klik la kengkawan bg aku kaya ckit
Ahad, 9 September 2012
Isnin, 3 September 2012
MINDA ORANG MELAYU
Pernahkah terjadi kepada anda?
- Anda bercakap telefon dengan emak atau kawan anda TETAPI orang beranggapan anda sedang tergedik-gedik bergayut dengan kekasih hati anda.
- Anda sedang memimpin emak anda yang sakit lutut naik esklator dengan harapan tidak menyusahkan emak anda untuk naik tangga TETAPI orang tengok pelik sahaja dan menegur (adik, kalau mak susah nak naik esklator tu, baik bagi mak naik tangga. takut nanti jatuh lagi susah). KEMUDIAN..
- Anda pun pimpim emak anda naik tangga TETAPI ada pula yang menegur (adik, kenapalah biar mak naik tangga, kesian tu..sakit lutut)
- Anda balik lewat malam kerana kawan-kawan ditimpa kesusahan TETAPI orang sekeliling mengganggap anda perempuan JALANG yang keluar malam bersama lelaki bukan muhrim.
- Anda keluar beriadah pada waktu petang untuk menghilangkan stres TETAPI orang kampung ingat anda melilau mencari JANTAN.
- Anda malas bertekak tentang sesuatu yang anda sendiri sedia maklum akan hal itu TETAPI orang menganggap anda seorang yang bodoh.
- Anda berkawan baik dengan seseorang lelaki dengan mengganggap mereka sebagai kawan sahaja TETAPI orang lain beranggapan anda sedang kegersangan.
Mengapa minda orang melayu suka mentafsirkan perkara yang negatif sahaja. Cubalah fikir mengapa sesuatu kejadian itu berlaku.. Mengapa tindakan itu yang diambil? Alahai.. Salah faham memanjang. Habis takkanlah kita nak telefon mak kena beritahu dahulu.. haloo..orang kampung, saya nak telefon mak saya ni..bukan pak we saya.. aloo orang sebelah, saya nak pergi rumah kawan ni..dia minta tolong selesaikan masalah dia.boleh tak? takkanlah semua nak diceritakan..
tolong bagi penyelesaian bila kita berhadapan dengan masalah ini apa yang perlu kita lakukan?..sekarang aku hanya buat tidak tahu. berserah kepada Allah. tapi takut juga semua ni nanti menjadi fitnah..kang tak pasal-pasal dapat dosa besar orang tu...
Rabu, 29 Ogos 2012
IDEA MENULIS ENTRI
Terdapat kawan yang hairan...dari manalah aku mendapat idea menulis entri di blog. Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menyebabkan aku menulis di blog. Antara sebabnya sebagai salah satu cara aku meluahkan rasa. Tidak kesemua perkara atau masalah yang kita cerita atau luahkan kepada kawan2 akan mendapat perhatian mereka. Kadang-kala mereka hanya sekadar mengangguk-anggukkan sahaja kepala mereka, padahal mereka tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada permasalahan yang kita ceritakan pun..entah ya atau tidak..ini telahan aku saja...sebab apa aku kata macam tu...sebab aku pun sama..kadang2 bosan dengar kawan cerita...kita ya kan sajalah...keh6x... jangan marah..
Selain itu, mungkin kerana sesuatu perkara itu terlalu penting dan peristiwa tersebut aku tak nak lupakan. Jadi, aku garapkanlah menjadi salah satu entri aku. Konon macam diari peristiwa manis dan pahit dalam kehidupan lah..ggiiituuu...kata kau...nak tulis dalam diari rasa mcam kuno sangat. tapi kalau sesuatu peristiwa tu terlalu peribadi dan sensetif aku takkan tulis la dalam blog ni..malu sih..begitu jugak sesuatu perkara tersebut terlalu menyakitkan hati..malas nak tulis takut merosakkan blog aku ja..kah6..gila jahat kau siti...
Kalau ada permasalahan cinta pula...untuk pengetahuan semua, selama 23 tahun aku hidup..aku tidak pernah sekalipun bercinta..PERLUKAH????? kalau dah sampai seru kawen..kawen ja la nanti...sebab apa banyak aku tulis pasal cinta..semuanya punca daripada sekeliling jugakla..satg dengar cerita kawan putus tunang la...putus cinta la...pak we main kayu hoki la..eh6..kayu tiga..apsal la depa suka main kayu???hohoho...kadang2 kisah cinta yang aku tulis tiada kaitan langsung dengan aku..sekadar bingung dengan masalah cinta kawan2 sekeliling..jadi aku masukkan ja dlm blog aku ni...baguskan!!!!
aku juga sedar ramai kawan-kawan yang selalu baca aku ni..tu pun setelah aku paksa..keh..maaf kawan ya..tapi ada juga yang dah jadikan blog aku sebagai blog kegemaran mereka...ada yang kata suka baca sebab kelakar...kadang2 ada yang tanya dah update entri ka??? macam bagus ja kan..kah6 tak kurang yang membenci aku..baca blog aku sebab nak tengok sama ada aku ada tulis x pasal dia...maaf la ya...nak sangat tulis..tetapi disebabkan mendapat teguran daripada rakan2 aku terpaksa batalkan niat murni aku tu...hehe..
Sekarang ada pula pembaca baru.., iaitu anak2 MURID aku la...terima kasih cikgu ucapkan...bacalah cikgu x kisah pun..kadang2 pengalaman ni kita harus kongsi bersama,, biarpun perkara tu sesuatu yang memalukan...agar ia menjadi ikhtibar dan pengajaran pada masa kelak...tapi jangan lupa baca buku sudahla ya..ilmu penting..pendidikan penting...masa depan tu penting...umur kamu sekarang penentu siapa kamu 10 tahun akan datang..ingat pesan cikgu ni tau...main2 jugak..belajar2 jugak..
