleh makan nasi lagi tetapi beratd epa x naik2 jugak.

Jadi bagi sesiapa yang nak kuruskan badan jangan sesekali tanya orng kurus ni macam mana nak kuruskan badan sebab depa semua ni x pernah gemuk pun...depa sendiri lahir dan ditakdirkan berbadan kurus..depa sendiri xtau pasai pa depa ni kurus. Mana depa jaga sangat pun pemakanan depa ni...tipu banyaklah KLU DEPA NI BAGI TIPS KAT HAMPA SEMUA CARA KURUSKAN BADAN .huh!!!!

sapa kata orang kurus ni rajin!!!!!!!!!depan pon x penah bersenam la...malas bergerak DLL..

Jumaat, 22 April 2011

HuJunG SeM yG pOkAi

adakah aku terlalu boros sem ni, tapi aku rasa tak jugak,,,bila pokai2 macam ni barulah aku teringat yang aku ni ada 5 orang abg yang dah kerja,,dan salah seorangnya selalu on9 facebook di tempat kerjanya,,hahaha,,apa lagi,,mula2 tu niat dihati nak bgurau ja, tapi x berapa nak bergurau la sebab duit tiket pon xbayar lagi ni,,hehehe,,aku pon masuk chat abg aku ALI HANAFIAH MOHD SHAFIE 

penggali kubur: oiii,,nak duit xdak duit ni
ali hanafiah: berapa det nak??
penggali kubur: 50
ali hanafiah: bagi no akaun ptg ni aku bubuh
penggali kubur: @$%^&*()_)(*&^%$#,,,kih34 tq2

senang rupanya nak mintak duit, punya la aku menahan lapaq dengan makan maggie yg cukup berzat tu,,haish,,biasala sebelum ni aku x penah mintak duit kat abg2,,kebiasaannya PAMA yg bg,,malu nak mintak kat PAMA aku pon mintak kat abg,,hehehe

TIBA2
ptg tu mak mesej

emak: kaya la budak tu ali bg rm50, omaq rm50, pastu abh bg rm150
ct(aku): org mintak 50 ja nak bayar tiket huhuhu,,,

Khamis, 14 April 2011

LAKSA (makanan kegemaranku)

                           

Entahlah aku ni mungkin dah xtao nak post apa..Nak dekat exam ni asyik teringat kampung ja..Kalau kat kampung kompem aku dah masak laksa, sebab aritu call mak , mak cakap, ikan byk skung ni..Tambah mak lagi klu aku ada dah lama buat laksa..Disebabkan aku xdak kat umah xdak sapa nak masak laksa..Siap la nant aku balik mcm2 aku nak masak..Kpada adik beradikku yang lain siap perut ja ok...

Berbalik kepada laksa td. kat tempat aku mmg terkenal dengan laksa. Klu singgah Pekan Kuala Perlis mcm2 gerai, restoran, dan bengkel jual laksa ada. tapi, yang paling femes sekali Laksa Kak SU.


Kalau sesiapa yang berminat nak makan laksa tu aku syorkan singgahlah restoran ni..memang besh la laksanya. LAKSA BERAS ASLI & SEGAR. Klu sesiapa yang dtg Kuala Perlis memang cari laksa beras...Laksa ni mmg femes kat cni.
HARGA SEPINGGAN: RM2.50 (BIASA)
murah ja kan??

P/S: Tapi jangan pelik pula sebab kat cni orang mkan laksa bersama2 ngan sejenis kuih ni..klu kat cni panggil pulut udang. kat tempat lain ada yang panggil pulut panggang la..dan lain2 lagi.

    +     

Nak resepi laksa x, nah aku bagi. selamat mencuba tau!!!:

Bahan-bahan ( 4 Org )

sumber diambil dari: http://www.myresipi.com/top/detail/3253

  • 1 Kg laksa beras
  • 1 Kg ikan kembung
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas)
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai di ketuk
  • 1/2 inci lengkuas (ketuk)
  • Asam keping secukupnya
  • 1 ketul gula 'Gherek'
  • Daun kesum secukupnya
  • 1 kuntum bunga kantan (belah 4)
  • Garam, Gula dan MSG secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 5 biji cili merah
  • Belacan sebesar ibu jari
  • BAHAN ULAM
  • 1 biji timun (potong lidi)
  • 2 labu bawang besar (potong bulat nipis)
  • 10 biji cili api (potong bulat nipis)
  • Daun selom secukupnya (racik halus)

