klik la kengkawan bg aku kaya ckit

Khamis, 31 Mei 2012

TAKDIR ATAU AKU MEMANG PEMBAWA SIAL

mungkin post pagi ni agak berat sedikit.. ini adalah kisah mengapa aku pulang daripada bercuti pertengahan sem kali ini dengan muka yang masam, sedih dan sering menangis. mungkin kisah ni agak lama untuk aku ceritakan, tetapi sebagai pengajaran mungkin ia amat berguna..kata orang setiap bicara  seorang ibu membawa makna, doa seorang ibu sangat mujarab dan setiap  kutukan atau sumpahan seorang ibu membawa kesengsaraan selamanya.

baiklah terus sahaja kepada tajuk post kali ini. adakah semua ini takdir atau aku yang pembawa malang kepada kedua emak dan abahku..ya, ini kisah benar. kisah aku sendiri. pada mulanya aku agak keberatan untk bercerita kepada sesiapa pun..mahupun kawan rapat aku di sini. tapi aku tak boleh terus pendam..sebab semakin hari kesedihan aku semakin melampau-lampau.

kisah ini bermula apabila emak dan abah aku menghantar aku ke KTM ARAU untuk pulang semula ke TG MALIM setelah seminggu bercuti. perkarangan KTM dipenuhi orang ramai. sampai sahaja aku di sana aku tidak dapat tempat duduk. tapi benda pertama yang aku buat ialah cari tempat duduk untuk emak aku. emak aku luaran nampak muda tapi dalaman dia menderita pelbagai penyakit. mukanya sentiasa ceria walaupun setiap saat terpaksa menahan sakit.

setelah berjaya mencari tempat duduk untuk emak aku, itupun disebelah keluarga orang lain. aku hanya berdiri sehingga kereta api sampai. disebabkan tiada tempat duduk jugalah abah aku mengambil keputusan untuk pulang semula ke kereta. tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali, sehingga membataskan penglihatan. kemudian pengumuman dibuat bahawa tren dari HATNYAI dilaporkan lewat sampai.. sepatutnya tren dijangka tiba pada pukul 7.06 ptg tapi disebabkan lewat tern dijangka tiba pada pukul 7.30 malam.

hujan yang tadinya lebat sudah renyai, beransur dan berhenti. pada pukul 7.10 mlm pintu pagar ke landasan kereta api di buka. aku pun mengambil keputusan menuyuruh emak aku pulang dahulu. aku kesian memikirkan abah aku yang terpaksa menunggu aku lama disebabkan kelewatan kereta api dan tahap kesihatan emak aku. tidak pernah sekali pun emak pulang dahulu sebelum aku menaiki kereta api. tapi kali ini entah apa lah yang menghasut aku memaksaa emak dan abah aku pulang dahulu. tetapi emak aku berkeras tidak mahu pulang juga.

emak kata nak tengok aku naik dan keretapi jalan dahulu barulah emak akan pulang. sehinggakan emak mengadu kepada orang disebelahnya. "orang nak tunggu dia, boleh dia suruh kita balik pulak". aku ni memang degil..aku pujuk lagi emak aku supaya balik. akhirnya emak aku mengalah. emak bangun sambil memegang payung. payung tu bukan untuk berlindung daripada hujan tapi mebantu emak aku untuk berjalan.  aku pun ikut emak untuk membantu emak untuk berjalan ke kereta. disebabkan tiada sapa yang akan pimpin mak. abah pula ada dalam kereta. memang walau ke mana sekalipun mak akan dipimpin sesiapa ketika berjalan tapi selalunya akulah. sebab itulah emak suka keluar ke mana-mana dengan aku dan bila aku cakap aku nak balik kampung mak aku suka sangat.

baru aku nak pegang tangan mak, mak cakap "tak payahlah hantar mak p la masuk". aku menjadi sayu. "mak boleh jalan x tu?" mak cakap "ala..boleh payung ni kan ada". tiba2 kelopak mata aku bergenang air mata. aku lihat saja mak aku berjalan ke kereta kemudian aku pon masuk. pada pukul 7. 40 malam aku memberi mesej kepada MAK yang tren sudah bergerak dan mengucapkan selamat tinggal..

aku ingat tiada apa yang berlaku. semuanya selamat seperti biasa.

tetapi keesokkannya, baru aku dapat  tahu bahawa emak dan abah aku terlibat dalam kemalangan. pada pukul antara 7.30 mlm-8.00 mlm. iaitu ketika aku menghantar mesej kepada mak. mak tak balas. aku ingat hp mak xdak kredit.

dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba cuaca yang tadinya redup kembali buruk dengan hujan yang lebat. pemandangan turut terbatas. semuanya nampak putih sahaja. tiba-tiba bunyi hentakan kuat di belakang kereta abah. pada mulanya abah ingat tayar kereta pancit. abah cuba mengawal kereta. namun, sekali lagi hentakan kuat dari belakang sekali lagi. kereta abah semakin sukar dikawal.. keadaan menjadi kelam kabut, emak panik dan menjerit supaya abah menghentikan kereta kerana abah masih cuba untuk mengawal daripada merempuh penghadang jalan disebelah kiri, iaitu tempat duduk emak (abah sayang mak). setelah berjaya berhentikan kereta, emak memang tidak setenang dulu..lantas emak mengambil surah yasin dan membacanya. abah keluar dari kereta . rupanya kereta proton saga abah dilanggar oleh kereta buatan syarikat NAZA.

pemilik kereta tersebut merupakan seorang pensyarah di institut pendidikan guru perlis. pensyarah tersebut keluar sambil meminta maaf kepada abah. setelah berbual dengan abah, pensyarah tersebut berlari ke arah emak aku yang masih di dalam kenderaan (emak x dapat keluar sebab pintu emak betul disekat oleh penghadang jalan)..dan meminta maaf. banyak kali juga dia ulang minta maaf. emak aku memang seorang yang berhati lembut. emak pun  minta maaf disebab xcden itu, niat pensyarah tadi untuk menghantar anaknya ke sekolah kerana ada program tergendala.

