klik la kengkawan bg aku kaya ckit

Sabtu, 7 Julai 2012

AKU TENGAH PRAKTIKAL NI TAU...


LOGO SMK KUALA KURAU
konon2 ja ni..

Lebih dua minggu aku tak update entri2 aku kan..waaa…banyak kerja la..almaklumlah..sekarang dah bergelar guru pelatih..nama pon guru pelatih, semua cikgu mmg bmempunyai niat yang suci murni nak melatih kami menjadi guru yang sempurna (ayat makan dalam)..mmg menjadi seorang guru bukan semudah yang disangka segelintir pihak yang tidak aku tahu punca sangat tidak berpuas hati dengan kami yang berkecimpung dalam profesion ni. . sakit kepala jugakla..hari2 nak pikiaq pasal RPH..walaupon baru dua minggu..namun pengalaman yg kami dapat mcm dah dua tahun mengajaq kat sini..anak2 murid aku plak ada yang bain, baik sesangat..kalau yang nakal plak..nakal sesangat..aku mengajaq tingkatan 2 dan 4 di SMK KUALA KURAU..pengalaman mengajar aku erti kedewasaan..


geng main game waktu perhimpunan



abah mesti suka tempat mcm ni

hara depan sekolah lpas sukan

budak2 aku snap waktu bila ntah



kuala gula


umah sewa aku..keta aku dan yg tu bukan haiwan peliharaan aku tau



budak bijak ni
di smka kerian jumpa ngan kk dan fairuz program pemukiman komsas. yg tgh yu GP saya
kelas 4 sains
kawad kaki rumah merah..saja2 tinjau
semangat gila depa ni
buat macho bleh
budak2 poyo
kelas 2A2
Setakat ni ja la..dah xtau nak tulis apa dah..otak sekarang giat menyoal apa yang akan terjadi kepada kami minggu depan..

Sabtu, 23 Jun 2012

perasan dan perasaan

hurm...tolonglah hati jangan la nak perasan..
sedarlah diri tak ada keistimewaan..
mana ada mata yang sudi memandang..
biarlah diri sunyi sendiri..
lebih baik dari merana kemudian..
lebih banyak bunga yang sedang berkembang
takkanlah yang layu hendak dijambak..
banyak pilihan menjadi haruman..
mestilah dipilih seiring sejalan
dibawa keluar nampak secocok sepadan
tidaklah dikata gagak cuba memikat merak
andaipun benar  kata teman
masing-masing punya perasaan
kuburkan saja perasaan itu
supaya merak tidak dicemuh dipandang
pandanglah mata terus ke depan..
usah dihirau hati tak pasti
banyak impian harus dikecapi..
perasan perasaan  banyak bezanya..
baik kunci hati..dari dibiar terbuka dilukai...

Rabu, 20 Jun 2012

aku bukan dikongkong

hidup di universiti aku jadi bebas sangat.. nak keluar ikut dan ja..sebaliknya di rumah.. aku x pernah keluar rumah lebih daripada pukul 7 mlm.. klu keluar pon sekejap ja.. untuk ke kedai..emergency kes..ambik adik keja.. kalau keluar pon aku akan pastikan sebelum pukul 6.30 ptg aku dah ada kat umah..itupon klu keluar lpas asar. kalau x aku rasa semacam ja. orang kampung aku sendiri pun x tahu yang emak dan abah aku ni ada anak pompuan..dasyat x? pernah sekali aku terpaksa bawa emak aku pergi memanggil (kenduri abang kawen) sebab abah demam kuat.. bila sampai sesebuah rumah, mesti depa tanya mak ,anak ka tu? la ada anak pompuan ka? ingatkan ali (abg aku) xdak adik pompuan, x penah tengok dok ronda2 kowt kg pon? waaa... kekadang jeles gak tgok kawan2 bleh keluar ptg2.. tapi aku dah biasa dok umah.. lek la.. pernah kawan abah mai umah.. jarak umah kami dalam 1 km la..bila dia nampak aku kat luar (waktu tu tgh tolong mak ngan abah buat apa ntah)..dia terus jalan mai dekat aku.. tapi x dekat la.. dia kata.. haish..nak tengok anak tok pie sat aih..susah sgguh nak tgok.. reaksi aku.. kaget!! hahha.. terus aku angkat parang kat tangan aku...hah!! mai la dekat, satg kena libas ngan parang..huhuhuhu..spontan la..hahha...semua org gelak kat aku..aku x salahkan mak ngan abah aku jaga aku sampai mcm ni sekali...aku ni anak perempuan depa yg pertama setelah dapat 5 org hero.. tapi aku ada seorang lagi adik pompuan.. tapi sejak darjah enam dia dok asrama.. kemudia sek men pon asrama,, masuk mrsm..pon asrama..masuk matrik..pon asrama..mmg aku ja la anak pompuan depa kat umah tu..



