klik la kengkawan bg aku kaya ckit

Jumaat, 22 April 2011

HuJunG SeM yG pOkAi

adakah aku terlalu boros sem ni, tapi aku rasa tak jugak,,,bila pokai2 macam ni barulah aku teringat yang aku ni ada 5 orang abg yang dah kerja,,dan salah seorangnya selalu on9 facebook di tempat kerjanya,,hahaha,,apa lagi,,mula2 tu niat dihati nak bgurau ja, tapi x berapa nak bergurau la sebab duit tiket pon xbayar lagi ni,,hehehe,,aku pon masuk chat abg aku ALI HANAFIAH MOHD SHAFIE 

penggali kubur: oiii,,nak duit xdak duit ni
ali hanafiah: berapa det nak??
penggali kubur: 50
ali hanafiah: bagi no akaun ptg ni aku bubuh
penggali kubur: @$%^&*()_)(*&^%$#,,,kih34 tq2

senang rupanya nak mintak duit, punya la aku menahan lapaq dengan makan maggie yg cukup berzat tu,,haish,,biasala sebelum ni aku x penah mintak duit kat abg2,,kebiasaannya PAMA yg bg,,malu nak mintak kat PAMA aku pon mintak kat abg,,hehehe

TIBA2
ptg tu mak mesej

emak: kaya la budak tu ali bg rm50, omaq rm50, pastu abh bg rm150
ct(aku): org mintak 50 ja nak bayar tiket huhuhu,,,

Khamis, 14 April 2011

LAKSA (makanan kegemaranku)

                           

Entahlah aku ni mungkin dah xtao nak post apa..Nak dekat exam ni asyik teringat kampung ja..Kalau kat kampung kompem aku dah masak laksa, sebab aritu call mak , mak cakap, ikan byk skung ni..Tambah mak lagi klu aku ada dah lama buat laksa..Disebabkan aku xdak kat umah xdak sapa nak masak laksa..Siap la nant aku balik mcm2 aku nak masak..Kpada adik beradikku yang lain siap perut ja ok...

Berbalik kepada laksa td. kat tempat aku mmg terkenal dengan laksa. Klu singgah Pekan Kuala Perlis mcm2 gerai, restoran, dan bengkel jual laksa ada. tapi, yang paling femes sekali Laksa Kak SU.


Kalau sesiapa yang berminat nak makan laksa tu aku syorkan singgahlah restoran ni..memang besh la laksanya. LAKSA BERAS ASLI & SEGAR. Klu sesiapa yang dtg Kuala Perlis memang cari laksa beras...Laksa ni mmg femes kat cni.
HARGA SEPINGGAN: RM2.50 (BIASA)
murah ja kan??

P/S: Tapi jangan pelik pula sebab kat cni orang mkan laksa bersama2 ngan sejenis kuih ni..klu kat cni panggil pulut udang. kat tempat lain ada yang panggil pulut panggang la..dan lain2 lagi.

    +     

Nak resepi laksa x, nah aku bagi. selamat mencuba tau!!!:

Bahan-bahan ( 4 Org )

sumber diambil dari: http://www.myresipi.com/top/detail/3253

  • 1 Kg laksa beras
  • 1 Kg ikan kembung
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas)
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai di ketuk
  • 1/2 inci lengkuas (ketuk)
  • Asam keping secukupnya
  • 1 ketul gula 'Gherek'
  • Daun kesum secukupnya
  • 1 kuntum bunga kantan (belah 4)
  • Garam, Gula dan MSG secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 5 biji cili merah
  • Belacan sebesar ibu jari
  • BAHAN ULAM
  • 1 biji timun (potong lidi)
  • 2 labu bawang besar (potong bulat nipis)
  • 10 biji cili api (potong bulat nipis)
  • Daun selom secukupnya (racik halus)

Cara-cara

  1. Rebus ikan dengan gula 'Gherek', garam, asam keping dan lengkuas hingga masak.Sejukkan dan siat isi ikan.Asingkan isi dengan tulang.Kisarkan Kesemua isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam periuk.Kemudian kisarkan pula tulang ikan dan tapis ambil patinya ke dalam periuk berisi isi ikan tadi.
  2. Kisar pula cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.masukkan dalam periuk tadi.Jerang ramuan-ramuan ini di atas api sederhana.Tambahkan air jika terlalu pekat.
  3. Ambil asam keping dan lengkuas yang digunakan untuk rebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang berisi kuah ikan.Masukkan juga serai, bunga kantan dan daun kesum.Tambahkan garan, gula dan MSG secukup rasa.Masak hingga mendidih.
  4. CARA MENGHIDANG ---> Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk.Letakkan segala ulam ulaman dan sendukkan kuah.Hidang ketika panas.



~SELAMAT MENCUBA~

Ahad, 10 April 2011

kIsAh KeLaKAr

Adala seorang Minah ni baru pulang dari kampung bersama 3 lagi rakannya. Mereka memilih kereta api sebagai pengangkutan mereka disebabkan tambang yang murah dan pengangkutan nilah yang satu-satunya terus ke destinasi mereka. Jika mereka naik bas, mereka terpaksa naik 2 bas baru sampai ke kolej kediaman mereka.

sampai sahaja stesen KTM (4.00 pagi) mereka pun naik la kereta sapu untuk ke kolej mereka . jarak tak jauh manapun. dijadikan cerita sampai saja mereka ke kolej. masing-masing berpecahlah nak balik ke bilik masing-masing. tinggal si minah ni ja la sebab dia tinggal luar (rumah sewa). 