ALHAMDULILLAH..emak dan abah tidak cedera teruk. cuma kereta sahaja yang tidak boleh dibaiki dah. syukur juga pensyarah tersebut seorang yang bertanggungjawab. selepas kejadian dia sering ke rumah dan berurusan berkaitan kereta abah. akhirnya pensyarah tersebut menggantikan kereta baru (lama punya) kepada abah. warna, jenis dan keluaran yang sama seperti kereta abah yang dulu.

moral drp cerita ini

***bila mak cakap xnak2, maka jangan paksa. walau berat anda terima keputusan emak, lebih baik anda turutkan saja kata emak..kerana SYURGA ITU DITELAPAK KAKI IBU***.

*** aku sekarang trauma hendak pulang kg terutamanya dengan tren, kawan2 pun dah galak tanya dah beli tiket ka? mungkin kali ini aku akan balik naik bas saja..aku takut benda yg sama berulang kembali..tiket bas mahal pun xpa lah.

***kawan2 hairan kenapa aku terlalu sedih abah ngan mak xsiden tapi x  cedera teruk..sebenarnya dalam fikiran aku, kalau sesuatu perkara yang buruk terjadi akibat kemalangan tu, semuanya salah aku..seolah-olah aku sengaja menghantar malaikat izrail mengambil nyawa emak dan abahku.***

***berkali-kali emak cakap dan pesan kepada aku jangan risau...semua ni takdir Allah. tetapi aku tetap x boleh hentikan air mata aku dari terus mengalir dan memikirkan peristiwa itu***
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

P/S : mak, siti nak pujuk kawan siti ni..mungkin dia terasa hati ngan siti dan merajuk..xpalah biar siti yang mengalah. orang cakap lelaki ini egonya tinggi sikit.. mak doakan siti ya..


Ahad, 27 Mei 2012

AKU KENA KAWEN JGAK KA?

haish x leh la aku nak bayangkan rupa aku kawen nanti..hahhahha..gila lawak..baik x payah bayang..calon pon aku x nampak..SERAM GILA..umur 23 tahun memang kena kalut pikiaq cari pasangan ka?..ala..x payah la dok buat gelabah sangat...banyak benda len bleh diserabutkan...selain pikiaq psai kawen ni..

bukan saja2 nak post pasai kawen ni..dan aku ni bukan galak sangat nak kawen..cuma hari ni kawan aku kawen..kawan sekolah dulu..memang la ramai dah kawan aku yang dah kawen, tapi kawan yg ni kawen aku terkesan jugak la..sebab dia pon sambung blajaq jgak dah keja..pastu kawen...ok x pa la yang tu..ni tup2 aku bukak fb aku dapat msg drp kawan aku kat sekolah dulu..kira kamcing jgak la...dia selalu mai umah..x sangka dia pon bakal ikut jejak langkah kawan2 aku yg lain..Alhamdulillah dah sampai jodoh dia..dia dah nak bertunang dah pon..

antara pecaya x pecaya ja aku baca..



ni klu mak aku tau mampos aku...kompem kena kerah suh cari calon...hahhaha...lek la..aku selalu cakap kat mak yang aku xmau kawen...dan idea aku ni akan diikuti oleh adik aku yg pompuan ni..dia pon xmau kawen gak..ceh ...jenis nak tiru orang..hahhaha...hish..xkawen xleh ka? maleh la..tp satg kompem aku kena la ngan mak aku ni..uhuhuu...mak anak mak ni nak kena kawen jgak ka? xcuse bleh?hehehe...


Sabtu, 26 Mei 2012

LELAKI---SAHABAT ATAU KEKASIH

LALLALALLA


LELAKI HEBAT JIKA DIA DAPAT MENJAGA SATU HATI DAN SETIA UNTUK SELAMANYA..BUKAN MENCURI RIBUAN HATI DAN MENGHANCURKANNYA....

LELAKI MENGAPA PERLU MAINKAN HATI WANITA SEDANGKAN DI HATINYA SUDAH ADA WANITA LAIN...

LELAKI MENGAPA SANGGUP MENGAYAT KAWAN SENDIRI WALHAL DIA TAHU YANG KAWANNYA TAHU YANG DIA SUDAH ADA YANG PUNYA..

LELAKI MENGAPA SUKAR UNGKAPKAN RASA HATI KEPADA SEORANG GADIS SEBALIKNYA LEBIH SUKA MEMENDAM PERASAAN DAN BIARKAN GADIS2 KEBINGUNGAN..SEHINGGA SAMPAI TAHAP GADIS KECEWA HATI DIPERMAINKAN..WALHAL LELAKI TERSEBUT HANYA ANGGAP KAWAN BIASA..

LELAKI MENGAPA TIDAK FAHAM BAHAWA PERASAAN GADIS TERHADAP KAWAN LELAKI TIDAK SAMA SEPERTI SAHABAT LELAKI KEPADA LELAKI LAIN..

WAHAI GADIS SEDARLAH TIDAK SEMUA LELAKI YANG RAPAT DENGAN ANDA MEMPUNYAI NIAT MEMIKAT ANDA..

WAHAI GADIS JANGAN CEPAT TERPEDAYA AYAT DAN JANJI MANIS LELAKI DI LUAR SANA

WAHAI GADIS JIKA LELAKI TIDAK MELUAHKAN PERASAAN KEPADA ANDA..JANGAN TUNGGU LAMA2..JANGAN BERHARAP KEPADANYA..

WAHAI GADIS, CARILAH LELAKI UNTUK DIJADIKAN SUAMI..BUKAN DIJADIKAN KEKASIH HATI SEMATA..

JIKA TIDAK PERNAH BERCINTA..ELAKKAN..SEBAB TAK SEMUA CINTA ITU MANIS DAN INDAH..