***bela 10 ekor lembu lebih senang daripada bela seorang anak gadis*** 
P/S: jangan hairan la kalau aku suka berjalan kat upsi..hahha

berdebar bakal terikat (tunangan)


Ya..tak lama lagi aku bakal terikat. Menjadi tunangan.. aku harus tinggalkan dunia aku yang dulu.. harus lebih matang, yakin dan berani. Haish, tapi hati ni tak berhenti berdebar-debar. Belum bersediakah aku? insyaAllah esok aku akan ke pekan Kangar untuk membeli sebentuk cincin bersama emak..hehehe.. bahagia? Memang la bahagia, tapi bila fikirkan tempoh 4 bulan menjadi tunangan rasa kecut perut ni.. aku kini Cuma menghitung hari.. 
Alahamdulillah hubungan kami mendapat restu kedua belah pihak. Mula2 memang banyak cabaran yang aku tempuh nak dapatkan jawapan si dia.. jenuh aku tunggu. Dengan bantuan pihak tengah.. hubungan kami dipermudahkan. Tapi disebabkan terlalu lama menunggu jawapan. Aku putuskan menghubungi si dia yang tersayang. Aku Tanya status hubungan kami yang sebenarnya. Mula-mula memang dia cuba berdolak- dalih dan aku hampir sahaja putus asa.. namun saat akhir, yang tersayang telah beritahu bahawa  dia sudah lama terima aku dalam hidupnya. Cuma sedikit kesulitan yang menyebabkan status kami tidak dapat disahkan.. TERIMA KASIH ORANG TENGAH (PULAMI) SEBAB TOLONG KAMI DAN SI DIA YANG TERSAYANG (SMK KUALA KURAU) KERANA TERIMA KAMI BERPRAKTIKAL DI SANA. 

Hahaha, mesti suspen kan baca entri aku kali ni. Jangan marah nanti cepat tua. Inilah kisah percintaan aku. Waaa..berdebar lagi ni..nak praktikal mcm tak bersedia ja lagi. Tapi xpa, tawakal ja. Yang lain2 semua dah selesai kan. Semoga kehadiran aku di SMK KUALA KURAU disambut ria oleh warganya..kah8.. ingat tadika ka??

P/S : Motif nak beli cincin kononnya dah berpunya, huhuhu takut kena kacau ngan orang banjar..

***selamat berpraktikum kepada sahabat2ku yang lain, semoga segala urusan dipermudahkan dan dijauhi daripada perkara2 yang tak dingini***

