Adala seorang Minah ni baru pulang dari kampung bersama 3 lagi rakannya. Mereka memilih kereta api sebagai pengangkutan mereka disebabkan tambang yang murah dan pengangkutan nilah yang satu-satunya terus ke destinasi mereka. Jika mereka naik bas, mereka terpaksa naik 2 bas baru sampai ke kolej kediaman mereka.
sampai sahaja stesen KTM (4.00 pagi) mereka pun naik la kereta sapu untuk ke kolej mereka . jarak tak jauh manapun. dijadikan cerita sampai saja mereka ke kolej. masing-masing berpecahlah nak balik ke bilik masing-masing. tinggal si minah ni ja la sebab dia tinggal luar (rumah sewa).
Dijadikan cerita si minah ni komfiden la nak balik rumah dengan harapan sampai ja rumah nak tido terus. Tapi sebaliknya yang berlaku. Saat minah ni nak buka pintu, pintu dah terbuka tetapi tetap tak terbuka sebab ada orang kunci palangnya dari dalam. Ini bermakna ada orang lain yang dah balik lebih awal drp si minah ni..Puas salam di beri, pintu diketuk (dihempas2 sbenarnya) tp tetap tak ada yang bangun buka pintu . Nak di telifon orang dalam rumah tu kredit dah xdak..Dah la kredit dak bateri hp pon dah kong..tiba2 ja mati..
Si minah ni pon apa lagi xkan nak ditunggu kat luar rumah sampai ke pagi , lama tu. sebenarnya takut ja lebih..Kemudian dia mengatur langkah ke rumah kawan yang pulang bersamanya tadi. Sekali lagi dengan komfidennya si minah ni naik lif ke tingkat 9 (kolej depan umah sewanya ja). Tatkala sampai ja tingkat sembilan, barulah dia sedar bahawa dia x ingat no rumah kawannya tu..Si minah ni apa lagi gunalah gerak hati pergi ketuk pintu rumah yang dirasakan rumah kawannya..Ketuk punya ketuk tiada jawapan. Di ketuk pintu rumah yang lain pula.masih tiada yang menjawab.
Lalu si minah ni ambil keputusan ketuk ja pintu rumah sesiapa pun asalkan dia dapat masuk dalam rumah. Tidaklah dia duduk di luar tambahan lagi dengan suasana gelap gelita, amat meneyeramkan. Sambil mengetuk pintu si minah memanggil nama kawannya..Masih tidak disahut panggilaN minah ni..Di lihat rumah sebelah ada penghuni sedang memasang lagu dengan kuatnya. Lalu si minah ni mengetuk pintu rumah tersebut dengan harapan penghuni rumah tersebut kasihan dengan nasib dirinya..
Tapi bila difikirkan kembali siapa la yang nak keluar bukak pintu pagi2 buta ni. Mereka pun takut!!. .Beberapa minit kemudian lagu yang dipasang dengan kuat tadi ditukar dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran..Baru lah si minah ni sedar yang semua orang ingat dia ni hantu yang berlegar-legar di aras sembilan sambil mengetuk pintu rumah orang. Si minah ni dengan hati yang bengkek turun la semula pulang ke rumah sewanya.
Kecewa sungguh si minah ni. Dah la takut, orang pasang ayat-ayat suci alQuran pulak lagilah seram si minah ni..sampai ja di rumah dia sekali lagi mengetuk pintu rumahnya dengan sekuat hati., menjerit nama penghuni di dalam rumah tersebut..dan akhirnya ada juga makhluk Allah yang bangun membuka pintu..fuhh!! lega rasanya..
keesokkannya si minah ni pergi kelas jumpa kawannya dia senyum ja..si minah ni langsung tidak ceritakan apa-apa kepada kawan-kawan yang lain..
MORAL OF THE STORY
1. PASTIKAN TELIFON BIMBIT SENTIASA BERKREDIT & BERBATERI
2. SENTIASA INGAT NO RUMAH KAWAN
3. JANGAN BALIK RUMAH SEORANG DIRI
4. MALKLUMKAN KEPADA HOUSEMATE ANDA TENTANG KEPULANGAN ANDA..
????/ HANTU PGALI KUBUR......KEHKEHKEH
BalasPadampontianak senja barangkali,,kah67x @_@
BalasPadam