  


aku dan dia

aku pompuan.. dia laki2. kami kawan sejak sek rendah lagi..memang rapat sangat.. main sama2---sebut ja main apa..masak2 kami layan..perang2 pon kami layan..sampaikan org ingat bila kami dah besar, kami akan kahwin bedua..p sekolah sama2.. balik sekolah sama2..tapi sekarang dah berubah..kami terputus hubungan ketika aku tingkatan 2..dia tingkatan 3.. dia berhenti sekolah..mak ngan ayah dia bercerai..ayah dia plak dah kawin lain..hurmm...aku masih sayang kat dia..mmg dulu aku penah simpan perasaan kat dia..tapi sekarang aku sayang dia seperti kawan baik..aku x sangka sekarang dia dah berubah sangat2.. rambut dia dah panjang.. baju dia dah mcm dulu..sekarang di langkawi..keja kat sana..sebab tu la aku selalu p langkawi..aku harap sangat terserempak ngan dia...aku tau dia x nak jumpa aku...aku penah chat kat fb yg aku nak p langkawi..klu bleh aku nak jumpa dia..tapi dia xbalas dah msg aku..huhuhu...aku tgok gambar2 dia kat fb dah jauh menyimpang..dah songsang..aku harap dia sempat berubah..hidup ni dah x panjang..YA ALLAH ENGKAU BERIKANLAH HIDAYAH DAN PETUNJUK KEPADANYA...agar dia kembali ke pangkal jalan..aku masih sayangkan dia..sangat sayang...aku nak tegur secara berdepan aku xdak kekuatan..aku takut...YA ALLAH MAKBULKANLAH DOA HAMBAMU INI...

Rabu, 23 Mei 2012

x sabar nak kendong baby

hehehe..mmg rasa x sabar sgt nak kendong baby..tambah2 yg baru lahir..kecik ja, pastu mesti lembut kan..mula2 dulu mmg takut nak ambik pegang tapi dah org sua..aku rembat jugak la..konon2 penyayang habis la..keh2..semua ni bermula ngan abah aku la..waktu tu dia xdak sorang pon cucu..tapi bila kawan2 abg datang bawa anak kecik..tambah baby..dia suka sangat..jadi abah pon suruh aku ambik budak tu dukung..pelik dia suka tapi aku yang kena ambik dukung..aku ni memang dok tau dah.muka dah habis ganas dah..kena plak dukung budak..pelik mau pulak baby tu kat aku..aku pon ambik la..dukung..boleh tahan aku ni..penyayang jgak..kah6.

lpas tu mmg kalau p kenduri mana2..tambah umah adk beradik jumpa baby mmg abah aku akan suka..aku tengok ni kesian ja...hais..macam biasa lepas abah dukung baby tu..mesti dia past kat aku...adoii..aku lagi yg kena..aku ni dukung la dalam keterpaksaan..muka boleh nampak x ikhlas..leceh la jaga budak ni..

teringat kisah suatu hari tu, mak kwn aku ni mai la umah sewa kami..kwn aku ni ada adik kecik yg masih baby..waktu mak ngan ayah dia sampai kami pon keluar la..salam bersalaman..biasa la ku ni kan terlebey mesra..kemudian kawan aku ni sua la tangan kat adik dia yang baby tu..yg besnya..adik dia sua tangan pastu beria-ria nak kat aku..yg akak dia ni sua dia buat xtau ja..ah!! sudah ni yang aku lemah ni..aku pon ambik dukung sambl kata ---adik ang ni mamai lg kowt..almaklumlah baru bangun tido..

ni dia budak nakal..syifa
kemudian hidup aku mula disinari oleh anak saudara aku SYIFA BATRISYA namanya..dari hari first dia dilahirkan mmg aku yang jaga..ang bayangkanlah mana bleh teman org bersalin tido..tapi abang aku ni mintak jugak kat nurse bg aku teman bini dia kat ward..haish..nasibla..waktu ni aku cuti sem..aku ingat baby baru lahir ni x menyusahkan mungkin keja tido ja..rupa2nya tdk..ank saudara aku ni la plg susah nak tido...asyik nangis ja dalam bilik khas dia..bila dia start nangis..baby2 lain akan nangis jgak..huhuhu..pastu nurse akn ambik tenangkan..pujuk rayu..haislah..senyap sat..pastu dia buat hal plk..sampai nurse tu tension dia gerak aku yg tgh tido..suh dodoikan ank sedara aku..hah!!aku mana tau jaga baby baru lahir..aku kat sini nak teman kak ipaq aku ja..huhuhuhuhuhu..memang x berhenti nangis ja la budak tu..mana aku reti mengasuh budak..waaaaa.....




esoknya.. kena p check kuning baby ni kat klinik..waktu ni dah bawa blik baby..uhuhu aku ngan abg aku yg bawa p klinik..kak ipaq x ikut..bayangkan mula2 mmg abg aku yg dukung..pastu..dah dia sibuk cari itu cari ini aku yg kena..org sebelah pakat dok tanya..barapa hari dah ni? susu badan ke susu botol? laki ka pompuan? huhuhu bukan ank aku la...sampai la abg aku p bilik antar sampel darah kat dr. aku dukung la..tiba2 baby nangis..hah!!jangan buat hal..org semua tgok aku lain mcm..mesti depa kata..dah anak nangis bg la susu..mesti bdak tu lapaq..aduyai..indahnya hiduop...

apa yang aku x sabar sebenarnya kakak ipaq aku ni bakal bersalin lagi pada bulan 10 nanti.. elok pulak tu aku waktu tu habis praktikal..aku rasa aku kena jadi pengasuh lagilah..

kuala kangsar, selangor

hahha...mesti pelik kan..ada ka patut kuala kangsar kat selangor..


haish sebenarnya banyak benda aku nak post...aku nak cerita tapi lek2..kita post dulu yg mana terlintas difikiran. ni semua kenangan pementasan teater catatan tun sri lanang la...aku ni seperti biasa selalu tersisih jauh dr krew2 yg lain nun di atas sana di bilik lighting.huhu...plak tu satu bilik ngan audio..nah ambekaw..pasangan merpati berjoli2 tu..mmg sapa pon x suka la kat depa..perangai nauzubillah..kawan aku si naza ni cakap bila dapat tau bilik audio ni sekali ngan lighting ..mmg nak nangis dah dia..hahhha..lek la..aku pon menyampah gila tgok depa tu..semua depa nak konker...






abg zam,..dah kawen la
balik kepada kisah kuala kangsar di selangor ni..hahhaha..mmg kelakar la abang tecnician 2 org dalam tu..depa ni la yg tolong kami sewaktu berlangsungnya teater.. hensem orangnya. tapi aku klu org hensem ni mmg aku takut sikit nak tgok..sebab tu la aku buat derk ja..aku tgok ja depan..