Selasa, 19 Jun 2012

aku hilang seorang lagi abang

Kepulangan aku ke kampung bukan disambut khabar yang menggembirakan, tapi kesedihan ..aku tak tahu macam mana nak mula..entri kali ini akan aku ceritakan perihal cinta abang aku yang ke-5 yang mendapat tentangan oleh kedua ibu bapa kami.. mungkin juga jodoh mereka kuat, kami dah usaha menjauhkan mereka. Tetapi perancangan Allah lebih kuat berbanding usaha kami.
Aku ingat hubungan abang omar dengan pasangannya xkan ke mana. Abah memang tidak berkenan dengan gadis dan keluarga tersebut. Sejak dari mula lagi Nampak sangat abang ni dipergunakan. Abang sanggup buat apa sahaja demi cinta mereka.. ayah gadis tersebut merupakan seorang bomoh.. abang pernah ditawarkan ajaran2 bomohnya itu.. hurmm..entahlah..mungkin hubungan mereka ni dah erat..mak dah telifon abang2 YANG LAIN gbh
 suh bagi nasihat, dan macam2 lagi la..tapi semuanya x jalan..
16 JUN 2012 SABTU;
Setibanya aku ke kampung dari tg malim, dah malam dah pon.. tiba2 abang ke-3 , samsul datang sambil menunjukkan hp barunya.. aku pon ambik belek2..lepas tu, abang buka gambar. Aku ingat dia nak tunjuk gambar anaknya. Tetapi gambar perkahwinan abang aku ,omar. Satu persatu gambar aku belek.. aku dah takdak perasan.. terkedu.. aku memang diam.. aku xtau nak cakap apa… aku tau abang samsul tgh perhatikan aku..aku buat2 x terkesan bila lihat gambaq tu.. lepas tu aku p dapur..aku terus menangis.. aku x sangka. Aku x  jangka.. abang yang aku sayang sanggup buat macam ni..
17 JUN 2012 AHAD
Pagi ahad, emak bagitau abah yang abang omar dah kawen..dan jawapan abah hanya .. YA, ALLAH…
Emak: Abahnya, kita redha jalah..biarlah depa nikah. Daripada depa dok buat dosa..kita ni pon tumpang tanggung dosa depa jugak.. kita doakan yang terbaik ja la..
Abah: aku bukan apa, aku xmau orang dok kuda2 dia ja nanti..
Aku: apa akuu boleh buat, aku menangis ja la..sayu aku dengar mak pujuk abah.. abh pula terdiam dengan tindakan abang sulung dan ketiga aku, mereka telah mengaturkan perkahwinan abang aku yang ke-5. Sekeras-keras hati abah.. abah pasrah.. mungkin dia Cuma tak dapat terima, anak yang dibela selama ni hilang begitu sahaja..kerana cinta, anak dah tak ingat ibu dan bapanya..
19 JUN 2012 SELASA
Semenjak berkahwin pada 15/16 jun 2012, abang omar dah tak balik2 ke rumah.. Ya, Allah kau lindungilah abang aku OMAR MOKTAR B. MOHD SHAFIE dari sebarang kesusahan dan musibah.. engkau redhailah perkahwinan mereka dan engkau redhakanlah hati emak dan abah.. 

***sebaik-baik perkahwinan adalah perkahwinan yang mendapat restu oleh kedua ibu bapanya***

mengapa adam sukar luahkan perasaan


·
Tak salah rasanya kalau seseorang itu menyimpan perasaan terhadap insan yang disayanginya. Itu merupakan fitrah manusia secara semula jadi. Terutamanya perempuan. Perempuan merupakan kaum yang pemalu, sopan- santun dan lemah -lembut. Gadis melayu yang diajar nilai-nilai ketimuran mana mungkin mengungkap kata cinta terhadap kumbang yang menjadi pujaan hatinya. Namun ini bukanlah masalah besar. Kerana  seorang gadis itu mampu menyimpan rasa hatinya dan menanti  dalam jangka masa yang panjang berbeza dengan kaum lelaki yang sukar menjaga hatinya dalam jangka masa yang lama terhadap gadis yang disukainya. 
                                       

Mengapa agaknya lelaki sukar meluahkan rasa hati?

  •  Mungkin gadis yang dicintainya itu sahabatnya sendiri. Oleh itu, demi batas persahabatan yang dipegang, lelaki tersebut takut untuk meluahkan isi hati kerana bimbang hubungan persahabatan mereka terputus sekiranya sang gadis tidak mempunyai rasa yang sama. 
  • Belum terbuka hatinya untuk bercinta akibat kegagalan cinta dahulu.
  • Tidak yakin bahawa gadis itu adalah jodohnya (sebaiknya lakukan solat istikharah)..
  • Menganggap usia masih muda. jika luahkan rasa hati, mungkin hanya membuang masa kerana menganggap bercinta lama-lama tidak ada gunanya. ebih baik tumpukan pelajaran--pelajar..kerjaya..bagi yang bekerja..
  • Ego yang terlalu tinggi. Mungkin dulu benci, namun kini hanya bunga-bunga cinta menghiasi hati, tetapi disebabkan ego, lelaki tidak sanggup meluahkan rasa hati. Takut dikata menjilat ludah sendiri.
  • Mungkin lelaki ni belum yakin dengan calon yang ditemuinya. Oleh itu, kita kembali berpegang dengan takdir ketentuan Allah: ajal , maut dan jodoh di tangan tuhan..mungkin kita tengok si lelaki selalu mainkan hati gadis, cuba sebaliknya kita lihat si lelaki masih mencari dan Allah masih sembunyikan jodohnya kerana belum tiba masanya lagi. kerana Dia sengaja temukan dengan orang yang salah sebelum temukan dengan cinta sebenar..

wahai adam, hati si hawa bukan untuk dimainkan



p/s: Jika ada sebarang tambahan sila tambah di bahagian komen.. teringin juga nak tahu, jika2 ada lagi maklumat tambahan berkaitan permasalahan kaum lelaki ni..musykil2..