Cara-cara

  1. Rebus ikan dengan gula 'Gherek', garam, asam keping dan lengkuas hingga masak.Sejukkan dan siat isi ikan.Asingkan isi dengan tulang.Kisarkan Kesemua isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam periuk.Kemudian kisarkan pula tulang ikan dan tapis ambil patinya ke dalam periuk berisi isi ikan tadi.
  2. Kisar pula cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.masukkan dalam periuk tadi.Jerang ramuan-ramuan ini di atas api sederhana.Tambahkan air jika terlalu pekat.
  3. Ambil asam keping dan lengkuas yang digunakan untuk rebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang berisi kuah ikan.Masukkan juga serai, bunga kantan dan daun kesum.Tambahkan garan, gula dan MSG secukup rasa.Masak hingga mendidih.
  4. CARA MENGHIDANG ---> Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk.Letakkan segala ulam ulaman dan sendukkan kuah.Hidang ketika panas.



~SELAMAT MENCUBA~

Ahad, 10 April 2011

kIsAh KeLaKAr

Adala seorang Minah ni baru pulang dari kampung bersama 3 lagi rakannya. Mereka memilih kereta api sebagai pengangkutan mereka disebabkan tambang yang murah dan pengangkutan nilah yang satu-satunya terus ke destinasi mereka. Jika mereka naik bas, mereka terpaksa naik 2 bas baru sampai ke kolej kediaman mereka.

sampai sahaja stesen KTM (4.00 pagi) mereka pun naik la kereta sapu untuk ke kolej mereka . jarak tak jauh manapun. dijadikan cerita sampai saja mereka ke kolej. masing-masing berpecahlah nak balik ke bilik masing-masing. tinggal si minah ni ja la sebab dia tinggal luar (rumah sewa). 

Dijadikan cerita si minah ni komfiden la nak balik rumah dengan harapan sampai ja rumah nak tido terus. Tapi sebaliknya yang berlaku. Saat minah ni nak buka pintu, pintu dah terbuka tetapi tetap tak terbuka sebab ada orang kunci palangnya dari dalam. Ini bermakna ada orang lain yang dah balik lebih awal drp si minah ni..Puas salam di beri, pintu diketuk (dihempas2 sbenarnya) tp tetap tak ada yang bangun buka pintu . Nak di telifon orang dalam rumah tu kredit dah xdak..Dah la kredit dak bateri hp pon dah kong..tiba2 ja mati..

Si minah ni pon apa lagi xkan nak ditunggu kat luar rumah sampai ke pagi , lama tu. sebenarnya takut ja lebih..Kemudian dia mengatur langkah ke rumah kawan yang pulang bersamanya tadi. Sekali lagi dengan komfidennya si minah ni naik lif ke tingkat 9 (kolej depan umah sewanya ja). Tatkala sampai ja tingkat sembilan, barulah dia sedar bahawa dia x ingat no rumah kawannya tu..Si minah ni apa lagi gunalah gerak hati pergi ketuk pintu rumah yang dirasakan rumah kawannya..Ketuk punya ketuk tiada jawapan. Di ketuk pintu rumah yang lain pula.masih tiada yang menjawab. 

Lalu si minah ni ambil keputusan ketuk ja pintu rumah sesiapa pun asalkan dia dapat masuk dalam rumah. Tidaklah dia duduk di luar tambahan lagi dengan suasana gelap gelita, amat meneyeramkan. Sambil mengetuk pintu si minah memanggil nama kawannya..Masih tidak disahut panggilaN minah ni..Di lihat rumah sebelah ada penghuni sedang memasang lagu dengan kuatnya. Lalu si minah ni mengetuk pintu rumah tersebut dengan harapan penghuni rumah tersebut kasihan dengan nasib dirinya..

Tapi bila difikirkan kembali siapa la yang nak keluar bukak pintu pagi2 buta ni. Mereka pun takut!!. .Beberapa minit kemudian lagu yang dipasang dengan kuat tadi ditukar dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran..Baru lah si minah ni sedar yang semua orang ingat dia ni hantu yang berlegar-legar di aras sembilan sambil mengetuk pintu rumah orang. Si minah ni dengan hati yang bengkek turun la semula pulang ke rumah sewanya. 