ok aku dah melalut lagi kan..baiklah kita sambung tengah syok2 aku main lampu ngan abang ni..tiba2 hp dia bunyi..pastu dengan terkial2 dia jawab jgak. sbb dari td asyik bunyi ja..pastu dia tanya kawan dia sorang ni..aku pon anjak sikit ke blakng sebb aku dok tgh2..xmau la ganggu..



zaim: kuala kangsar dari sini (tg malim) berapa jam?
zam: klu ke ipoh 2 jam gitu klu sampai kuala dlm 3 jam jgak la..
zaim: owh..ni kwn aku ni ha dpt posting kat kuala kangsar..<-----(kawan ka tunang )


senyap seketika......


zaim: kuala kangsar tu selangor ke perak?


aku dah pelik (muka dah macho habis nampak bijak ja..xkan tempat dalam malaysia ja kowt xtau)


abg zaim dah tunang la..
zam: perak la...ish teruk ko ni zaim geografi
aku: abang ni dulu sekolah mana ni?
zam dan aku:..hahhahaa....
zaim senyum ja..


sunyi lagi..


tiba2 abg zaim beralih kat aku dan tanya lagi


zaim: kat selangor pon ada jgak kan kuala kangsar
aku: tengok abg zaim dengan muka pelik..
zam: ko ni zaim jangan main2 sebelah ko tu cikgu tau..mana ada kuala kangsar kat selangor..
zaim: dengan muka machonya ketawa malu..


ada jgak org mcm ni..nak juga aku tanya dia ni asal mana..teruk sangat aih...


abg zam ni kdg2 boleh tahan kesengalan dia...dia punya hp bila teka n taip msg ka ada bunyi woo..hahhaha...mungkin dia perasan aku mesti kalih kat hp dia tiap kali bunyi ..tapi selamber ja dia jawab...maaf la ipad abg ni mmg bunyi kuat sikit bila tekan..walhal dia pakai hp biasa ja xdak kaler pon..uhuhu..aksyen lebey ..sambil sengih...aku pon kata buang2 la bunyi tu serabut... 

Sabtu, 19 Mei 2012

ALLAH PELIHARA KAMI

contoh gambar perempuan cantik



SEMEMANGNYA WUJUD PERBEZAAN ANTARA WANITA CANTIK DAN WANITA YANG TIDAK CANTIK..JUJUR CAKAP AKU TERGOLONG DLM KALANGAN WANITA YANG TIDAK CANTIK. TIADA ASET YANG MENARIK..ALHAMDULILLAH..SYUKUR KE HADRAT ILAHI..KERANA PEMBERIAN-NYA INI MENGELAKKAN AKU DARI PANAHAN HATI DAN MATA YANG JAHAT. AKU TIDAK SEDAR AKAN HAL INI SEHINGGALAH SUATU HARI AKU RASA TERAMAT BERSYUKUR TIDAK CANTIK SEPERTI RAKAN-RAKAN YANG LAIN..  
DALAM KELAS DRAMA INILAH AKU SEDAR BAHAWA ALLAH SENTIASA MEMELIHARA AKU..

SEMESTER INI AKU MENGAMBIL MINOR DRAMA. DISEBABKAN AKU TIDAK CANTIK AKU TIDAK DIPILIH MENJADI PELAKON..SYUKUR ALHAMDULILLAH..
-AKU TIDAK PERLU BERPEGANGAN TANGAN DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM
-SUSUK TUBUH AKU TIDAK MENJADI TUMPUAN ORANG RAMAI

DISEBABKAN AKU TIDAK CANTIK PELJAR LELAKI KELAS DRAMA TIDAK TERASA INGIN MENDEKATI AKU WALAUPUN SEKADAR BERTEGUR ATAS LANDASAN SATU KREW PRODUKSI.
-MEREKA LEBIH SUKA BERGURAU & BERBUAL SENDA DENGAN KAWAN-KAWAN YANG LEBIH CANTIK, SEKSI DAN SEBAGAINYA.
-MEREKA MENGENALI AKU SEBAB AKU MERUPAKAN KREW PENGCAHAYAAN. MULA DAN TAMAT DRAMA MEMANG MENJADI PERHATIAN. JADI BILA LAMPU LAMBAT DIPASANG DAN LAMBAT DITUTUP MEREKA SEMUA AKN MELIHAT KE ARAH AKU DAN RAKAN AKU SEORANG LAGI..DI SINILAH MEREKA MENGENALI AKU..ITUPUN SEKADAR MEMANGGIL KAMI LIGHTING. 

SUATU PETANG SEBELUM MEMULAKAN LATIHAN  LAKONAN, KAMI DIJAMU DENGAN SEDIKIT MAKANAN. KAMI MAKAN DI LUAR DI SITU TERDAPAT BEBERAPA BUAH KERUSI NAMUN AGAK TERHAD BILANGANNYA. AKU DAN KAWAN AKU YANG TIDAK CANTIK NI DUDUK DI KERUSI..TIBA-TIBA RAKAN SEKELAS AKU -LELAKI HENSEM DUDUK DI SEBELAH KAWAN AKU..TAPI BEBERAPA saat  KEMUDIAN DIA BANGUN DUDUK DI SEBELAH KAWAN AKU YANG CANTIK.. KAWAN AKU TENGOK MUKA AKU SAMBIL BUAT MUKA TIDAK PUAS HATI. SEBAB SEOLAH-OLAH DIA MENGHINA KAMI..LEPAS TU AKU PON CAKAP KAT KWN AKU..JANGAN HARAPLAH DIA NAK DUDUK KAT KITA ...KEMUDIAN KAWAN AKU PON BERKATA ---------BAGUSLAH ITU TANDANYA ALLAH PELIHARA KITA..YA..KAMI DIPELIHARA OLEH ALLAH DARI HATI DAN MATA YANG BERNIAT JAHAT.

susah sgt nak cari gambar x cantik kat google, jadi aku letak ja gambar aku sendiri..hehehe


DALAM KELAS INI JUGA AKU NAMPAK KAWAN AKU YANG BERPAKAIAN AGAK SEKSI JALAN KE ARAH KAWANNYA.. SATU MATA JAHAT AKU LIHAT MEMERHATIKAN DIA SAMBIL SENYUM. DARI DIA JALAN SAMPAI DIA PERGI , MATA LELAKI ITU TERLEKAP DITUBUH KAWAN AKU NI..