Rabu, 15 Ogos 2012
KISAH RAMADHAN
Tinggal 3 hari lagi umat Islam bakal menyambut Lebaran. Azam aku Ramadhan kali ini ialah khatam al-Quran..huhu InsyaAllah tinggl 4 juzuk lagi..alahai...Esok sudah mahu bertolak pulang ke kampung halaman. harap-harap perjalanan aku selamat hendaknya. tapi masih banyak perkara yang belum aku selesaikan..
1. jahit manik di baju raya
2. khatam al-Quran
3. buat kuih raya
4. servis kereta..
harap sangat berakhir saja bulan ramadhan tidak bermakna berakhir segala amal ibadat di bulan syawal nanti..mungkin boleh diteruskan dengan puasa 6..
kali ini disebabkan penyakit yang aku hidapi aku terpaksa meninggalkan puasa selama 2 hari..tapi aku anggap semua ni dugaan di bulan ramadhan.
ketupat lemang di pagi hari,
lemang dibeli di tepi pekan,
lebaran menjelma sekali lagi
syawal dirai amal diteruskan.
***SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN***
Isnin, 13 Ogos 2012
BALIK KAMPUNG
hari raya menjelma lagi..kali ni lain sikit. aku praktikal di kuala kurau dekat ngan umah tok...jadi macam biasa balik perlis dulu kemudian balik umah tok kat sg bakap...
nak balik kampong nak kena siap2 barang dan servis keta la...dulu x payah pikiaq nak servis apa2 pon..beli tiket sampai tarikh naik bas atau tren ja..sampai kampung..ini nak kena pikiaq duit minyak keta, minyak enjin, air..almaklumlah bukan kereta baru..huhuhu...
raya ni juga ramai sahabat2 bakal mengikat tali pertunangan...TAHNIAH diucapkan..yang dekat insyaAllah dapat la pergi yang jauh tu..mintak maaf la..mungkin majlis pernikahan anda nanti saya dapat pergi sana..
tadi bergurau ngan student kata nak btunang raya nanti...bila student tanya betul ka cikgu nak btunang??..aku pon jawablah..xlah kembar (kawan) cikgu yang btunang,..student laki plak cakap ...cikgu x laku.. ada yg kata nak menyunting aku jadi teman hidup..aku cuma cakap terima kasih..aku x laku??? hurmm..x kisah pon..
murid2 skarang sibuk ja..hahha..aku plak malas nak pikiaq...jodoh lambat bak kata mak aku...mak aku cakap aku ni ikut sebelah abah aku..kawin lambat..x pala x kisah..calon pon xdak..yang setakat nak ganggu2 tu malas nak layan..buang masa..
***seperti biasa lambat cepat baik buruk jodoh aku...aku serahkan segala-galanya kepada Allah SWT***
Khamis, 26 Julai 2012
dapat title baru
dah jadi cikgu praktikal ni...seronak ada sedih pon ada rasanya..serba serbi la..masam-masam manis gitu..dapat plak anak murid jenis xnak belajar..kesian depa..masa ddepan dalam tangan depa.. bukan aku..aku dah susah payah cari bahan buat rph..masuk kelas anak2 murid xnak belajar..sentap cikgu seketika...dah digelarnya aku CG..nak tahu apa tu...CIKGU GEMUK...hahahha,..ingat aku kisah..diorang tu ibarat timun aku ni pula durian..x jejas apa pon kat aku..kalau aku bagi markah sikit baru tau..hahahha..siap la dalam kelas nanti aku kenakan cukup2 budak2 ni..
Sabtu, 7 Julai 2012
AKU TENGAH PRAKTIKAL NI TAU...
LOGO SMK KUALA KURAU |
konon2 ja ni.. |
Lebih dua minggu aku
tak update entri2 aku kan..waaa…banyak kerja la..almaklumlah..sekarang dah
bergelar guru pelatih..nama pon guru pelatih, semua cikgu mmg bmempunyai niat
yang suci murni nak melatih kami menjadi guru yang sempurna (ayat makan dalam)..mmg
menjadi seorang guru bukan semudah yang disangka segelintir pihak yang tidak
aku tahu punca sangat tidak berpuas hati dengan kami yang berkecimpung dalam
profesion ni. . sakit kepala jugakla..hari2 nak pikiaq pasal RPH..walaupon baru
dua minggu..namun pengalaman yg kami dapat mcm dah dua tahun mengajaq kat
sini..anak2 murid aku plak ada yang bain, baik sesangat..kalau yang nakal
plak..nakal sesangat..aku mengajaq tingkatan 2 dan 4 di SMK KUALA KURAU..pengalaman
mengajar aku erti kedewasaan..
geng main game waktu perhimpunan |
abah mesti suka tempat mcm ni |
hara depan sekolah lpas sukan |
budak2 aku snap waktu bila ntah |
kuala gula |
umah sewa aku..keta aku dan yg tu bukan haiwan peliharaan aku tau |
budak bijak ni |
di smka kerian jumpa ngan kk dan fairuz program pemukiman komsas. yg tgh yu GP saya |
kelas 4 sains |
kawad kaki rumah merah..saja2 tinjau |
semangat gila depa ni |
buat macho bleh |
budak2 poyo |
kelas 2A2 |
Setakat ni ja la..dah
xtau nak tulis apa dah..otak sekarang giat menyoal apa yang akan terjadi kepada
kami minggu depan..
Langgan:
Catatan (Atom)