Kecewa sungguh si minah ni. Dah la takut, orang pasang ayat-ayat suci alQuran pulak lagilah seram si minah ni..sampai ja di rumah dia sekali lagi mengetuk pintu rumahnya dengan sekuat hati., menjerit nama penghuni di dalam rumah tersebut..dan akhirnya ada juga makhluk Allah yang bangun membuka pintu..fuhh!! lega rasanya..

keesokkannya si minah ni pergi kelas jumpa kawannya dia senyum ja..si minah ni langsung tidak ceritakan apa-apa kepada kawan-kawan yang lain..

MORAL OF THE STORY
1. PASTIKAN TELIFON BIMBIT SENTIASA BERKREDIT & BERBATERI
2. SENTIASA INGAT NO RUMAH KAWAN
3. JANGAN BALIK RUMAH SEORANG DIRI 
4. MALKLUMKAN KEPADA HOUSEMATE ANDA TENTANG KEPULANGAN ANDA..

Jumaat, 8 April 2011

CINTA YANG TAKKAN PERNAH BERPUTIK

AKU SEDAR
AKU SEMEMANGNYA SENTIASA SEDAR
AKAN SENTIASA SEDAR
SELALUNYA SEDAR
TAKKAN ADA SEDETIK PUN
HARAPAN AKU LETAKKAN TERHADAPMU
KERANA AKU TAHU AKU BUKAN KEINGINANMU
AKU BUKAN MAHUMU
AKU BUKAN CINTA DIHATIMU
NAMUN SALAHKAH AKU MAHU BERPERASAAN
PERASAAN CINTA DAN KASIH
BIARPUN HADIR DAN PUTIK HANYA DIHATI
AKU TAK KISAH
KERNA KU TAHU TAKKAN TERBITNYA CINTA
DARI HATIMU SEKELUMITPUN MEMBALAS CINTAKU
CUMA APA YANG AKU SEDIHKAN
KAU TIDAK LAGI MENEGURKU
KAU TIDAK LAGI MELAYAN KU SEPERTI DAHULU
WALAUPUN KITA SERING TELINGKAH DAHULU
HANYA ITU DAYA AKU LAKUKAN MENARIK PERHATIANMU
TOLONGLAH WALAU DIHATIMU BUKAN NAMAKU
CUKUPLAH SEKADAR SAPAAN SEORANG TEMAN
DARIMU UNTUKKU TIAP KALI KITA BERTEMU
SUNGGUHNYA AKU TERSIKSA MENANTIMU
HADIR DI DEPAN MATAKU
BETAPA AKU RINDU TIAP KALI KAU HILANG TANPA KHABAR BERITA
SENYUMMU SENTIASA MENGUBAT HATI YANG LARA INI
INILAH CORETAN AKU KEPADAMU
ANDAI TAK BISA SALAM CINTA KAU BERIKAN
CUKUPLAH SEKADAR TEGURAN MESRA SEPERTI DAHULU KAU LAYANGKAN

Sabtu, 19 Februari 2011

AKU DAN KASUT

KASUT OH KASUT

kisah ni berlaku waktu aku tingkatan 5 Nak kata lucu memang lucu, tp sedih juga kisah ni sampai aku menangis dalam bilik pengetua,,huhuhuhuhu
Kisah ni bermula sewaktu kelas PJK, kami x layan la asal pjk p padang,,kami waktu pjk p bilik komputer la,,hehehe,,kan setiap kali masuk kena tanggalkan kasut kat luar,,masuk dalam bilik komputer tu apa lagi mcm2 la,,sok sek sana sok sek sini,,hahhaah  pastu tiba2 pengetua datang,,apa lagi semua jadi baik la,,,lepas kena ceramah ngan pengetua brapa puluh minit ntah, pngetua pon kluar,,la,,,kami pun sambong blik la sok sek sana sok sek sini,,