SM (STAGE MANAGER) MERANGKAP KAWAN AKU JUGAK SELALU CAKAP BUDAK LELAKI KELAS DRAMA NI MEMANG SOSIAL..MUNGKIN INI SATU BENDA SENI..LALU AGAMA SERING DIAMBIL MUDAH. SM CAKAP LELAKI DRAMA NI X HORMAT DIA SUKA HATI JA LALU BELAKANG SEHINGGA BERSENTUHAN TUBUH..YALAHKAN SM AKU NI KAN BERTUDUNG LABUH..

SUSAH LA KLU NAK BRDRAMA TAPI MENERAPKAN NILAI KEISLAMANNYA DALAMNYA. TAMBAHAN LAGI TEATER KUMPULAN KAMI BERTAJUK CATATAN TUN SRI LANANG. ADA WATAK PUTERI GUNUNG LEDANG. BAYANGKANLAH PAKAIAN PGL NI MCM MANA..BABAK2 DALAMNYA MCM MANA..


****JADI BAGI WANITA DI LUAR SANA USAH BERSEDIH JIKA ANDA TIDAK CANTIK****



Ahad, 13 Mei 2012

DIARI ANAK DERHAKA

MAAFKAN ARISA MAK!! ARISA TAHU, ARISA BANYAK DOSA DENGAN MAK..BANYAK DOSA DENGAN ABAH..ALANGKAH BODOH SEBAGAI ANAK ARISA TAK PERNAH CUBA BERSYUKUR DENGAN ANUGERAH ALLAH- MEMPEROLEH INSAN YANG MULIA SEPERTI EMAK DAN ABAH. EMAK DAN ABAH MAAFKAN ARISA SEBAB SELAMA NI ARISA MALU ADA EMAK DAN ABAH YANG MISKIN. ARISA INGAT LAGI DULU, ABAH HANTAR ARISA KE SEKOLAH SEBAB ARITU HUJAN LEBAT, DENGAN KERETA BURUK ABAH YANG SUKA MERAGAM TU. BUNYI KERETA ABAH SANGAT KUAT, MELETUP-LETUP RASA BILA KERETA TU BERGERAK MESTI ORANG AKAN TENGOK KITA. ARISA MALU, ABAH. ABAH TAU YANG ARISA MALU, SEBAB TU LAH ABAH HANTAR ARISA DEPAN SEKOLAH JA..TAK MACAM ORANG LAIN HANTAR SAMPAI DEPAN KELAS. MAAFKAN ARISA ABAH.





ni gambar mak dan abah saya...tida kena mengena dengan cerita ni pon..cerita ini sekadar perkongsian kisah anak yang malu kepada ibu bapnya...diharapkan yang baik dijadikan teladan dan buruk dijadikan sempadan...











MAK, ARISA MINTAK MAAF...X PATUT ARISA MARAH MAK SEBAB KENCING XSEMPAT MASUK BILIK AIR. DISEBABKAN AIR KENCING MAK DAPUR BERBAU HANCING. ARISA SELALU SURUH MAK LAP BALIK AIR KENCING MAK TU. TAPI BILA MAK X LARAT MAK BIAR SAJA. ARISA AMBIK MOP KMUDIAN MOP LANTAI DAPUR SAMBIL MEMBEBEL. LEPAS TU, MAK SELALU CAKAP..NANTI ARISA DAH TUA..DAH SAKIT..DAH X LARAT MACAM MAK NI BARU LA ARISA TAU RASANYA..MAK ADA BANYAK PENYAKIT...KENCING MANIS, DARAH TINGGI, ASMA, BATU KARANG..ARISA SAYANG MAK. KAKI MAK DAH TAK LARAT NAK JALAN DAH..MAK KATA KAKI MAK KEBAS TAPI TAK PENAH HILANG KEBASNYA..SEBAB TULAH MAK SUSAH NAK BERJALAN, NAK PAKAI KASUT PON SUSAH. TAPI BILA JALAN ARISA SELALU TARIK TANGAN MAK SEBAB NAK CEPAT..MAAFKAN ARISA MAK..TIAP-TIAP MINGGU AK KENA BELI PAMPERS KKAT MAK, SATU HARI TU MAK XDAK DUIT NAK BELI PAMPERS, MAK NAK PINJAM DUIT ARISA TAPI ARISA CAKAP ARISA XDAK DUIT. LPAS TU MAK PON PERGI MINTAK KAT ORANG LAIN..JAHATNYA ARISA..



ABAH, HARI TU ARISA NAMPAK ABAH DALAM LAUT SEDANG TANGKAP UDANG..WAKTU TU ARISA BALIK DARI SEKOLAH. CUACA WAKTU ITU SANGAT BURUK LAUT BERGELORA. ARISA NAMPAK ABAH TERKIAL-KIAL MENAIKKAN PUKAT DENGAN PAYAH..DENGAN SUSAH. OMBAK PULAK TINGGI SANGAT.. TAPI ARISA X PERGI TOLONG ABAH PON. ARISA KAYUH JA BASIKAL SAMBIL PANDANG ABAH. ARISA NAMPAK ABAH PON PANDANG ARISA..PANDANGAN SEPERTI NAK MINTA TOLONG, TAPI ARISA TAK PERGI TOLONG ABAH PON.. SAMPAI RUMAH MAK KALUT SURUH ABANG-ABANG TOLONG ABAH DI LAUT. AKHIRNYA PERAHU YANG ABAH NAIK TU TERSADAI TEPI PANTAI DAN ROSAK TERUK. BEBERAPA MINGGU KITA TERPUTUS REZEKI SEBAB ABAH SIBUK MEMBAIKI SAMPAN ABAH YANG ROSAK TU.

MAK MAAFKAN ARISA SEBAB X BAGI MAK DATANG SEKOLAH AMBIL KEPUTUSAN PEPERIKSAAN. ARISA BUAT MACAM TU SEBAB ARISA MALU, EMAK ORANG LAIN NAIK KERETA CANTIK, PAKAI BAJU CANTIK. TAPI MAK..DATANG SEKOLAH NAIK MOTO JA..LEPAS TU PAKAI BAJU BURUK..ITU PON BAJU ORANG BAGI..MAK TAK SETERIKA PON BAJU KURUNG YANG MAK PAKAI..SEMUA ORANG TENGOK MAK SELEKEH JA.

