baiklah terus sahaja kepada tajuk post kali ini. adakah semua ini takdir atau aku yang pembawa malang kepada kedua emak dan abahku..ya, ini kisah benar. kisah aku sendiri. pada mulanya aku agak keberatan untk bercerita kepada sesiapa pun..mahupun kawan rapat aku di sini. tapi aku tak boleh terus pendam..sebab semakin hari kesedihan aku semakin melampau-lampau.
kisah ini bermula apabila emak dan abah aku menghantar aku ke KTM ARAU untuk pulang semula ke TG MALIM setelah seminggu bercuti. perkarangan KTM dipenuhi orang ramai. sampai sahaja aku di sana aku tidak dapat tempat duduk. tapi benda pertama yang aku buat ialah cari tempat duduk untuk emak aku. emak aku luaran nampak muda tapi dalaman dia menderita pelbagai penyakit. mukanya sentiasa ceria walaupun setiap saat terpaksa menahan sakit.
setelah berjaya mencari tempat duduk untuk emak aku, itupun disebelah keluarga orang lain. aku hanya berdiri sehingga kereta api sampai. disebabkan tiada tempat duduk jugalah abah aku mengambil keputusan untuk pulang semula ke kereta. tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali, sehingga membataskan penglihatan. kemudian pengumuman dibuat bahawa tren dari HATNYAI dilaporkan lewat sampai.. sepatutnya tren dijangka tiba pada pukul 7.06 ptg tapi disebabkan lewat tern dijangka tiba pada pukul 7.30 malam.
hujan yang tadinya lebat sudah renyai, beransur dan berhenti. pada pukul 7.10 mlm pintu pagar ke landasan kereta api di buka. aku pun mengambil keputusan menuyuruh emak aku pulang dahulu. aku kesian memikirkan abah aku yang terpaksa menunggu aku lama disebabkan kelewatan kereta api dan tahap kesihatan emak aku. tidak pernah sekali pun emak pulang dahulu sebelum aku menaiki kereta api. tapi kali ini entah apa lah yang menghasut aku memaksaa emak dan abah aku pulang dahulu. tetapi emak aku berkeras tidak mahu pulang juga.
emak kata nak tengok aku naik dan keretapi jalan dahulu barulah emak akan pulang. sehinggakan emak mengadu kepada orang disebelahnya. "orang nak tunggu dia, boleh dia suruh kita balik pulak". aku ni memang degil..aku pujuk lagi emak aku supaya balik. akhirnya emak aku mengalah. emak bangun sambil memegang payung. payung tu bukan untuk berlindung daripada hujan tapi mebantu emak aku untuk berjalan. aku pun ikut emak untuk membantu emak untuk berjalan ke kereta. disebabkan tiada sapa yang akan pimpin mak. abah pula ada dalam kereta. memang walau ke mana sekalipun mak akan dipimpin sesiapa ketika berjalan tapi selalunya akulah. sebab itulah emak suka keluar ke mana-mana dengan aku dan bila aku cakap aku nak balik kampung mak aku suka sangat.
baru aku nak pegang tangan mak, mak cakap "tak payahlah hantar mak p la masuk". aku menjadi sayu. "mak boleh jalan x tu?" mak cakap "ala..boleh payung ni kan ada". tiba2 kelopak mata aku bergenang air mata. aku lihat saja mak aku berjalan ke kereta kemudian aku pon masuk. pada pukul 7. 40 malam aku memberi mesej kepada MAK yang tren sudah bergerak dan mengucapkan selamat tinggal..
aku ingat tiada apa yang berlaku. semuanya selamat seperti biasa.
tetapi keesokkannya, baru aku dapat tahu bahawa emak dan abah aku terlibat dalam kemalangan. pada pukul antara 7.30 mlm-8.00 mlm. iaitu ketika aku menghantar mesej kepada mak. mak tak balas. aku ingat hp mak xdak kredit.
dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba cuaca yang tadinya redup kembali buruk dengan hujan yang lebat. pemandangan turut terbatas. semuanya nampak putih sahaja. tiba-tiba bunyi hentakan kuat di belakang kereta abah. pada mulanya abah ingat tayar kereta pancit. abah cuba mengawal kereta. namun, sekali lagi hentakan kuat dari belakang sekali lagi. kereta abah semakin sukar dikawal.. keadaan menjadi kelam kabut, emak panik dan menjerit supaya abah menghentikan kereta kerana abah masih cuba untuk mengawal daripada merempuh penghadang jalan disebelah kiri, iaitu tempat duduk emak (abah sayang mak). setelah berjaya berhentikan kereta, emak memang tidak setenang dulu..lantas emak mengambil surah yasin dan membacanya. abah keluar dari kereta . rupanya kereta proton saga abah dilanggar oleh kereta buatan syarikat NAZA.
pemilik kereta tersebut merupakan seorang pensyarah di institut pendidikan guru perlis. pensyarah tersebut keluar sambil meminta maaf kepada abah. setelah berbual dengan abah, pensyarah tersebut berlari ke arah emak aku yang masih di dalam kenderaan (emak x dapat keluar sebab pintu emak betul disekat oleh penghadang jalan)..dan meminta maaf. banyak kali juga dia ulang minta maaf. emak aku memang seorang yang berhati lembut. emak pun minta maaf disebab xcden itu, niat pensyarah tadi untuk menghantar anaknya ke sekolah kerana ada program tergendala.
ALHAMDULILLAH..emak dan abah tidak cedera teruk. cuma kereta sahaja yang tidak boleh dibaiki dah. syukur juga pensyarah tersebut seorang yang bertanggungjawab. selepas kejadian dia sering ke rumah dan berurusan berkaitan kereta abah. akhirnya pensyarah tersebut menggantikan kereta baru (lama punya) kepada abah. warna, jenis dan keluaran yang sama seperti kereta abah yang dulu.
moral drp cerita ini
***bila mak cakap xnak2, maka jangan paksa. walau berat anda terima keputusan emak, lebih baik anda turutkan saja kata emak..kerana SYURGA ITU DITELAPAK KAKI IBU***.
*** aku sekarang trauma hendak pulang kg terutamanya dengan tren, kawan2 pun dah galak tanya dah beli tiket ka? mungkin kali ini aku akan balik naik bas saja..aku takut benda yg sama berulang kembali..tiket bas mahal pun xpa lah.
***kawan2 hairan kenapa aku terlalu sedih abah ngan mak xsiden tapi x cedera teruk..sebenarnya dalam fikiran aku, kalau sesuatu perkara yang buruk terjadi akibat kemalangan tu, semuanya salah aku..seolah-olah aku sengaja menghantar malaikat izrail mengambil nyawa emak dan abahku.***
***berkali-kali emak cakap dan pesan kepada aku jangan risau...semua ni takdir Allah. tetapi aku tetap x boleh hentikan air mata aku dari terus mengalir dan memikirkan peristiwa itu***
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V
P/S : mak, siti nak pujuk kawan siti ni..mungkin dia terasa hati ngan siti dan merajuk..xpalah biar siti yang mengalah. orang cakap lelaki ini egonya tinggi sikit.. mak doakan siti ya..