klik la kengkawan bg aku kaya ckit

Selasa, 28 Mei 2013

PENGALAMAN LUCU DI UPSI

Salam...semua,

Baiklah hari ni ada satu perkongsian berkaitan kisah lucu yang pernah aku alami sepanjang aku berada di UPSI ni. Buat masa ni aku kongsikan kisah lucu ja dulu ya..tapi tidaklah mengikut turutan tahun dan tarikhnya ya...yang mana aku ingat yg tu la aku post ya...

kisah ni semasa aku menyertai satu lawatan ke sungai samak bersama rakan-rakan kelas kewartawanan. setiap orang sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. kumpulan ini kekal dari minggu pertama kuliah sehinggalah minggu terakhir. nak dijadikan cerita, kumpulan kami mempunyai 2 orang junior yang sangat kelakar. sorang azlan dan seorang lagi azlan selain ahli-ahli yang lain, iiatu barry, ecah, lia, muna, tikah,  dan eyda. apa yang lucunya ialah kami ni dijemput oleh kakitangan sungai samak dengan hilux, dan lori 2 buah dari tepi jalan masuk ke dalam . memang dah macam kambing kami rasa. tuan punya kawasan pon datang ambil kami. hilux dia ada mic dan speaker.. boleh pulak dalam pejalanan masuk tu, dia bunyi kambing. kemudian dia pasang siren sebiji macam pendatang asing dah kami rasa..hahhaha... kemudian tidak semena tuan punya kawasan ni berkenti ikut suka hati dia ja.,.. nasib la siapa2 yang ada di belakang hilux dia tu... sekejap dia berhenti bawah pokok cempedak..kemudian dia buat penerangan. nanti dia berhenti tunjuk bunga pokok buluh..macam-macam la dia merepek atas hilux dia tu..satg2 dia suruh OK TUNDUK2...hahhahaha..kami yang naik lori ni gelak guling-guling...(walaupun nasib lebey kurang sama ja)... ditambah pula keadaan jalan yang tidak rata dan berlopak-lopak..menyebabkan pungkok kami sakit..hhuhuhuh...kadang2 rasa macam nak terhumban keluaq pun ada..maunya tak.. bawa bukan main laju...saja la tu nak tunjuk eksyen..huhuhu...pengalaman-pengalaman...bukan dapat ni kat tempat lain...keh4

itu belum kelakar lagi ya...ni diaa...yang kelakar

kisah ni semasa kami dalam perjalanan pulang seperti biasa dihantar menggunakan lori dan hilux tadi..tengah aku seronok mengusya abang yang bawa lori di belakang kami tu....(aku duduk menghadap dia tau) keh3... aku terdengar la perbualan antara si aiman dengan kawan aku ni lia...mai tang part ni memang aku gelak guling2..orang lain yang tak dengar aiman ni cakap memang tercengang apsal la aku gelak tak mau-mau..kahkahkahakah....

aiman: sabar ya kak...tak lama lagi kita sampai la malaysia...
lia: &*%$%&((*^%$...<---aku dah lupa apa yang si lia cakap..

cuba bayangkan dalam sutiasi ni kami duduk di atas lori..ada yang berdiri mengharungi semak samun..sekejap berhenti..sekejap jalan...dengan lori dibawa laju tanpa menghiraukan jalan yang tidak elok..terlompat-lompat kami di belakang tu..ada yang kena libas dengan daun pokok...ada yang elok2 berdiri tiba2 terjatuh.aku dengan melatahnya..muka masing-masing waktu balik sedih ja...hahhahaa....dah macam pendatang asing kena cekup...tambah2 tuan punya kawasan pasang lagi siren tu..memang tragis la...

kelakar tak??? kelakar kan??hehhehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

budak baik mesti klik iklan ni, terima kasih ya..

ANDA PENGUNJUNG KE