RUMAH KITA TAK CANTIK.. XDAK SOFA MACAM RUMAH ORANG LAIN. BUMBUNG BOCOR. SELALU ARISA YANG KENA LAP DAN CEBOK AIR KELUAR DARI RUMAH. SEBAB TU LA BILA KAWAN CAKAP NAK DATANG RUMAH ARISA X BAGI. ARISA TAKUT NANTI KAWAN-KAWAN TENGOK RUMAH KITA XCANTIK.

MAK DAN ABAH BANYAK SUSAH SEBAB ARISA, KALAU BOLEH APA YANG ARISA NAK MAK DAN ABAH AKAN CUBA PENUHI. TAPI ARISA X PERNAH HARGAI SEMUA TU..INGAT LAGI WAKTU TU ARISA NAK PERGI CYBER CAFE SEBAB NAK ISI BORANG UPU..TAPI MAK XDAK DUIT..NAK BAGI..NAK BELI NO PIN LAGI..LEPAS TU ARISA MENGAMUK XNAK MASUK U..ARISA NAMPAK MAK BUAT MUKA X MALU PERGI RUMAH JIRAN MINTAK PINJAM DUIT RM20 SEBAB NAK BAGI ARISA PERGI ISI BORANG UPU..LEPAS DAPAT KEPUTUSAN YANG ARISA DITERIMA MASUK SALAH SEBUAH UNIVERSITI TEMPATAN. ARISA BINGUNG..ARISA TAKUT MAK DAN ABAH XDAK DUIT NAK HANTAR ARISA MASUK U..LEPAS TU MAK NGAN BAH MINTAK TEL, SEBAB NAK TELIFON ADIK2 MEREKA DI KAMPUNG..SORANG-SORANG MAK TELIFON..TAPI SEORANG PON XMAU BAGI PINJAM DUIT KAT MAK..LEPAS TU ABAH PON SURUH MAK AMBIK SEMUA BARANG KEMAS YANG ADA PERGI GADAI KAT BANK PERTANIAN.. ARISA YANG BAWA MAK P GADAI...DAPAT LA DLM RM1400. 

HARI TU ARISA NAMPAK SEPASANG SUAMI ISTERI SEDANG DUDUK ATAS TEMBOK. SAMBIL SEMBANG-SEMBANG DENGAN ANAK MEREKA YANG BARU GRADUATED. MEREKA PAKAI BAJU SELEKEH SAJA...TERUS ARISA TERINGAT MAK NGAN BAH..ARISA TENGOK MUKA MEREKA YANG NAMPAK SUDAH TUA DAN MEMENATKAN TU. MUNGKIN MEREKA PENAT SEBAB DAH X LARAT BERJALAN. LEPAS TU ARISA NAIK BAS, ARISA NAMPAK SEPASANG SUAMI ISTERI DUDUK DALAM BAS YANG KEBIASAANNYA DINAIKI PELAJAR SAHAJA. BILA ARISA TENGOK MEREKA ARISA TERINGAT MAK DAN ABAH. MEREKA CUMA BERGANTUNG KEPADA BAS SAHAJA. TETAPI ARISA BODOH SEBAB MALU DENGAN ABAH SEBAB ADA KERETA BURUK. KEMUDIAN ARISA NAMPAK LAGI KERETA BANYAK DI DEPAN KOLEJ KEDIAMAN ARISA, MUNGKIN KERETA KELUARGA YANG DATANG  SEMPENA ANAK2 MEREKA KONVO..ADA SATU KERETA TU MACAM KERETA ABAH..COMPANG-CAMPING JA WARNA NYA..LEPAS TU SIAP IKAT NGAN TALI RAPIA LAGI DIA PUNYA BUMPER KERETA..KENAPALAH ARISA X PERNAH SEDAR SESUSAH MANA KELUARGA KITA SUSAH LAGI KELUARGA ORANG LLAIN...




MAK ABAH MAAFKAN ARISA...ARISA SAYANGKAN MAK DAN ABAH..ARISA AKAN BERUBAH..SELAMAT HARI IBU, MAK..

Khamis, 10 Mei 2012

LOSER

AKU DAH BIASA...SEMUA NI LUMRAH ALAM..HUKUM KARMA ORANG 

CAKAP..BERMULA DENGAN MIMPI YANG AKU SENDIRI TAK PENAH DUGA..NAMUN

MAKSUD DISEBALIKNYA DAPAT JUGAK AKU FAHAM..SEMUA DAH TERUNGKAI..ADA

 KEBENARAN DI SEBALIK MIMPI TU..---->AKU KINI DIBENCI ORANG..HURM..SEGALA

 KUCAR-KACIR DILETAKKAN ATAS BAHU AKU..SANGATLAH HEBAT ANDA

 BUKAN..PUIH...LA.TAKUT NAK MENGAKU KESILAPAN SENDIRI SEHINGGA ORANG

 LAIN TERPAKSA TANGGUNG KESALAHAN ANDA....SEKALI LAGI..ANDA MEMANG

 HEBAT..NAMUN SEMUA ORANG TAHU..SUDAH TERBENTANG, SUDAH TERBUKTI SEMUA

 SALAH ANDA..AKU MEMANG TAK PANDAI BERGADUH MULUT NI..TAPI KLU NAK RASA

 PENUMBUK SULUNG AKU MAI LA CUBA..TAKUT SAMPAI BALAI KITA SATG..ANDA

 BIJAK ANDA BUDAK U, ANDA ADA OTAK ANDA FIKIRLAH BAIK BURUK..


.CUMA SATU JA...
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V
ANDA MEMANG


som sarn

sangat sedap kowt lagu ni..ermm...makan.. makan..mujuq ada makna dlm bi...dpt gak faham..tiap2 bait ayat dlm lagu sangatlah indah..tiba2 nak mood jiwang mlm ni..klu x pecaya dengaqlah...