*** jangan terlalu memilih, jika sudah ada permata di depan mata, mengapa harus mengejar kaca yang hanya berkilauan suasa***

Khamis, 14 Jun 2012

peristiwa hitam dalam hidupku

Masing-masing mesti ada kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Tak kiralah, pahit atau manis..semuanya pasti meninggalkan kesan dan bekas kepada kita. . Patut atau tidak kita kenang kembali peristiwa tersebut.. atau sampai bilakah peristiwa itu akan membelenggu kotak pemikiran kita.Jika manis tiada masalah rasanya jika dikongsi bersama orang lain, tapi peristiwa pahit, paling pahit..sehinggah merubah hidup anda yang normal kepada suatu situasi yang menyebabkan jadual harian anda bertukar secara drastik selain fizikal dan mental anda sukar menerima perubahan tersebut. Namun kita sebagai hamba Allah, harus percaya setiap apa yang direncanakan ada hikmahnya..


                        Aku tidak terkecuali daripada mengalami peristiwa pahit.. sehingga merubah aku 100% secara totalnya. Daripada aspek sikap, tingkah laku dan perwatakan sehingga pembawakan diri aku di hadapan orang, terutamanya LELAKI...GANGGUAN SEKSUAL. seawal umur 14 tahun aku... aku terpaksa mengubah corak kehidupan aku..memang aku dibesarkan dalam kalangan adik-beradik lelaki yang ramai..Tapi perkara ini  tak pernah terjadi di rumah.. Mungkin ada tidak percaya jika aku katakan aku dahulu memang dikenali sebagai gadis yang sopan santun, pemalu, tawaduk (jalan memang pandang bawah ja), pendiam..dan pelbagai lagi la..
Namun disebabkan peristiwa tersebut aku mula berubah.. Takkan aku nak biarkan LELAKI hancurkan hidup aku sebegitu mudah.. 



  • Dulu pergi ke sekolah menaiki atau mengayuh basikal..kadang-kadang aku seorang sahaja ke sekolah sebab aku memang suka pergi sekolah awal..disebabkan gangguan tersebut, aku tidak dibenarkan ke sekolah menaiki basikal lagi..sejak hari itu, abah yang menghantar aku ke sekolah sehinggalah tamat tingkatan 6. 
  • Jika dulu aku berbadan langsing kini tidak lagi..akibat hobi aku, iaitu makan.. berat badan aku naik secara mendadak..
  • Aku berubah, dari seorang yang lembut kepada seorang yang lebih agresif. aku memang pantang kalau lelaki yang sakitkan hati perempuan. aku rasa sudah menjadi tanggungjawab aku lindungi kawan-kawan perempuan yang lain. 
  • Senang berkaca mata. sebab aku boleh halang pandangan tajam mata orang lain ke arah aku..
  • Sukar menerima luahan hati lelaki..buat tak faham sudahlah..
  • Aku terpaksa berbaju kurung walaupun berada di rumah
  • Pergerakan aku sentiasa diawasi oleh abang-abang dan abah. lebih banyak menghabiskan masa di rumah. sehingga mak panggil aku cinderella..
  • Semenjak hari itu, aku sudah tidak ada kawan lelaki lagi..abah dah tak percaya..
p/s: gangguan seksual di atas bukanlah merujuk kepada kes pencabulan , rogol dan sebagainya..cuma nak gambarkan keperihatinan seorang abah terhadap anak gadisnya tatkala diganggu oleh lelaki. 


***tragis sungguh hidup manusia, tak pernah lekang dari ditimpa musibah dan masalah,..namun semua itu tanda Allah sayangkan kita, sebab itulah DIA uji kita. kita pula sebagai manusia usah takut mencari atau berdepan masalah..kerana itu semua akan mendewasakan kita***





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

budak baik mesti klik iklan ni, terima kasih ya..

ANDA PENGUNJUNG KE