Dijadikan cerita si minah ni komfiden la nak balik rumah dengan harapan sampai ja rumah nak tido terus. Tapi sebaliknya yang berlaku. Saat minah ni nak buka pintu, pintu dah terbuka tetapi tetap tak terbuka sebab ada orang kunci palangnya dari dalam. Ini bermakna ada orang lain yang dah balik lebih awal drp si minah ni..Puas salam di beri, pintu diketuk (dihempas2 sbenarnya) tp tetap tak ada yang bangun buka pintu . Nak di telifon orang dalam rumah tu kredit dah xdak..Dah la kredit dak bateri hp pon dah kong..tiba2 ja mati..

Si minah ni pon apa lagi xkan nak ditunggu kat luar rumah sampai ke pagi , lama tu. sebenarnya takut ja lebih..Kemudian dia mengatur langkah ke rumah kawan yang pulang bersamanya tadi. Sekali lagi dengan komfidennya si minah ni naik lif ke tingkat 9 (kolej depan umah sewanya ja). Tatkala sampai ja tingkat sembilan, barulah dia sedar bahawa dia x ingat no rumah kawannya tu..Si minah ni apa lagi gunalah gerak hati pergi ketuk pintu rumah yang dirasakan rumah kawannya..Ketuk punya ketuk tiada jawapan. Di ketuk pintu rumah yang lain pula.masih tiada yang menjawab. 

Lalu si minah ni ambil keputusan ketuk ja pintu rumah sesiapa pun asalkan dia dapat masuk dalam rumah. Tidaklah dia duduk di luar tambahan lagi dengan suasana gelap gelita, amat meneyeramkan. Sambil mengetuk pintu si minah memanggil nama kawannya..Masih tidak disahut panggilaN minah ni..Di lihat rumah sebelah ada penghuni sedang memasang lagu dengan kuatnya. Lalu si minah ni mengetuk pintu rumah tersebut dengan harapan penghuni rumah tersebut kasihan dengan nasib dirinya..

Tapi bila difikirkan kembali siapa la yang nak keluar bukak pintu pagi2 buta ni. Mereka pun takut!!. .Beberapa minit kemudian lagu yang dipasang dengan kuat tadi ditukar dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran..Baru lah si minah ni sedar yang semua orang ingat dia ni hantu yang berlegar-legar di aras sembilan sambil mengetuk pintu rumah orang. Si minah ni dengan hati yang bengkek turun la semula pulang ke rumah sewanya. 

Kecewa sungguh si minah ni. Dah la takut, orang pasang ayat-ayat suci alQuran pulak lagilah seram si minah ni..sampai ja di rumah dia sekali lagi mengetuk pintu rumahnya dengan sekuat hati., menjerit nama penghuni di dalam rumah tersebut..dan akhirnya ada juga makhluk Allah yang bangun membuka pintu..fuhh!! lega rasanya..

keesokkannya si minah ni pergi kelas jumpa kawannya dia senyum ja..si minah ni langsung tidak ceritakan apa-apa kepada kawan-kawan yang lain..

MORAL OF THE STORY
1. PASTIKAN TELIFON BIMBIT SENTIASA BERKREDIT & BERBATERI
2. SENTIASA INGAT NO RUMAH KAWAN
3. JANGAN BALIK RUMAH SEORANG DIRI 
4. MALKLUMKAN KEPADA HOUSEMATE ANDA TENTANG KEPULANGAN ANDA..

Jumaat, 8 April 2011

CINTA YANG TAKKAN PERNAH BERPUTIK

AKU SEDAR
AKU SEMEMANGNYA SENTIASA SEDAR
AKAN SENTIASA SEDAR
SELALUNYA SEDAR
TAKKAN ADA SEDETIK PUN
HARAPAN AKU LETAKKAN TERHADAPMU
KERANA AKU TAHU AKU BUKAN KEINGINANMU
AKU BUKAN MAHUMU
AKU BUKAN CINTA DIHATIMU
NAMUN SALAHKAH AKU MAHU BERPERASAAN
PERASAAN CINTA DAN KASIH
BIARPUN HADIR DAN PUTIK HANYA DIHATI
AKU TAK KISAH
KERNA KU TAHU TAKKAN TERBITNYA CINTA
DARI HATIMU SEKELUMITPUN MEMBALAS CINTAKU
CUMA APA YANG AKU SEDIHKAN
KAU TIDAK LAGI MENEGURKU
KAU TIDAK LAGI MELAYAN KU SEPERTI DAHULU
WALAUPUN KITA SERING TELINGKAH DAHULU
HANYA ITU DAYA AKU LAKUKAN MENARIK PERHATIANMU
TOLONGLAH WALAU DIHATIMU BUKAN NAMAKU
CUKUPLAH SEKADAR SAPAAN SEORANG TEMAN
DARIMU UNTUKKU TIAP KALI KITA BERTEMU
SUNGGUHNYA AKU TERSIKSA MENANTIMU
HADIR DI DEPAN MATAKU
BETAPA AKU RINDU TIAP KALI KAU HILANG TANPA KHABAR BERITA
SENYUMMU SENTIASA MENGUBAT HATI YANG LARA INI
INILAH CORETAN AKU KEPADAMU
ANDAI TAK BISA SALAM CINTA KAU BERIKAN
CUKUPLAH SEKADAR TEGURAN MESRA SEPERTI DAHULU KAU LAYANGKAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

budak baik mesti klik iklan ni, terima kasih ya..

ANDA PENGUNJUNG KE