Isnin, 7 Mei 2012

mangkok menghantui hidup aku

sebenaqnya mangkok ni org tau...hehehe..bukan nak mengutuk tapi  dah xtahan la..alahai cepatlah masa berlalu agar dapat aku jauhkan diri dari mangkok durjana itu..stress wei..sabaq2 lagi berapa minggu ja lagi..maka semuanya bakal berakhir..harap2 lepas ni x jumpa dah..even sem 8 nanti..2 sem bersama serabut pala otak...

buat masa ni aku cuma perlu---------->>


2 mangkuk yg menyakitkan hati aku!!!!

Ahad, 6 Mei 2012

mampukah aku?




terasa macam nak telifon mak ja..luah semua. tapi takut satg menangis..pastu buat mak risau lagi..dah la aku banyak buat mak mak sedih..sakit terluka mak bimbang..nyawa mak pon hampir melayang ..semunya gara-gara aku..semoga ALLAH panjangkan umur mak dan abah dan berikan kesihatan yang baik kepada mereka..mak abah..anak mak abah ni nak mintak maaf sangat..memang mak kata semua ni takdir..tapi klu bukan sebab anak mak ni..semua ni takkan jadi..

terasa berat sungguh sem ni.. mampukah aku buat semua ni..tatkala diri x lagi menjadi kepercayaan org lain..semuanya susah..terlalu kompleks untuk aku fikir. semuanya diluar keupayaam aku..di luar kemampuan aku..YA ALLAH kuatkanlah hambamu ini..

Jumaat, 4 Mei 2012

aku pon sibuk jgak!!!


aku tau la aku ni x pandai mcm kawan2 yg lain...tapi sebagai pelajar u..aku pon ada kerja jgak!!!sibuk jgak!!kena buat jgk proposal utk projek thn akhir..ada jgak asngmnt nak kena hantar...mentang2 aku diam..aku xdak keja la...c*&^ka!!!!

Khamis, 3 Mei 2012

AKU TAK DAK PERASAAN

tadi dlm kelas sosiolinguistik lect masuk lambat, jadi apa lagi kwn2 aku bukak lagu la kat utube..kat pc depan tu..pastu tgok ramai2..hahha..lpas 1, satu lagu depa pasang..tiba2 kwn aku ni p psg lagu nadia tjuk salam utk kekasih..pastu semua kwn2 kata lagu jiwang siot..pastu dia cakap ada mesej2 lagu ni...hahha..


pastu aku pon cakap jgak kat dia..msg apa ..aku xnampak pon xfhm..ang ni xdak perasaan btoi la PK ( nama manja aku) sebenarnya ni ayat cover line ja sebenarnya..hahhha..dia xtau klu kat umah aku mmg selalu lyn lagu ni..sbb aku mmg suka lagu2 sedey..hahha...angkara lagu ni jgak la aku penah menangis dalam bas...waktu blik kelas..pak cik bas bukak lagu ni..sedey oooowoowow..kwn2 tkejut aku menangis..tp klu kwn2 yg dekat mmg dok tau dah..klu ada lagu sedey ja kompem feeling habis..hbs2 depa geleng kepala ja tgok aku..hahha..

**tengah sedap layan lagu lect masuk---->amboi enjoy kamu ya***

yea!!! dah pandai print screen..

hahha..x dak keja punya org kan..benda mcm ni pon nak post..hahha..lantak la...kan aku dah kata blog aku, aku punya suka la. 

bukan apa.. teringin jugak nk print screen ni sebab dok tgok kwn2 dok post kat fb kat blog..mcm besh ja. dah tua bangka baru nak bljr kan..apada..nak tau aku blajr ngan sapa?



ngan pak cik GOOGLE la. sapa lagi..

ni aku print screen sndiri tau,,hahha


dulu malas nak bljr sebab aku rasa benda ni rumit sgt..aku kan jns x suka mnyusahkan diri..semua nak mudah dan senang ja..


meh nak ajaq cara nak pscreen..klu dah tau abaikan pesanan penaja ini..
1. pilih la gambaq, komen2 kwn yg anda nak smpan sbg kenangan, gambaq prince charming ampa ka, apa2 la..
2. tekan butang PrtScSysRq yg ada kat keyboard ampa tu.


3. p kat accessories, kmudian klik paint



4. kemudian tekan ctrl+v.pastu keluarlah gambar benda yg anda print tu..besaq punya..sebab tu kena crop. bahagian yg kita nak ja..

5. klik butang crop
6. pilih bahagian yg anda nak sahaja.


7. bila dah pilih tu, klik diselah kanan tetikus anda. hingga keluarmcm gambaq kat atas ni dan lg sekali klik pada butang crop. 

8. kemudian, tinggal sajalah bhgian yg anda nak..

9.apa lg save la..


*****selamat mencuba****

Rabu, 2 Mei 2012

lagu siam dan cuti midsem di perlis dan langkawi

kredit to my friend norlia n ct icah; i luv both of u,,hope enjoy watch dis video n nice song

SYAITAN SEDANG KETAWA


BEBERAPA HARI NI MEMANG HEBOH NGAN BERSIH 3.O . HEBATKAN DIORANG NI..SEBENARNYA APA MOTIF YA PERHIMPUNAN BERSIH NI..

SETELAH PENELITIAN YANG AKU BUAT MOTIF MENGADAKAN PERHIMPUNAN BERSIH NI LEBIH KE ARAH MENCARI KESALAHAN PEGAWAI POLIS.

POLIS MEMANG KEBAL LA..KONTROVERSI MENGALAHKAN ARTIS..

NO.1 MESTI LA PASAL RASUAH KAN..

YANG MAKAN RASUAH NAMPAK---->YANG SUAP TU X NAMPAK..
X PENAH DENGAR LAGI POLIS RASUAH POLIS. SUSAH LA NAK CARI KES MACAM NI KAN..

KUCING KLU DAH SUA IKAN DEPAN MATA SENGEH JA KA?
HAMPA SEMUA KALAU KAWAN NAK BELANJA MAKAN SEBAB TOLONG DIA BUAT APA2 NAK TOLAK KA?<----DIKIRA RASUAH LA NI KAN.

...***ABAH PENAH CAKAP KALAU IMAN X KUAT JANGAN KERJA POLIS***..

NO.2 APA LAGI KES SAMAN LA..
DAH SALAH DIA SAMAN LA.

NO.3 SIKAP POLIS 

RAMAI LA ORG CKP TERMASUKLAH KWN AKU SENDIRI YANG POLIS NI DOK SAMAN ORANG, DOK TANGKAP ORANG DLL TP DEPA PON PERANGAI MCM APA TAH..