habis ja waktu PJK kami pun kluar la, apa yang mngejutkan aku, kasut aku xdak,,huhuhuhu gila la,,aku nak jalan mcm mana,,sapa plak la yg ambik kasut aku yang buruk tu,,xkan orang bkenan kot dah carik2 kot,,mula2 ingatkan budak2 klas kat ctu yg ambik, sbb biasala sekolah aku ni mmg sekolah ternakal kat perlis,,hehheeh,,punya la cari,,dlm toilet la,,celah2 pokok dan ada jugak kawan aku yang cari kat dlm tong sampah,,hahhaha,agak2 la,,hina pulak aku rasa,,kwan aku kata mungkin mak cik cleaner ambik buang dlm tong sampah,,


p/s: nak cerita la ckit pasai kasut aku ni, kasut hitam sbb aku ni pengawas perpustakaan,,,hahhaha pengerusi lagi tu,,,tp jd ketua pengawas mcm hampeh ja,,,nasib la sapa suh undi aku!!!kasut aku ni mmg dah nazak sgt2,,dengan terkoyaknya,,hahha aku rilek ja pakai,,sbb aku kan BRUTAL PUNYA BUDAK!!!aku bukan xnak beli baru,,ala bukan tercabut tapak pon,,aku pakai ja la,,biaq la sampai x bleh pakai terus,,aku ni bukan orang susah sgt sampai nak beli kasut baru pon x bleh,,hahahha,,tp syg,,lagi brapa minggu ja lagi nak hbis sekolah kowt,,aku pakai kasut budak laki pnya ala yg warna hitam pastu ada line merah,,kwn2 semua kata aku pakai kasut org main bola sepak,,hahhaha,lantak la,


sambung balik, kisah kasut aku hilang td,,cari punya cari sampai x jumpa,,cikgu juga tidak terkecuali mencari kasut aku,,ahhha,,,riaksi aku waktu tu, cuma gelak dan gelak,,habis xkan nak suh aku nangis kowt,,,x machoo la,,kawan2 pon dah x tau nak cari mana,,akhirnya kwan aku ni p pejabat jumpa PK(penolong kanan) Cik Siti Aminah,,cik MIn ni mmg kamcing ngan kami,,hehheh kawn2 pon crita la kat dia pastu dia bg kasut dia suh aku pakai,, nak tau kasut apa yg dia bg,,

NI DIA~

                                               


aku pun pakai la kasut ni bjalan dlm sekolah,,semua org tgok,,siap tnya lagi,,,adoii,,kena la jawab,,huhuhun penat la,,waktu tghari tiba2 ada org cari aku,,,dia ckap pengetua nak jumpa,,hah!!aapa plak laa aku buat sampai cari aku ni,,,adoii satu keja plak nak jumpa ddia,,,masuk ja aku dlm bilik pngetua, aku nmpak cikg PJk td pon ada,,hah!!komplot apa depa nak main ngan aku ni,,,pastu aku nampak KASUT KESAYANGAN aku ada kat ngan pngetua aku,,rupa2nya PENGETUA aku dalangnya,,yg mencuri kasut aku,,

DISEBABKAN kasut aku ni terlalu'cantik', pengetua aku pun ambik la,,sbb dia ingat aku ni pelajar miskin kat sekolah tu,,hahahaha,,,sesi soal jawab pon bermula,,,adoi jawab2,,dia tnya aku jawab

Antara soalan yg pengetua tanya
1 kamu org susah ka??
2 adik beradik berapa org??
3 yang masih bersekolah??
4 ayah kerja apa??

jenuh la aku cerita yg aku bukan xdak duit nak belii kasut,,aku ckap aku nak pakai sampai kasut ni teruk, btul2 teruk,,hahahah

PENGETUA: KALAU KAMU ORG SUSAH CAKAP LA, BUAT APA NAK MALU2 KENAPA NAK MALU KALAU BETUL KAMU MMG ORG SUSAH,,KAMI BOLEH BANTU KAMU,,


adoi penat la bmain kata ngan pengetua aku ni,,last sekali menangis aku,,sbb terharu pengetua aku ni terlalu baik,,huhuhu


 YANG BESH, ESOKNYA AKU DPAT KASUT BARU,,HAHHAHA,,AKU DAH CKAP AKU BUKAN ORG SUSAH DIA DESAK JGAK,,HAHAH,,,AMBIK JA LA DAH ORG NAK BG

TERIMA KASIH PUAN NORLIA BT MD ZAIN,,ATAS KEPERIHATINAN ANDA!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

budak baik mesti klik iklan ni, terima kasih ya..

ANDA PENGUNJUNG KE