klik la kengkawan bg aku kaya ckit

Rabu, 19 September 2012

CiNtA GaYa bAhASa

jangan biarkan semuanya
 hanya metafora yang kadang-kadang
 mampu bertukar menjadi hiperbola.
.anafora cinta bukti penegasan
bahawa tiada cinta abadi
selain cinta-Mu.
diksi-diksi indah ku susun
 kemas memohon rahmat daripada-Mu.
 sesungguhnya cinta itu indah..
tapi lebih indah jika kitabMu
ku kupas dan hayati
makna-makna disebalik mukjizat teragung itu.

ingin sekali aku menjadi hamba yang solehah..
ku cuba amal hidup menurut syariatMu
 dan ku cuba praktik sunnah rasulMu..
aku jauhi sifat munafik
yang hidupnya seperti  personifikasi,
perlambangan yang tidak mungkin dilakukan.
simile segala rasa membuak-buak
sehingga aku rasa aku begitu jauh..
jauh..untuk mendekati..
hampir aku putus semangat
 tatkala semua memandang sinis perubahanku..
ku cekalkan hati
agar rima cinta sentiasa menebal

aku cuba lakukan semuanya berlandaskan namaMu..ya RABBB...

Khamis, 13 September 2012

Pepatah Umpama Ibarat Bak Seperti

Bidalan, pepatah, pribahasa dan seangkatan dengannya merupakan kata-kata yang digunakan orang-orang terdahulu untuk memberi nasihat, memujuk, memerli dan juga seangkatan dengannya. Mak dan abah aku juga tidak terkecuali. Mereka juga selalu menggunakan pepatah yang kadang-kadang aku sendiri tidak pernah mendengarnya. Ada kawan yang kata abah aku ni pandai juga berfalsafah..MEMANGLAH..aku terkenal sebagai pemerli yang bisa menyentap hati manusia..tAPI abah aku 10 kali ganda lebih pedas jika dia mula memerli orang..jadi, berhati-hatilah bila bercakap dengan abah aku ya..

pernah suatu hari aku dah xtau nak masak apa..sebab abah memang x suka makan benda yang sama ja setiap hari..
MAKA....aku telah diperli
DR. MAHADHIR BOLEH RANCANG MALAYSIA SAMPAI KE WAWASAN 2020..HAMPA NAK MASAK UNTUK ESOK PON DAH XTAU NAK MASAK APA..
teettttt.....terdiam buat beberapa minit...

suatu hari abang bawa aku keluar membeli barang..dan abag telah membeli sesuatu untuk aku..tapi abah ingat aku yang telah membeli semua tu..
MAKA...aku telah diperli
SITI...JANGAN SERONOK SANGAT DOK BELANJA...ABAH NI BERAK PON DAH TAK KELUAQ TAIK..
hahaha...pepatah ni kasaq sikit ya...keh8..tau x maksudnya????
maksudnya..jangan terlalu boros, abah sekarang bukan ada duit sangat..

INI BARU ABAH...KALAU MAK PULA...

setelah pulang dari menghantar adik ke uitm Shah Alam...emak pon berkata:
HANG TENGOK KAWAN SEBILIK NGAN CT SARAH TU OK X?? TAPI KALAU MENYOMBONG MEMANG X PADAN DENGAN MUKA LA.....
hahahha..gila sentap...
mak aku bukan apa..mak tak pernah kisah dengan orang yang hodoh...xlawa dan sebagai..kalau x , dah lama la dia x mengaku aku ni anak dia...kah7.. tapi apa yang mak kisahkan ialah peribadi, sahsiah dan akhlak seseorang itu...jangan menyombong...umpamanya mak nak cakap..jika tidak punya rupa paras yang elok jangan la pula akhlak juga begitu...sekurang-kurangnya biarlah seperti ini...biar buruk rupa asal elok perangainya...




hahha..waktu ni aku (berbaju kelabu) sedang disoal siasat oleh abah..berkenaan kesan calar dan kemek di bahagian belakang kereta abah..keh4..kantoi2..

Ahad, 9 September 2012

klik BAGI aku KAYA

ini adalah pesanan kepada pengunjung blog saya..sila klik iklan-iklan nuffnag yang ada dalam blog saya ya...

Isnin, 3 September 2012

MINDA ORANG MELAYU

Pernahkah terjadi kepada anda?

  • Anda bercakap telefon dengan emak atau kawan anda TETAPI orang beranggapan anda sedang tergedik-gedik bergayut dengan kekasih hati anda.

  • Anda sedang memimpin emak anda yang sakit lutut naik esklator dengan harapan tidak menyusahkan emak anda untuk naik tangga  TETAPI orang tengok pelik sahaja dan menegur (adik, kalau mak susah nak naik esklator tu, baik bagi mak naik tangga. takut nanti jatuh lagi susah). KEMUDIAN..

  • Anda pun pimpim emak anda naik tangga TETAPI ada pula yang menegur (adik, kenapalah biar mak naik tangga, kesian tu..sakit lutut)

  • Anda balik lewat malam kerana kawan-kawan ditimpa kesusahan TETAPI orang sekeliling mengganggap anda perempuan JALANG yang keluar malam bersama lelaki bukan muhrim. 

  • Anda keluar beriadah pada waktu petang untuk menghilangkan stres TETAPI orang kampung ingat anda melilau mencari JANTAN.

  • Anda malas bertekak tentang sesuatu yang anda sendiri sedia maklum akan hal itu TETAPI orang menganggap anda seorang yang bodoh. 

  • Anda berkawan baik dengan seseorang lelaki dengan mengganggap mereka sebagai kawan sahaja TETAPI orang lain beranggapan anda sedang kegersangan. 

Mengapa minda orang melayu suka mentafsirkan perkara yang negatif sahaja. Cubalah fikir mengapa sesuatu          kejadian itu berlaku.. Mengapa tindakan itu yang diambil? Alahai.. Salah faham memanjang. Habis takkanlah kita nak telefon mak kena beritahu dahulu.. haloo..orang kampung, saya nak telefon mak saya ni..bukan pak we saya.. aloo orang sebelah, saya nak pergi rumah kawan ni..dia minta tolong selesaikan masalah dia.boleh tak? takkanlah semua nak diceritakan.. 

tolong bagi penyelesaian bila kita berhadapan dengan masalah ini apa yang perlu kita lakukan?..sekarang aku hanya buat tidak tahu. berserah kepada Allah. tapi takut juga semua ni nanti menjadi fitnah..kang tak pasal-pasal dapat dosa besar orang tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

budak baik mesti klik iklan ni, terima kasih ya..

ANDA PENGUNJUNG KE