KITA SINGKAP KEMBALI POLIS NI SIAPA?
MANUSIA KAN. FAHAM2 LA SIKAP MANUSIA NI..

KALAU MACAM TU LPAS NI KITA CIPTA ROBOT POLIS..ROBOT POLIS NI KITA SETTING SIAP2 DIA PUNYA MAKLUMAT, DATA DAN LL. BEST KAN, ROBOT XDAK PERASAAN, XDAK PERANGAI BURUK..SEMUA DIA BUAT BERLANDASKAN MAKLUMAT YG ADA..CONTOHNYA SIAPA YANG PAKAI BAJU KUNING KENA TEMBAK....HABIS LA SEMUA.

KITA AMBIK CONTOH PEKERJAAN LAIN.
CIKGU:NASIHAT BAGAI NAK RAK MURID2 JANGAN MEROKOK BAHAYA UTK KESIHATAN---->DIA PON ISAP..PADANLA.
MURID2 JANGAN BISING DLM KELAS---->DIA DULU KAT KELAS KAKI BISING..

KITA SAMBUNG BALIK KES BERSIH NI...MULA2 MEMANG LA AKU X AMBIK KISAH LANGSUNG APA BENDA HAL BERSIH NI. TAPI BILA MELIBATKAN POLIS LANGGAR PESERTA BERSIH AKU TERUS BACA TIAP2 POST. UTUBE PON AKU BUKAK TGOK..
JUJUR CAKAP MEMANG AKU MENANGIS..SANGAT2. TAMBAH2 APABILA DEPA PAKAT PANGGIL POLIS NI ANJING.

ANJING=BINATANG YANG DIPELIHARA OLEH ORANG BUKAN ISLAM (YA LA KITA BOLEH JA PEGANG ANJING NI TAPI SATG SUSAH PULAK NAK P BASUH NGAN AIR TANAH KAN BILA DIA BASAH)..UNTUK APA ANJING NI DIBELA---JAGA KESELAMATAN RUMAH DAN TUANNYA DARIPADA ANCAMAN LUAR YANG BAHAYA. 

PERNAH DENGAR X ANJING GIGIT ORANG..BIASA LA KAN..TAPI ORANG GIGIT ANJING..UISH BAHAYA TU..


MEH KITA KAITKAN BERSIH DAN POLIS

 ADALH SATU PAGE KAT FB NI UPDATE PSL LUAHAN POLIS DIHINA DAN D MAKI..PERGH SAMBUTAN SANGAT MENGGALAKKAN

JOM TENGOK

                     
                             WAKTU AKU AMBIK NI ORG RAMAI MASIH SIBUK KOMEN..



NI SALAH SORANG YG KOMEN..TENGOK GAMBAR NAMPAK SOLEHAH, KALAU LELAKI TENGOK NI KOMPEM LA NAK BUAT BINI...TP KOMEN DIA MAK AII..

                                                         SYAITAN MULA SENYUM

ANTARA KOMEN YANG DITERIMA...ADA YG MARAH ADMIN..KELAKAR GILA.

                                           SYAITAN DAH MULA KETAWA


                              MACAM PENAH KENA BOM NGAN ISRAeL JA BUDAK NI


BETOI JGAK KAN..JADI PAK PACAK JA KAT CITU..PASTU BILA ORG RAMAI MAKI KORANG ANJING2..SABAQ TAU SENGIH JA..JANGAN PUKUI..DEPA PUKUI XPA

lpas ni ramai la pertikaikan kalau polis jadi pak pacak ja---polis xdak krediabiliti
polis x menjalankan tugas
polis pengecut
polis Malaysia perlu diberi latihan inisiatif
polis perlu jalani tempoh latihan selama 4 thn sama mcm cikgu,,hehhe
polis takut BERSIH
polis suka minum kopi,,biasala aku pon suka


NI PULAK PASAI BADGE YG TERDAPAT PADA LAMBANG PDRM YG ADA KALIMAH ALLAH DAN RASUL MUHAMAD--



NI PLAK BELA POLIS NI:-


XPA2 NANT KLU ADA ORG KENA ROGOL, CURI DLL KITA SEMUA BUAT REPORT KAT HOSPITAL KA..PEJABAT POS KA..KAT BOMBA KA..





HEBAT2 


AKU DAH DAPAT JALAN PENYELESAIAN NAK BERSIHKAN NAMA BAIK POLIS 


LEPAS NI KALAU ADA LAGI PERHIMPUNAN BERSIH 4.0 PLAK KA


KITA JGN HANTAR POLIS JAGA
KITA HANTAR DOKTOR KA
PEGUAM KA
ENGINER KA
XPON BG JA KAT ORG2 BAIK KAT ATAS YG MAKI POLIS TU..
lpas ni mesti depa xpanggil polis anjing dah,,mesti depa panggil
doktor anjing!!!
peguam anjing!!!





PS--?
SAJA XNAK PADAM NAMA PENGKRITIK TU,,HAHHA BIAQ LA RASAKAN

AKU NI SEBENAQNYA CUCU KEPADA SEORANG  Special Constabulary ( SC )/Home Guard ( HG ) slh satu unit polis la,,
ANAK KEPADA SEORANG POLIS--pernah ditembak semasa operasi menangkap komunis
ADIK KEPADA SEORANG POLIS--patah kaki sebab xsiden kejar pencuri 
BAKAL ISTERI SEORANG POLIS,,ERRKK,,JDOH DI TANGAN TUHAN,,HEHE

BILA ORANG CAKAP POLIS NI ANJING
BAYANGKANLAH HUIS MENANGIS AKU,,MUJUQ ABAH AKU XDAK FB KLU X AKU XTAU LA,,

SELINGAN______
PERNAH ABAH AKU HALAU KWN DIA YG DTG UMAH SEBAB DIA MAKI POLIS DIA KATA POLIS NI KUAT MAKAN RASUAH

HAHHAHA
MEMANG SALAH BESAQ LA
YG DOK P SEMBANG LAGUTU DEPAN POLIS PENCEN BUAT PA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

budak baik mesti klik iklan ni, terima kasih ya..

ANDA PENGUNJUNG KE